Friday, December 16, 2011

JERKING

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku cadang nak naik Batu Pahat hari Selasa lepas tapi kereta aku kerap 'jerking'. Susahnya bila kat traffic light, nak mula bergerak. Lambat, enjin nak mati dan 'jerking'. Oleh kerana hari dah petang, aku cadang buat esok pagi. Sebelum ni ada 'jerking', aku tukar palam pencucuh, penapis angin dan tukar minyak enjin. Ok le lepas tu. Di samping itu ada kesan minyak pada luar hos, bocor agaknya.

Mengikut pengalaman aku, 'jerking' ni biasanya melibatkan sistem elektrik atau pembakaran bahanapi. Antara sistem elektrik yang perlu dilihat ialah
- pengagih
- kabel voltan tinggi
- penutup pengagih
- rotor
- kondenser
- penapis angin
- penapis bahan api

Esok pagi, aku tukar kondenser dulu sebelum pergi bengkel. Sampai bengkel aku jumpa John. Aku kata kereta aku 'jerking' dan ada kesan minyak keluar. Selepas periksa, John kata kena buang minyak kat 'dapur'. Aku tanya kena ganti balik minyak tak? John kata tak payah sebab minyak tu mendap dan tidak diperlukan dalam sistem. Aku tanya balik apa kesan kalau tak buang minyak? John kata tuning akan terjejas.

Sambil tu aku minta John cek bearing, tie rod end dan suspension. John kata bearing kiri aku dah berbunyi. Lepas buang minyak, aku hidupkan enjin gunakan petrol sebelum bertukar kepada gas. Bila tukar bahan api gas, enjin mati. John tuning semula enjin aku dan aku terus bergerak ke Batu Pahat.

No comments: