Saturday, January 17, 2009

PATAH KAKI - part 2 (HOSPITAL)

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Masalah ibu aku ialah dia ada sejarah kencing manis. Oleh itu beberapa perhatian perlu diberi dalam mengambil tindakan lanjut. Pagi esok, aku ambil Guarranty Letter (GL) dari majikan aku. Bila aku sampai, adik aku dah ada. Adik aku ni lulusan Diploma Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Aku perhatikan ada orang asing dalam rumah tu. Dia le Pak Yahya yang dimaksudkan. Bila aku sampai aku, ibu dan adik pun pergi hospital. Dalam kenderaan, adik aku asyik membebel tentang kelayakan perubatan Pak Yahya. Dia marah sangat Pak Yahya tu, beria-ia tengok X-ray tapi terbalik dan tak nampak patah yang ada. Menurutnya Pak Yahya hanya urut nak duit saje, nanti yang sengsara ibu aku juga.

Aku pun dah buat homework. Aku telefon biras aku kat Tangkak, minta pandangan. Dia ni banyak experience dari HKL Kuala Lumpur. Sekarang bertugas di Hospital Tangkak. Dia kata tak boleh urut. Kemungkinan dibedah dan dipasang plet dan diskru. Confirm masuk wad!

Sampai di hospital, aku terus ke bahagian kecemasan. Pegawai di bahagian triage tu sangat sopan santun dan prihatin. Beliau membawa kerusi roda dan tuap. Kaki ibu aku dituap sebelum digerakkan ke kerusi roda. Ibu aku tidak le kesakitan sangat macam sebelumnya membuktikan tuap amat penting sebelum menggerakkan pesakit. Kemudian ibu aku pun masuk dalam bilik kecemasan. 30 minit selepas tu, jururawat keluar dan memberikan aku fail. Katanya keramat:
DAFTAR WAD!

Tuesday, January 13, 2009

PATAH KAKI - part 1 (RUMAH)

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada hari ini aku terima mesej. Ibu aku jatuh kat rumah dia. So aku pun call dan ibu aku kata jatuh kat porch, mungkin kaki dia patah sebab ada bunyi "krek-krek". Aku pun suruh dia jangan bergerak dan tunggu aku sampai.

Dua bulan lepas, biras aku patah juga. Tulang paha sebelah depan (besar) patah, tulang kecil OK. Tapi bila dia tahu patah, dia tak bergerak, panggil JPA angkat. Sebab tu tulang kecil dia OK. Doktor pun hairan. Sebulan gak kat hospital Sultan Ismail. Kaki kena tarik dengan pemberat (dulu guna botol air 5 liter). Lepas tu bedah dan simen. Dalam umur lanjut begini, senang betul tulang patah. Lompat patah, jatuh patah tak kira tempat. Aku jadi insaf sikit!

Bila aku sampai, ibu aku dah terbaring atas kerusi. Adik aku dan ayah aku dah sampai. Adik aku dah letak ais kat tempat bengkak tu. Aku pun pelik sebab kalau patah, tempat patah sepatutnya di 'immobilise'. Maksudnya bahagian patah perlu dituap dan diikat supaya tidak bergerak.

Kemudian aku ngan adik aku pergi klinik untuk X-ray kaki ibu bila dah ada warna biru. Memang filem tu menunjukkan ada patah dan terserpih keluar pada tulang kecil belakang tulang kaki berhampiran buku lali. Hujung tulang yang tajam tu menyucuk daging yang menyebabkan sakit. Sepatutnya kaki yang patah tidak boleh menjejak ke lantai sebab tulang akan bertambah teruk. Selepas tu doktor telah menulis surat 'refer' ibu aku pergi ke hospital kerana patah.

Ibu aku tak nak pergi malam tu. Dia nak panggil Pak Yahya tukang urut esok untuk mengurut kawasan yang patah tersebut. Ibu aku kata Pak Yahya ni boleh urut orang lumpuh hingga pulih. Itu le bila orang terlalu obses. Ibu aku patah kaki, bukan salah urat.. adik aku cukup marah. Esok adik aku ada mesyuarat kat tempat dia. Jadi esok aku kena hantar ibu aku kat hospital.

Monday, January 12, 2009

HARIMAU ZOO SINGAPURA

Assalamualaikum dan salam perpaduan,


Aku ni tak tahan drive jauh-jauh sebab tu aku suka singgah/ berhenti kat tempat rehat atau tempat yang selamat. Balik dari Mersing, aku singgah di Dusun Panti, Kota Tinggi. Dulu aku pernah buat perkhemahan PBSM di sini. Dia ada tapak perkhemahan, chalet, surau, kedai makan, tasik dan zoo mini. Zoo mini ini menempatkan beberapa ekor burung unta, rusa dan pelanduk.


Aku pun pergi le kedai, order minum. Selepas tu aku ke belakang dan nampak ada lebihkurang 6 ekor kucing dalam sangkar. Aku pun amik beberapa batang keropok lekor nak bagi kucing tu makan. Agaknya kucing tu lapar, dia keluar tangan dia. Aku nampak kuku dia atas jari kelingking aku. Aku yakin dia takkan mencederakan aku. Tiba-tiba, aku rasa pedih, kuku dia termasuk dalam kulit aku dan... darah keluar dari jari kelingking aku. Allah!

Aku ingat calar je, rupanya luka dalam. Bila aku tekan, darah keluar lagi banyak. Ini mesti kena inject Titanus, tapi hospital jauh. Aku pun basuh luka dengan air, Aduss pedihnya. Lepas tu aku balut dengan tisu, ikat dengan getah. Berdenyut juga kepala aku. Berguna juga skill BSMM aku. Masa ni aku bayangkan, macamana penjaga zoo yang kena baham dengan harimau putih kat Zoo Singapura tu? Kena cekau dengan kucing pun dah sakit..

Walaupun begitu, aku teruskan perjalanan ke JENGGO, Kota Tinggi untuk makan malam ulangtahun perkahwinan yang ke 15 sebelum balik ke Johor Bahru. Dalam seminggu baru luka aku kering dan baik.

BERCUTI PART 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Pada 26 Dec 2008 aku ngan family bercuti kat Mersing. Aku nak sambut ulangtahun perkahwinan di sana. Dapat hotel Sri Malaysia, walk in je. Aku amik bilik 110, satu katil besar dan satu katil kecil. sesuai le dengan family aku 7 orang. Kena RM185.00, no discount, school holiday. Masa dia minta IC aku kata dah ada rekod (macam gi klinik je). Dia pun check kat komputer dia dah siap sebut no van aku. Settle.

Aku pilih hotel ni sebab ada kolam orang besar dan kanak-kanak. Aku dan anak-anak boleh mandi. Selain itu aku pun dah abis kelas KDC dan kerja kawin anak saudara aku dah selesai lepas 4 hari 3 malam mengerjakannya. So lapangkan fikiran le ngan keluarga. Mersing ni isolated sikit, aku suka. Dia terkenal dengan jeti untuk ke pulau-pulau seperti Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan lain-lain. Selain itu perusahaan berasaskan ikan seperti keropok lekor, ikan kering, sotong kering ada diusahakan oleh penduduk berhampiran pantai.

Esoknya, aku pergi sarapan ngan keluarga. Xde extra charge sebab kupon untuk 4 orang dewasa. OK le tu. Lepas tu aku masuk kolam le berenang sampai kul 11.00 pagi. Balik bilik mandi dan bersiap tuk check out. Aku singgah pantai dia, tapi laut jauh ke tengah. Aku agak dalam 500m baru jumpa air laut. Surut ke cetek, aku tak tahu.

Lepas check out aku pergi jalan-jalan kat sekitar kedai di Mersing tu. Cari kasut anak aku lak. Aku perhatikan ada beberapa kedai jual pakaian unit beruniform dan baju pengawas sekolah berbagai warna. Kalau kat JB, tak de dalam sederet kedai tu ada 2-3 kedai jual baju unit uniform. Sebelum balik aku akan singgah beli keropok lekor dan keropok keping kat Sekolah Arab lepas jambatan.

BERCUTI PART 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Pada 30 Nov 2008 aku ada jemputan kawin kawan sekerja kat Batu Pahat. So aku pun amik peluang bawa family duduk kat hotel Katerina, Batu Pahat. Check in pada 29 Nov 2008.
After diskaun dapat le RM145.00.

Ada dah beberapa kali datang ke sini atas urusan rasmi. Bentuk bangunan ada ciri klasik dan sedikit terpinggir dari laluan utama. Ada shopping kompleks berhampiran. Aku sempat le masuk cari baju sekolah anak aku. Malam tu aku nak belanje makan KFC kat bandar Batu Pahat. Aku perhatikan sistem jalanraya di sini banyak jalan sehala dan no entry menyukarkan pelancung macam aku ni. Beberapa kali aku pusing untuk sampai ke KFC. Tapi sampai juga le.

Esoknya aku bersarapan di cofee house. Oleh kerana aku ramai, kena extra charge RM 19.90 selepas 5% tax. Bayor aje le. Aku ingat dah ada kat Batu Pahat dekat le rumah pengantinnya. Rupanya rumah dia kat Kg Kores, dekat dengan Pontian. Maka aku pun kena drive turun ke Pontian. Tak pe le bawa keluarga bercuti. Sesekali bercuti.

Kepada kekawan, bawa le keluarga bercuti. Banyak lagi tempat kat Malaysia yang belum kite pergi.