Wednesday, September 22, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku dijemput menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di IPGKTI sebagai penerima anugerah. Aku pun datang le. Kalau dulu, buat kat Hotel dengan makan-makan tapi sekarang buat kat Dewan Kuliah. Tu pun disekalikan dengan mesyuarat bulanan staf. Aku pun terima anugerah yang diberi. Dapat sijil dengan duit.
Alhamdulillah, syukur pada Allah ada lagi rezeki lain.

TIMING BELT

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada 20 hb yng lalu aku beli timing belt kat Maxlee, Sri bahagia. Selalunya aku beli jenis Mitsubishi kaler Hijau, 100,000 km. Sekarang dah ada banyak jenis, tetapi jenama GAIDO banyak terjual kerana buatan Malaysia dan ada jaminan oleh syarikat. Harga GAIDO seperti berikut,
60,000 km = RM 65
100,000 km = RM 95
Aku amik 100,000 km sebab lebih tahan lama.

Esoknya aku pergi kedai, upah pasang RM50je kat D'bayu, Jalan Datin Halimah. Ini tempat aku buat clutch plate dulu. Aku suruh dia adjust tappet sekali. Tukar timing belt ni kena buka tayar sebelah penumpang hadapan. Lepas tu buka skru pada takal, tukar oil seal, tukar tensioner, buka mounting. Kemudian kena selaraskan sewaktu memasukkan belting atas dan bawah berdasarkan tanda yang terdapat pada pulley.

Adjust tappet pula ialah melaraskan bukaan dan tutup injap supaya berlaku pada masa yang betul. Kadangkala berlaku injap terbuka bukan pada waktunya menyebabkan kehilangan kuasa enjin.

Setelah siap, mekanik tu kata "camshaft atas bengkok! pulley goyang". Dia kata ia berpunca dari enjin pernah kering. Aku iakan aje. nanti le. Lepas servis tu, aku dapati ada peningkatan kuasa enjin kereta aku. Alhamdulillah.

Friday, September 10, 2010

REZEKI DARI KUBUR

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni dah raya. Alhamdulillah. Aku baca paper, ada yang dah sambut raya awal dua hari. Astagfirullah. Tapi kali ni aku nak cerita rezeki dari kubur. Macam menyeramkan je...

Tengahari tadi aku pergi ke tanah perkuburan Bukit Alif, sebelah Taman Orkid, JB. Biasanya kalau kat tanah perkuburan ni suram, tetamunya hanya orang yang ingin menziariahi pusara saudara-mara. Yang datang tu sedekahkan fatihah, yassin atau bersihkan perkarangan kubur.

Tapi PELIKnya pusara ni meriah. Selain orang yang datang berziarah, ia dipenuhi dengan penjual - penjual yang mencari rezeki. Ada air botol mineral (air mawar kot!), bunga bewarna warni, air tin dan air botol. Aku ingat kalau jual kuih raya yang tak habis malam raya pun laku. Ramainya orang yang datang dan parking pun tak teratur. Maklumlah semua datang berkereta. Bukan sikit penjual, ada dalam 30 orang lebih.

Itu le, rezeki di mana-mana, rezeki dari kubur!