Wednesday, May 23, 2012

TUKAR STEERING RACK DAN BRAKE PAD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 20.5.2012, aku nak repair van aku ni sebab nak jalan jauh. Van ni steering rack sebelah kiri dah goyang. Jadi kalau drive, steering akan goyang ke kiri dan ke kanan. Memula aku ingat ball joint pada king pin. Dah tukar ball joint tapi masih goyang lagi. Masa tukar ball joint tu, aku tengok brake pad tayar depan dah nipis. Jadi aku pun beli RM38 dan tukar brake pad depan.



Macam biasa le, aku survey harga. steering rack RM140, bush RM12 x 2 = RM24. Aku tanya upah pasang kat Taman Seri Bahagia dia nak upah RM150. Kat Larkin belakang Maslee, RM65. Kat tepi JKR dia nak RM45. Nak tukar steering rack ni bagus kalau kedai tu ada alignment sekali. Kalau tak lepas tukar steering rack kena cari kedai alignment pulak.

Jadi aku pun pergi le tempat JKR tu sebab dia ada alignment sekali. Jadi kena bayar RM45 upah pasang, alignment RM35 dan adjust caster RM30. Lepas buat tu masih tak OK lagi sebab tayar aku makan kiri dan kanan. Jadi aku tukar tayar kat Seri Bahagia. Ingat nak ambil second tapi tak de. Jadi ambil satu baru, SIME TYRE RM130. Hari ini je aku dah habis RM164 untuk barang, upah RM110 dan tayar RM130 = RM404.

Thursday, May 17, 2012

HILANG DOKUMEN

Assalmualaikum dan salam perpaduan.

Pada Khamis 10.5.2012 aku pergi JPJ nak uruskan kad aku. Jadi pagi tu aku pergi kedai gambar ambil gambar dan potostat lesen memandu, kad pengenalan. Lepas tu aku pergi Carrefour nak beli wang pos RM5 tapi habis. Jadi aku pun pergi le JPJ sebab kat bawah tu ada kedai jual wang pos. Kat kedai tu dia ambil upah servis wang pos RM2 berbanding pejabat pos 50 sen je.
Petang tu aku nak pergi makan bila aku perasan dompet aku takde. Jadi aku cari le kat kereta, van, bilik, hall, tapi takde. Aku pergi semula kedai gambar tu tanya, dia kata tak de. Dah takde, nak buat macamana? Dalam dompet tu ada IC, kad-kad kredit, kad-kad ATM.
Aku pun call card center batalkan kad kredit aku. Lepas tu call ATM center, batalkan kad ATM. Kad center tu kata kalau nak replace kena charge RM50 satu kad. Aku ada 4 kad kredit, RM50 x 4 kad = RM200. Kad ATM nak replace kena RM12 satu kad, RM12 x 2 kad ATM = RM24. Sekarang ni semua akaun aku kena beku. Duit dalam tangan tak le banyak sangat. huhuhu...
Esoknya hari Jumaat, aku buat report polis pagi. Lepas tu pergi Jabatan Pendaftaran Negara, buat kad pengenalan sementara. Kena bayar RM110.00. Pukul 4.30 ptg selesai. Sebulan kena datang semula tanya "dah siap ke ic saya?". Esoknya aku pergi JPJ untuk salinan lesen memandu. Oleh kerana lesen aku tamat pada bulan Mac, aku kena tambah RM15 untuk pelarasan sebab baki lebih 6 bulan. Kena bayar RM25(salinan) + RM15(pelarasan). Kemudian aku pergi Maybank Sri Bahagia untuk kad ATM. Oleh kerana IC aku hilang, pegawai tu kata aku kena ada bil utiliti atas nama aku, ic sementara, surat beranak dan lesen memandu kalau nak kad ATM. Selain itu aku kena pergi Maybank Taman Pelangi kerana aku buka akaun kat sana. Aku pun balik le rumah ambil bil utiliti dan surat beranak dan pergi Maybank Taman Pelangi. Sampai Maybank Taman Pelangi pegawai tu kata ic sementara tak boleh buat kad ATM!
Aku pun sedih campur bengang le. Duit cukup-cukup je, drive dari Sri Bahagia, patah balik rumah, drive lagi sampai Taman Pelangi tiba-tiba jadi macam ni. Itu le bila duit sikit dalam tangan, terlalu berkira. Aku pun tanya keluar duit ikut kaunter boleh tak? Pegawai tu kata boleh.
Sampai kaunter, memang nasib aku le, kaunter tu kata kad ATM aku kena sekat. Tak boleh keluar cara biasa. Aku kena bayar RM5 sebab urusan debit pindah duit cara luar biasa sehingga kad pengenalan sebenar didapati. Dia tanya ini akaun gaji ke? Aku jawab ye. Kalau jawab tak, tentu tak leh keluar. Dia bagi aku cek suruh sain. Lagi le aku sedih, kalau cek ni masuk akaun tentu 3 hari baru clear. Aku tanya "ni cross cek ke cek tunai?". Tapi bila pegawai tu kata kita beri tunai baru aku lega sikit.
Habis Maybank, aku pergi CIMB Kebun Teh. Kena bayar RM12 tapi dapat kad TM on-the-spot. Aku keluar CIMB pun dah pukul 4.50 ptg. Esoknya aku kena settlekan Kad Kredit Bank Islam.Kena bayar RM50. Itupun kad dapat dalam 2 minggu, pos ke rumah. Iklan kad kredit kat TV tu, belum habis makan kat coffee house kad gantian dah sampai, belum naik kapalterbang pun kad gantian dah sampai. Ini dua minggu, memang kena cuci pinggan kat dapur restoran atau tidur kat lapangan terbang le.
Kesimpulannya, kehilangan kad pengenalan, kad-kad ATM, kad-kad kredit adalah satu musibah kepada pemiliknya. Musibah ini pula menjadi pendapatan lumayan kepada pihak lain; bukan swasta sahaja, kerajaan pun sama. Duit yang dibelanjakan untuk menggantikan dokumen dan barangan yang hilang RM110(JPN) + RM24(2 kad ATM) + RM200(4 kad kredit) + RM40(JPJ) = RM374. Kalau tak de duit, memang tak berganti le jawapnya.

Wednesday, May 16, 2012

PULANG KERETA

Assalamualaikum dan salam pepaduan.

Pada 2.5.2012 baru-baru ni aku pulangkan kereta yang aku guna pada taufik. Aku juga kena pulangkan duit dia RM600.00. Bila aku amik kereta aku, aku cek ada beberapa default le, plastik pelindung tu dia buka, lampu besar tak de, minyak enjin tak jejak dip pun. lepas tu mangkuk dalam bonet tak de.

Kereta aku tu ada orang nak pakai. harga pun reasonable gak. Jadi aku tukar minyak hitam, ganti air radiator, beli timing belt, getah boot steering. Orang tu pun dah guna pada 11.5.2012 ari tu. Insha Allah rezeki aku bertambah baik dan dipermudahkan.