Tuesday, April 26, 2011

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA PERUMAHAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku nak cerita pasal TTPP. Tempatnya di Menara Ansar Tingkat 20, antara Persada dengan Kota Raya.

Itu hari aku pergi le nak komplen pasal pemaju rumah aku. Memula dia kata ada kes. Jadi aku pun buatlah salinan Sales and Purchase Agreement, ambil gambar dan isi borang. Dah siap, aku pun hantar. Dia kata tak boleh bawak kes, aku pun balik. sekian.

TAHLIL MAK NGAH (MAIMOON BT KASSIM)

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Alfatihah untuk almarhumah Maimoon binti Kassim.

Semalam aku pergi rumah adik ibu, Cik Maya. Dia buat tahlil untuk arwah kakak dia di 1 presint 10/3B. Katanya majlis lepas asar. Aku sampai dalam 4.30 ptg. Aku sampai je, Cik Maya dan suaminya tak de.

Anak dia, Jojo accident pukul 11.00 pagi tadi. Dia nak ambil kueh dan kakak ipar Cik Maya di Terminal Larkin. Lokasi accident kat Jalan Tampoi, depan kilang eveready. Kereta Toyota Rushnya gagal dikawal berhampiran selekoh, langgar divider dan terbang menghempap bumbung kereta1, golek-golek langgar lagi kereta2 sebelum menghentam sebuah lagi kereta3 yang cuba mengelak. Semua tayar keretanya pecah, dah keadaan kereta amat teruk; kemek depan dan belakang. Kalau tengok dari gambar kereta yang remuk tu, tentu orang kata paling tidak pun patah atau kecederaan serius. JOJO? dia selamat, balik rumah dan cuma sengal je.

Dalam banyak-banyak tu, Cik Ros pun berkata; bulan ni banyak kematian; dimulai dengan
Mak Ngah
Ayah
Bapa Cik Semek

Oleh sebab insiden yang tak dijangka, majlis tahlil bermula pukul 5.30 petang. Aku pun insaf juga. Itu le, bila Allah panggil, tiada siapa dapat menghalang. Sekurang-kurangnya aku bersyukur Jojo masih selamat dan belum masuk dalam senarai tahlil pada hari ini.

Wednesday, April 20, 2011

TAHLIL ARWAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku ambil giliran melaksanakan tahlil arwah ayah aku 7 hari. Aku dah uruskan dari hari Isnin dengan berbincang bersama AJK surau KIP dan dapat persetujuan mereka. Aku hubungi tukang masak surau KIP, En Zainal. Dia bagi menu; daging masak kicap, sayur kubis, ikan kering dan sambal belacan. Jadi pagi tadi aku pergi pasar membeli barangan yang dinyatakan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Sambil-sambil tu aku terkenangkan seperkara...

Dah 7 hari aku tak de ayah. Aku ingat lagi, bila aku tukar lampin ayah malam Rabu tu, aku tengok ayah sedang tidur selepas makan dan minum. Aku berharap dapat jumpa ayah pada Khamis esoknya. Memang aku jumpa ayah tetapi jenazahnya sahaja. Itu le bila dah tak de ayah baru rasa nak ada ayah.

Ayah aku akan cuba tolong habis-habisan kalau aku ada masalah. Aku ingat dulu van aku mati kat Sedenak. Dia sanggup bawa pomen dari JB. Lepas tu esoknya dia cari pomen dari Kulai pula, Man Botak gelarannya. Setiap malam 3 hari berturut-turut dia pergi ke sana. Pomen ni lak mula kerja lepas pukul 6.30 petang. Kalau ada masalah tunggu besok sebab kedai sparepart tak buka malam. Masa tu van aku kat parking tol Sedenak. Bila tayar aku bocor kat Carrefour, tak de tayar spare (tayar spare pun bocor), malam-malam dia datang. Bila aku mesyuarat/ kursus, dia bagi makan ikan keli aku dan hantar anak-anak aku ke sekolah.

Ayah aku banyak kawan dan peramah. Sampai akhir hayatnya, dia menjadikan rakan satu wadnya sebagai rakan. Pernah adik aku ditegur kerana menghina rakan sewadnya.
"Ayah pakai penutup hidung, kawan ayah ada Tibi, tu yang berjangkit tu.."
"Dia kawan ayah, bila anak-anak balik, dia jaga ayah.."

Sewaktu dalam wad, dia pernah bercerita kenapa duduk di Taman Century; bukannya di kawasan Melayu seperti Majidee, Kampung Melayu ataupun Bakar Batu. Dia kata ayah nak anak-anak ayah tak macam anak orang lain. Kalau duduk di kawasan Melayu atau setinggan, anak ayah akan hancur. Prinsip ini yang menyebabkan ayah menolak tawaran membeli ataupun membangunkan rumah di kawasan setinggan. Memang sejak kecil, aku dan adik beradik yang lain dipaksa ayah menghafal sifir dan membaca suratkhabar News Strait Times. Kemudian kena terjemah petikan akhbar dalam bahasa Melayu. Seksanya masa kecil, tetapi bila masuk universiti, aku tidak mempunyai masalah membaca buku rujukan Inggeris yang tersusun di rak kerana tiada pelajar Melayu nak berebut buku Inggeris. Tugasan yang diberi biasanya aku dapat selesaikan dengan cepat.

Sewaktu ayahku masih bekerja Shell, hidup kami senang. Setiap akhir tahun, kami sekeluarga akan berjalan keliling Malaysia. Kadang-kadang Pantai Timur, kadang-kadang Pantai Barat. Kalau ayah penat, kita akan tidur hotel. Tak tahu aku berapa banyak duit ayah habis untuk perjalanan itu.

Sebenarnya, ayah aku yang suruh aku ambil borang jadi cikgu. Agaknya dia pun pening masa tu gaji aku kecil je. Alhamdulillah, ada rezeki aku sampai ke kedudukan aku sekarang. Walaupun ketika hidup, ayah aku tak banyak cakap sangat, tapi aku tahu aku ada ayah. Sekarang ni, dah tak de suaranya. Aku dah tak de ayah lagi..

Banyak jasa ayah pada aku dan banyak jasa ayah pada orang lain. Hati aku tersentuh bila ayah ceritakan dia meminjam duit orang lain untuk membayar kos pelajaran anak-anak, betapa susah nak dapatkan penjamin untuk borang perjanjian universiti, rakan dan lawan sepanjang hidupnya. Nama-nama seperti arwah Cikgu Mohd Noor, Bala, Ah Kau, Ng, Lim, Cikgu Mawi, Pakcik Roslan adalah mereka yang dikenang budinya oleh ayah.

Selepas hari pertama aku menghantar ayah ke pusara Bukit Alif, aku kembali pada pagi hari keempat untuk melihat ayah. Daun-daun pandan dan bunga yang ditabur atas pusara telah kering. Liang kosong sebelah ayah dipenuhi air. Kebetulan pagi itu ada jenazah sampai, seorang lelaki 80 tahun. Tukang gali menyedut air dan menyemadikan jenazah tersebut disebelah ayah. Ayah, sekarang ayah dah ada kawan baru.

Ayah, aku doakan ayah berada bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Diterangi kubur ayah dan diluaskan kubur ayah serta berbau wangi seperti syurga firdausi.

Sunday, April 17, 2011

ALLAHYARHAM AYAHANDA JEMALI BIN OMAR

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku harap mereka yang baca blog aku ni dapatlah sedekahkan Alfatihah kepada arwah ayahanda aku, JEMALI BIN OMAR yang meninggal pada 14.4.2011 pukul 6.15 pagi. Beliau telah selamat disemadikan di T6513 , Pusara Bukit Alif Johor Bahru.

Sebenarnya pagi tu aku patut berada di UTHM Batu Pahat, tapi aku tak pergi. Adik ipar aku telefon pukul 6.45 pagi, kata ayah tak de nadi dan nafas dan dia dah telefon ambulan. Anak aku yang sulung dah ke sekolah kat SMV Yahya Aldatar. Pukul 7.05 pagi dia telefon, paramedik sahkan dah meninggal dunia. Maka apa yang aku fikir ialah bermulalah tugas aku sebagai anak untuk menguruskan jenazah ayah aku.

Aku terus ke rumah adik aku di Bukit Kempas di mana jenazah ayah aku berada. Di situ ada beberapa jiran; termasuk aku ada 4 lelaki. Makcik Tom, adik ayah pun ada. Perkara pertama ialah memindahkan jenazah ke ruang tamu untuk memudahkan urusan. Jenazah perlu diikat kepalanya supaya mulut tidak terlalu terbuka. Kemudian tangannya perlu diletakkan dalam keadaan qiam, di atas perut. Oleh kerana ayah aku memakai pampers, ia perlu dibersihkan dan disalin. Kain ayah aku perlu ditukar lain yang mukanya perlu ditutup.

Dalam masa terluang, aku ambil anak aku kat sekolah sebelum jenazah dimandikan. Aku nak mereka lihat atuk mereka untuk kali terakhir. Aku kata dengan anak aku nak jumpa atuk. Anak aku yang bongsu suka, kata dia boleh tengok atuk. Yang dia tak tahu atuk dia dah meninggal. Semua aku dah ambil kecuali kat SMV sebab kena balik untuk mandikan jenazah. Lagipun adik aku ada kat Balai Polis untuk repot polis dan dapatkan permit kubur. Nasib baik bila aku sampai, abang ipar aku offer nak ambilkan. Alhamdulillah, bantuan Allah datang tanpa disangka-sangka.

Jenazah dimandikan pada pukul 11.00 pagi. Aku dan adik lelaki aku melibatkan diri dalam memandikan jenazah ayah aku. Sambil memandikan mayat, tukang mandi mengajar cara-cara memandikan mayat dengan tertib. Kena bersihkan perut dia, bersihkan celah kuku tangan dan kaki, korek telinga dan hidung. Dalam ruang mandi tu, ada aku, paman yunus (adik ayah), bahagia (adik aku), cik semek (laki cik ros), cik wahid (anak pak hitam), faizal (anak mak ngah). Habis mandi, aku megambilkan wuduk untuk jenazah ayah aku atas bimbingan tukang mandi.

Lepas tu jenazah diletakkan pada kain putih yang telah disediakan awal. Jenazah dicelakkan, ditabur minyak wangi, daun pandan dan dikafankan. Setelah siap, ada ruang masa untuk hadirin melihat jenazah sebelum ditutup dan disolatkan. Adik perempuan aku tiba selepas mayat disolatkan. Dia nak tengok jenazah tapi tak de orang nak buka. Tapi akhirnya dapat juga bila pemandu van jenazah tu rakan baik aku, En Sulaiman Mohd Noor tolong buka. Alhamdulillah, sekali lagi bantuan Allah tiba tanpa disangka-sangka.

Sebelum jenazah meninggalkan rumah, diaorang tolak aku; kena bagi ucapan. Aku biasa tengok imam yang buat tapi kali ni aku kena buat sebab anak lelaki ayah aku. Memula aku bagi salam menghadap jenazah. Tapi dibetulkan sepatutnya mengadap luar, jenazah dibelakang aku. Ucapannya ialah

"Pada hari ini, saya ingin meminta maaf kalau ada salah silap ayah saya, minta halal makan minumnya, minta didoakan kebaikannya. Seterusnya jika ada ayah saya terhutang pada hadirin, bolehlah dituntut dari kami supaya jenazah ayah saya menjadi jenazah yang baik, Alfatihah!"

Kemudian setiap langkah berhenti dan dibacakan alfatihah hingga masuk ke dalam van jenazah menuju ke kubur. Jenazah diturunkan ke liang lahad dan ditimbus dengan tanah. Talkin dan doa dibacakan. Bila aku sampai ke rumah, abang aku dari Kuala Lumpur dah tiba.

KELUAR WAD

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada 13.4.2011 ayah aku dah boleh discas dari wad. Pagi-pagi lagi Shankar kata dah boleh keluar. Ayah aku sangat gembira, ingatkan dapat keluar pagi. Bila aku tanya nurse, dia kata keluar pukul 2.00 ptg lepas kursus Tibi kat wad dada. Oleh kerana ayah aku tak boleh jalan, wakil kena datang, aku le.

Bila maklum kat ayah aku, dia kata nak tidur dulu. Aku pun biar dia tidur dulu. Petang tu aku datang ayah aku tinggal berdua je. Kawan-kawan lain dah pindah bilik. Ayah aku pun dah bangun. Jadi aku bawa ayah aku ke bilik air dengan kerusi roda untuk salin pampers. Dia kata tak nak pakai pampers. Aku pun ikutkan je. Lepas tu dia ziarah kawan-kawan kat bilik sebelah. Aku tengok kawan-kawan dia sedih dan terharu. Ayah aku menitiskan air mata juga. Aku ucapkan terima kasih pada mereka kerana jaga ayah aku sepanjang di wad ini. Dalam wad ini aku tengok hubungan persahabatan sangat kuat, tak kira bangsa atau agama.

WAD

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Ayah aku dimasukkan ke wad Dahlia HSA pada Rabu 6.4.2011 kerana matanya kuning setelah memakan ubat Tibi selama 9 hari. Biasanya doktor akan tanya banyak soalan:
- sebab apa masuk?
- berak kaler apa?
- ada muntah darah?
- kencing warna apa?
- boleh makan ke?

Dalam banyak soalan yang serupa (dari bilik persediaan sampai 4 doktor bertanya soalan yang serupa) terbit soalan yang pelik dan aku tak percaya keluar dari mulut doktor tu.
- Pakcik, sekarang pagi ke, petang ke malam?
- Sekarang pakcik kat mana?

Memula tu aku ingat ayah aku senang le nak jawab. Tapi bila dia terkial-kial aku pun hairan.
Soalan ke dua tu dia jawab betul kat Hospital, tapi bila tanya hospital mana, dia jawab Putri bukan HSA. Rupanya kuman Tibi boleh menyebabkan hilang imbangan dan ingatan.

Setelah disahkan mengidap Tibi, beliau dipindahkan ke wad Tibi pada 7.4.2011. Nak masuk wad Tibi i kena pakai mask. Memula katil 20 sebelum dipindahkan ke katil 11. Malam tu adik beradik ibu aku datang. Cik Kamal pernah dulu kena Tibi dan bagi peransang pada ayah aku dan pesakit lain dalam wad tu. Esoknya adik beradik ayah datang.

Ayah aku ni dia tak nak nurse perempuan mandi atau salinkan pampers. Tu yang dia tunggu aku, adik aku atau nurse lelaki datang. Ada sekali tu bontot dia melecet sebab basah sangat. Kebaikan duduk wad ni, baju, kain, cadar, selimut dan alas boleh tukar bila-bila masa kalau dah basah atau kotor. Ayah aku kena gunakan kerusi roda untuk bergerak dari katil ke bilik air. Banyak kawan ayah aku kat sini; Idris, Shankar dll

Dalam satu perbualan, ayah aku bertanyakan mengenai status rumah aku. Aku kata le semua belum habis bayar. Dia kata tindakan aku tu betul tapi amat merbahaya. Lalu dia menasihatkan aku supaya membeli rumah kedai. Aku ada tanya pasal abg sulung aku, dia kata abg aku banyak bantu dalam menguruskan rumah. Dia kata aku rajin menulis, sebab tu dia suruh aku jadi cikgu.

Bacaan paras gula dalam darah ayah aku sekitar 4-5.5 je. Tekanan pun rendah sebab tu dia kena masuk darah 2 pain; Khamis satu pain dan Jumaat 1 pain. Ayah aku darah jenis B.
PEMBAYARAN

MAFIZA
06.06.2012 (100) baki RM 200
02.05.2012 (100) baki RM 300
10.04.2012 (100) baki RM 400
28.02.2012 (100) baki RM 500
02.01.2012 (100) baki RM 600
08.12.2011 (100) baki RM 700
15.11.2011 (100) Baki RM 800
18.10.2011 (100) Baki RM 900
13.10.2011 (110.50 Ganti barang)
JUMLAH Rm1000
12.09.2011
17.08.2011
5.7.2011 (200)
21.6.2011
18.4.2011
14.3.2011
16.2.2011
5.1.2011
20.12.2010


syaripa
11.03.2012


MIAN

21.10.2011 250
17.09.2011 (RM500) (Ogos&Sept)
20.07.2011 (RM500) (Jun&Julai)
16.06.2011 (April)
16.04.2011 (Mac)
18.3.2011 (Feb)
13.2.2011 (Jan)
16.12.2010



JEFF
09.10.2011
12.09.2011
08.04.2011

UMMAI FARRAH
ok

LYNN
1560 - 400
1160
10.10.2011 RM500 (650)