Tuesday, February 14, 2012

CUKAI PENDAPATAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku terima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dia bagi aku nombor akaun OG21786571020. Selama ni aku bayar zakat je tapi kali ni dah kena cukai pendapatan. Maknanya tiap tahun kena kemaskini dengan e-filing.



LHDN memang cekap mengesan orang. Aku teringat dulu, aku nak buat bayaran semula PTPTN secara manual. Jadi aku pergi le pejabat pos buat money order, pos ke PTPTN. Ada sekali tu, aku tak de sampul surat. Jadi aku guna sampul pejabat. Lepas tu PTPTN telefon pejabat aku dan minta pejabat buat arahan potongan gaji PTPTN. Ketawa kerani pejabat aku. Tu le LHDN.

Tapi kenapa baru sekarang? Sebab dia kesan aku dari BR1M yang ibu aku mintak. Tu le bila orang kata kerajaan bagi RM500 tapi akan korek balik duit dari rakyat, kerajaan menafikan sekeras-kerasnya. Sekarang telah terbukti, aku dikenakan cukai setelah bagi ibu aku RM500. OK juga sebab kalau tak de nombor cukai ni, bila nak bersara ada problem sikit le. Lagipun servis aku tinggal 12 tahun lagi je.

Saturday, February 4, 2012

APA NAK JADI DENGAN PhD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku ada perjumpaan dengan group penyelia aku. Aku hulur print out untuk dia semak. Dia kata dah final baru bagi kat dia. Selagi tak final bincang dengan kawan-kawan jangan bagi kat dia semak.
Aku sebenarnya dah terbakar tahap 'phoenix bangkit dari abu'. Aku ni student, dia penyelia. Apa tugas student? Apa tugas penyelia?
Selama ni aku boring, tiap kali ada masalah dengan pensyarah IPG, aku yang kena settle.
Aku full time, dia orang part time, .
Aku ada time limit, diaorang tak de.
sekarang dah habis semester 3, ada 3 semester lagi.
Masih nak drag masa aku lagi.
Suruh urus kelas.
Itu bukan kerja aku.
Paling sakit hati dia kata hanya pelajar PSM sahaja yang boleh bersemuka dengan dia.

Aku, pasal geram sangat, aku terus balik JB.
Sampai rumah dekat 3.00 pagi.