Saturday, January 30, 2010

KEDAULATAN SULTAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Tempoh berkabung sempena kemangkatan Sultan telah berakhir. Namun aku kesal apabila ada pelajar aku mempertikaikan pelaksanaan perintah berkabung ni. Ini ditambah dengan siaran TV yang mengatakan berkabung ini adalah sukarela dan tidak boleh dipaksa menghina institusi raja.

Arahan berkabung adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya ia dihormati oleh negeri-negeri lain bukan menidakkannya atau memperlekehkan. Dalam siaran yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar Johor, tiada perkataan "perkabungan ini adalah sukarela dan tidak dipaksa". Memang di Johor Bahru ramai pekerja asing, Bangladesh, India, Nepal, Vietnam dan Indonesia tetapi mereka harus mematuhi dan mengikut arahan ini. Tiada pengecualian.
Aku memang sokong le mereka yang menghina raja di bawa ke mahkamah.


Penulis blog didakwa hina Sultan Johor


KHAIRULNIZAM yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam.

SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer yang akan melangsungkan majlis persandingannya hari ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar melalui laman blog adukataruna.blogspot.com.my.

Khairulnizam Abdul Ghani, 29, yang baru bernikah sebulan lalu, dituduh menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik satu artikel di dalam laman blog berkenaan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Hakim Zamri Bakar turut memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Khairulnizam yang menyerah diri Isnin lalu, dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi di sini, antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh berikutan kes itu dilihat serius.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin, memohon ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan keluarga tertuduh tidak mampu menyediakan jaminan RM10,000 dalam tempoh singkat.

"Keluarga tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dalam tempoh yang singkat kerana tertuduh akan melangsungkan persandingannya esok (hari ini)," katanya.

Zamri menegaskan pihaknya memandang serius perbuatan jenayah itu kerana ia menghina kerajaan yang mempunyai institusi kesultanan yang unik dan stabil.

Bagaimanapun, selepas menimbang tertuduh akan melangsungkan majlis persandingannya, hari ini Zamri menetapkan ikat jamin RM5,000 dan kes itu akan disebut semula 31 Mac depan.

Friday, January 29, 2010

TUKAR ALTERNATOR 3

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni hari Ahad. Biasanya kedai tu buka setengah hari. Pagi tu dlm pukul 10.00 aku telah menuju ke kedai tu. Dia tunjuk alternator Mazda 1400. Aku cakap macam lain je, dia minta sampel.

Aku pergi makan dulu sebab nak sejukkan enjin dan nak isi perut. Nak buat kerja berat ni. Selesai je, aku pun menuju ke van dan mulakan kerja. Mula-mula jack dulu van, lepas tu letak batu. Aku longgarkan belting dan buka bolt bawah. Alternator tu dah terbuka. Tapi ada masalah ruang. Nak tarik naik tak boleh, nak tolak turun lagi tak boleh. Benda ni sangkut kat hos air dan bar pemegang. Aku tak de pilihan. Aku buka pemegang. Rupanya pemegang ni mempunyai skru yang bersambung dengan pam air. Maka melelehlah air keluar. Air pun bawa sampel tu kat kedai tadi.

*PERINGATAN : CABUT TERMINAL +VE PADA BATERI SEBELUM MEMULAKAN KERJA NI KERANA ADA PERCIKAN BUNGA API SEWAKTU MENCABUT DAN MEMASANG WAYAR PADA TERMINAL ALTERNATOR.

Lepas bayar RM125.00 aku pun balik ke van. Nak pasang pulak. Oleh kerana dah ada experience, aku baring kat bawah van, dapat pasang bolt kat bawah. Aku ikat ketat. Aku lupa patutnya masukkan belting dulu. Jadi kena baring dan longgarkan semula. Kemudian pasang pemegang, masukkan belting dan tegangkan belting. Ikatkan nat terminal dan akhirnya ketatkan bolt dan nat kat bawah.

Fuyoo.. sakit pinggang pun ada. Berat gak alternator ni. Besi + wayar. Agak-agak 2 jam juga membuka dan memasang alternator ni. Kalau upah pun lebih kurang RM35.00 je tapi kedudukan kewangan aku ada terganggu sikit bulan ni. Lagipun bila lagi nak asah skill selain dapat exercice.

Aku start enjin guna charger sebab bateri dah flat. Sekali start dah hidup. Aku biarkan enjin running kejap. Aku pun jalan. Bila aku matikan dan start semula, ada tanda-tanda bateri dicas tapi tak kuat lagi. Jadi aku kena jalan jauh sikit. Akhirnya bateri aku telah dicas sepenuhnya. Alhamdulillah.

Monday, January 25, 2010

TUKAR ALTERNATOR 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pagi ni aku test nak buka alternator van aku. Sebenarnya, kalau di bengkel, alternator ni boleh dibuka dari atas tapi aku nak buka dari bawah sebab skru dia kat bawah. Jadi aku jack dulu van tu. Aku letakkan batu pada bawah tayar yang terangkat sebagai langkah keselamatan. Aku tinjau dulu skru dia. Ada 3 skru kena buka; 2 mounting dan satu earth. Guna spana 15 dan 8 je.

Next, aku start enjin dan pergi kedai sparepart kat Taman Seri Bahagia. Malangnya hari ni mula berkabung. Kedai tu tutup. Aku pergi Taman Putra, tutup. Nak buat macamana, aku drive balik. Aku cabut bateri dan cas dalam rumah. Pergerakan aku banyak terjejas hari tu. Aku berharap sangat esok kedai ni buka.

TUKAR ALTERNATOR 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Jumaat lepas, van aku buat hal. Dashboard tu kadang-kadang berbunyi, macam relay rosak. Lepas tu lampu charger dan bateri berkelip-kelip. Aku ingat ada benda masuk dalam ruang dashboard tu. Jadi aku pergi bengkel petang tu. Mekanik tu buka bateri dan cabut terminal negatif, lalu enjin aku mati.

"Ni alternator rosak, bang. Kena ganti!."


Memandangkan hari dah petang, kedai sparepart dah tutup dan dia pun dah nak balik, mekanik tu nasihatkan aku jangan pandu malam, nanti van tersadai (enjin mati) sebab banyak guna bateri. OK, nasihat dia diterima.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku keluar juga makan ngan family. Aku buka lampu van dan radio. Semakin jauh perjalanan aku perasan kecerahan lampu makin lama makin malap. Kemudian signal dah takde, radio tak berbunyi. Aku dah agak kalau mati enjin mesti tak boleh start lagi.

Panik? taklah. Sebenarnya aku ada portable charger yang telah diisi penuh (full charge). Lagipun aku ada bateri baru yang belum digunakan. Bila aku nak guna charger tu, tiba-tiba tak boleh start. Alamak, rupanya bateri tu dah sedut cas, sebelum aku sempat start. Pilihan kedua ialah tukar bateri. Aku pun ambil spana 13 dan tukar bateri dalam malam gelap. Bila start, engin pun hidup. Aku pun terus pandu balik rumah. Esok aku ingat nak beli alternator baru dan pasang. Nak upah pomen ke nak buat sendiri ke, nanti aku fikirkan.

Sunday, January 24, 2010

SUNDAE MC DONALD VS MARRYBROWN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku dan sekeluarga pergi Angsana. Aku ada urusan kat Badan Cemerlang, nak pilih buku kejuruteraan untuk IPG aku dan serahkan pada Atikah (promoter). Isteri aku nak beli tudung putih sebab arahan berkabung ni sempena kemangkatan Almarhum Sultan Johor.

Selesai urusan, kami pergi makan. Aku suka makan kat tingkat bawah. Ada Mc Donald, KFC dan Pizza Hut terletak sederet dan bersebelahan. Hari ni aku nak makan Mc Donald. Aku order satu Mc Value Meal 'Big Mac' Large, 5 chicken burger, 4 ketul ayam. Tiba-tiba aku terbaca ada promotion sundae RM1.50 dengan Mc Value Meal. Gambar sundae tu memang le aiskrim dia bertoncit lebih tinggi dari cawan (overfill).

Aku pun tambah, "sundae satu!"

Nak tau macamana datangnya sundae tu?
aiskrim tu lembik dan lebih rendah dari cawan (lebihkurang 3/4 cawan)
Ini bukan delivery, ini beli kat outlet. Macamana boleh lembik?

Aku komplen kat cashier. Kali ni aku ambil nama cashier tu, HANIS namanya. Dulu aku pernah komplen kat Mc Donald. Manager tu tanya aku, siapa nama cashier tu. Apa tindakbalas cashier tu dan macam-macam soalan bodoh. Takkan manager tak tau aliran kerja staf dia, prosedur pelanggan komplen dan sebagai-sebagainya. Aku kata gambar tu aiskrim banyak sampai lebih cup. Apa jawabnya,
"Ini pun dah lebih bang!"

Kalau outlet lain memang dah tukar sundae tu sebab aku dah komplen.
Ni menjawab dan aku rasa macam kurang ajar je jawapan tu.
MENGECEWAKAN! PENIPU BESAR Mc Donald ni!
Itulah persepsi pertama aku.

Aku pernah email komplen dulu kat Mc Donald pasal sundae ni di Petronas Batu 6 Jalan Skudai. Kata Redzuan, ekoran aduan tu, Mc Donald terus keluar gambar baru sundae 90gm ke semua outlet dalam Malaysia. Bukan makin tinggi tapi makin leper. Geram aku. Patutnya tingkatkan kemahiran supaya dapat sama macam gambar.

Pada aku, kalau Mc Donald boleh edarkan gambar sundae 90gm ke semua outlet, gunakan gambar sundae 90gm ni dalam promosi akan datang. Apa nak takut, buang terus gambar yang sedia ada.

Persoalannya:
Kenapa kalau order makanan lain seperti;

  • burger Big Mac boleh dapat 3 ketul roti dengan 2 keping daging sama macam gambar
  • ayam goreng boleh dapat 2 ketul sama macam gambar
  • bubur ayam sama macam gambar
tapi bila order sundae, jauh dari gambar; 50% aiskrim hilang!
Patutnya aku bayar 50% dari harga RM1.50 = RM 0.75 sen sahaja.
Ni bayar nak penuh, dapat separuh je.

bila customer komplen boleh jawab
"ini pun dah lebih, bang!"
dulu ada juga staf jawab "ini promosi bang, memang dapat sikit, murah!"
Dia ingat bila promosi, customer ni peminta sedekah ke? Murah pun duit aku, aku bayar, bukan percuma. Barangan mesti mencapai kualiti dan kuantiti.

Mana pergi slogan-slogan
"customer is always right"
"customer satisfaction"

Disebabkan inilah aku dah beralih ke sundae Marrybrown Giant Suria City. Walaupun gambarnya sama macam kat Mc Donald, aku dapat full satisfaction. Tinggi aiskrim pun puas hati. Tak rasa tertipu pun. Tak de story berapa banyak gm pun. What You See Is What You Get (WYSIWYG). Harga cuma RM2.50 je. Berbaloi-baloi.

Aku rasa Mc Donald kena buat sesuatu. Aku dah komplen kat main office dia pun gitu juga. Nampaknya kena buat sesuatu yang lebih serius lagi, gi tribunal pengguna ke, sebab ini satu penipuan dan jenayah perniagaan.

AL-FATIHAH : ALMARHUM SULTAN JOHOR

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam adalah hari kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Semalam, menteri besar Johor dah mengumumkan rakyat Johor perlu berkabung 7 hari. Tatacara berkabung telah diumumkan bagi lelaki muslim, perempuan muslim, lelaki bukan muslim dan perempuan bukan muslim.

Jadi aku pun cari le kain putih nak lilit kat songkok aku dengan anak-anak lelaki. Bagi perempuan, perlu memakai tudung putih sepanjang masa berkabung. Lepas tu aku pergi Angsana. Hari ni pembesar suara mengalunkan bacaan al Quran. Ramai juga yang mengikuti peraturan bersongkok termasuk pengawal keselamatan. Jadi aku tak rasa kekok bila memakai songkok ni.

Apa yang menarik minat aku ialah apabila melihat gadis-gadis salesgirl yang cuba-cuba mematuhi peraturan berkabung ni. Ramai yang pilih memakai selendang dengan macam-macam patern (tak nak pakai tudung le tu!). Gelihati juga bila lihat mereka bergaya di depan kedai. Kekadang aku rasa baik juga bekabung ni. Berubah sikit iklim Angsana tu.

Malam ni masa aku makan malam kat Kg Melayu aku nampak ada stall jual songkok siap dengan lilit kain/reben putih sekali. Selalunya nak raya je stall songkok berlambak. Inilah peluang berniaga yang baik. Selain itu, reben putih dijual sekitar RM5.60 di kedai barangan pengantin. Pekedai tu kata stok yang murah dah habis, boleh percaya ke? Musim ni le harga tudung putih, songkok, reben putih dan reben hitam naik. Masa nilah nak mengaut keuntungan.

Sunday, January 17, 2010

KERUSI URUT

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Balik dari Bandar Seri Alam, aku singgah kat TESCO Plentong. Nak makan tengahari. Bila masuk ke dalam, aku terlihat gerai GINTELL. Barangan senaman dan kerusi urut. Dulu aku ada terbaca gintell ni pernah offer kerusi dia bawah RM2000. Masalahnya susah nak cari kiosknya. Yang selalu nampak OGAWA, TAKASHIMA.

Jadi aku pun sapa salesman dia. Dia ajak try kerusi urut dia. Aku pun duduk, menyelesakan badan. Model yang aku duduk ni hampir RM7000. Banyak boleh adjust, ketinggian leher dan kedalaman tekanan. Teruja aku dibuatnya. Dia kata kalau beli model ni boleh pilih barangan lain sebagai hadiah. Aku pilih alat senaman yang step yang gegar tu. Rupanya ada banyak teknik dan gaya yang memberikan kesan yang berlainan. Ada berjalan, skipping dan macam-macam lagi.

Rasa hati nak beli, tapi kad kredit aku pun dah cecah siling. Kalau share 3 kad pun belum tentu lepas. Dia pun cerita pasal AEON dengan 1% interest selama 3 tahun. Nak tunggu 3 tahun, agaknya mesin pun dah tinggal rangka. Walaupun tak jadi beli, aku puji salesman dia, FARID yang menerangkan dengan jelas dan demo sekali. Boleh jadi jurulatih gym dia ni.

BANDAR SERI ALAM

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni aku pergi bandar Seri Alam. Nak tengok rumah. Besar rumah ni. Build up area untuk paten A, 22'x75' lebih kurang 2557 kp manakala untuk paten B, 22'x95' lebihkurang 2778 kp.
Harga paten A: RM 305,000 (international)
Harga paten B: RM 360,000 (international)

Sebenarnya perancangan masa depan, bandar seri alam ni akan mempunyai MRSM, UiTM, Sekolah Antarabangsa Jepun, Sekolah Seni dan sebagainya. Tak jadi beli le sebab mahal dan jauh lak tu.

Wednesday, January 13, 2010

AKU BLOGGER

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Isnin yang lepas dalam perhimpunan pagi, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran aku berucap mengenai tanggungjawab dalam penerbitan di internet. Dia mengingatkan bahawa setiap penulis mestilah bertanggungjawab atas penulisan mereka. Oleh itu berhati-hati kerana penulisan ini akan dipantau oleh kerajaan. Jauhi aktiviti provokasi, memberi komen yang ekstrim dan sebagainya.

Dalam banyak rakan-rakan, beliau menyebut nama aku, sebagai seorang yang menyediakan blog. Tapi aku menulis blog akademik dan perniagaan. Sekurang-kurangnya pihak pentadbir mengenali aku dan menghargai usaha aku ni. Aku akan ambil peringatan atas ucapannya itu.

Thursday, January 7, 2010

PECAH RUMAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 2 Jan 2010 yang lalu aku pergi berbelanja. Belikan anak aku kasut dan beberapa barangan lain. Bila aku balik rumah aku kat Kg Melayu dalam 10.30 malam, dari pintu pagar aku lihat pintu rumah aku macam terbuka sebelah.

"Aku lupa tutup ke masa keluar tadi?" hati aku berderau. Tapi pintu pagar aku masih bermangga. Aku cakap kat isteri aku, dia tak percaya.

Bila masuk pintu pagar depan, aku tengok memang betul pintu rumah aku terbuka. Selak kena umpil. Aku ingat mesti licin le rumah aku ni. Aku baru beli TV dan kipas baru. Selain tu mesin-mesin kimpal, mesin canai, mesin gerudi dan mesin jigsaw ada dalam rumah tu. Bila aku buka lampu, memang berselerak. Tiba-tiba anak aku tanya "mana PS2?" Rupanya memang PS2 anak aku hilang dengan 10 CD games. Kemudian isteri aku nampak barangan anak aku berselerak dan perasan beg sekolah anak aku hilang.

Aku rasa mungkin dia datang sorang je. Aku sebenarnya bersyukur gak kerana dia tak ambil mesin-mesin aku tu. Sebenarnya mesin jigsaw tu betul-betul sebelah tempat dia serakkan barang anak aku tu. Alhamdulillah. Sebenarnya sekitar rumah aku tu pagarnya menggunakan kawat duri je. Jadi boleh bolos ikut tepi. Aku tak berani nak tinjau bahagian belakang kerana gelap.

Berikutan kejadian tersebut, aku buat repot polis kat Majidee. Polis tu suruh aku balik dan tunggu kat rumah. Aku rasa tak selamat duduk situ lagi. Jadi malam tu jugak aku bertukang. Aku reinforced tetulang pintu dapur, aku paku terus pintu dapur. Kemudian aku buat tetulang untuk pintu depan dan kimpal telinga mangga. Masa aku tengah buat kerja ada kereta waja parking depan rumah. Rupanya polis dengan kereta "PENYIASAT TRAFIK" dah sampai. Lepas ambil gambar dan tanya beberapa soalan, dia pun balik dalam pukul 1.30 pagi. Aku habis kerja aku pun dalam pukul 3.30 pagi.

Pagi tu juga aku pergi TESCO plentong. Aku beli 4 mangga ala-ala solex. Kira geram le ni. Balik aku tukar semua mangga termasuk mangga pintu ikan aku. Selain itu, semua mesin aku bawa balik ke KIP. Sebenarnya rumah ni separuh papan. Kuncinya satu sahaja pada selak. Aku pun tak buat tambahan keselamatan sebab fikirkan rumah kampung, takkan orang nak curi lak. Itu le silap aku.

Saturday, January 2, 2010

PAM IKAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Balik dari Kota Tinggi, aku singgah carrefour Pandan. Aku beli pam. Aku tak pernah bela ikan dalam akuarium. Dulu aku dah survey. Akhirnya aku beli jenis tenggelam, RM27. Pekedai tu pesan jangan letak pam tempat kering, nanti rosak. Dalam perjalanan balik aku berfikir juga macamana nak pasang sistem pam ni.

Balik je aku test pam ni dalam baldi berisi air. Bila on suis je, ia pun menunjukkan kemampuannya. Rupanya ada hos kecil. Bila hujung hos tu di udara, maka buih akan keluar dalam air manakala bila hos terendam, air akan dialirkan ke dalam air. Baru aku faham sistem ni. Untuk menggunakan pam ni dalam kolam, aku perlukan punca bekalan elektrik. Jadi aku perlu membuat sambungan ke kolam aku. Nanti le aku fikirkan.

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku pergi Kota Tinggi.Aku rasa nak berjalan jauh sikit dengan family. Aku nak cari kelambu dan tengok rumah yang aku sewa dulu kat sana. Aku suka bawa anak-anak untuk tengok sendiri dan berkongsi kenangan. Inilah laluan hidup ayah. Selain itu untuk mengingatkan kembali anak aku dengan rakan-rakan sekolah lama mereka. Selalunya aku akan singgah kat kedai kak Bibah dulu.

Kedai kak Bibah ni dulu selalu aku pergi masa aku tinggal di Kota Tinggi (belakang rumah je!). Masa aku duduk dulu meriah, ramai orang. Kedai kak Bibah pun maju. Pelanggannya orang yang menyewa rumah cikgu Chong. Tetapi bila taman perumahan seperti Taman Kota dibina, ramai yang pindah. Jadi tempat ni menjadi sepi. Rumah-rumah sewa banyak dah tak terjaga dan terbiar.

Lepas kedai kak Bibah, lalu rumah kak Ani pulak. Kak Ani ni dulu kira macam bas sekolah anak aku, mengambil anak aku balik sekolah. Anak dia dah 4 orang sekarang. Isteri aku banyak berbual dengan dia. Tanya perkembangan jiran-jiran dulu. Ada yang dah pindah tempat lain. Cerita gak tentang cikgu-cikgu tabika KEMAS (dulu anak aku tabika kat situ).

Aku pun meneruskan perjalanan ke rumah anak-anak yatim. Beramal sikit. Datang time cuti memang diaorang tak de tapi pejabat buka. Kat sini aku jumpa kucing berjari 6! Tak caya pergi le rumah anak-anak yatim Kota Tinggi .

Masa aku lalu bandar Kota tu, banyak perubahan pesat berlaku. Dah ada KIP Mart, Pasaraya Sukahati dan bangunan baru. Paling aku malas bila dah banyak jalan satu hala. Kat tepi sungai tu memang ada kedai menjual kelambu. Selain itu, ada pakaian sekolah, beg dan kasut sekolah. Aku pun beli kelambu 180 x 195 x 180. Harganya RM28.

Satu perkara yang aku risau sebab air sungai hampir mencecah tebing. Kalau hujan lebat beberapa hari lagi, memang boleh banjir. Semasa aku lalu kawasan pasar lama, aku nampak satu catatan yang bertulis "ARAS PARAS AIR, 14.01.2007". Petang tu jugak aku balik JB. Aku tak nak ambil risiko terperangkap kat sini.