Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Pada Khamis, 25.10.2012 sehari sebelum hari raya aidil adha, aku repair kereta kat BAYU, Larkin Indah. Aku nak tukar timing belt dengan water pump. Biasanya kalau aku nak major repair aku datang awal dalam 9.30 pagi. Aku bawa van sebab nak beli barang dan anak aku bawa kereta. Masa aku sampai tu memang tak de kereta. Yusop (pomen) bagitau lower arm sebelah kiri, tie rod end kiri kanan, steering rod bush kiri kanan, pemegang steering rack, sate kiri kanan kena tukar. Aku minta dia tulis dalam kertas barang apa nak beli. Nasib baik aku tak beli barang dulu sebab aku ingat belah kanan problem.
Dapat je maklumat, aku bawa van ke kedai MAXLEE.
LOWER ARM RM 38
LOWER ARM BUSH RM 7
STEERING RACK BUSH RH RM 6
STEERING RACK BUSH LH RM 6
PWR STEERING BOOT RM 6
SUSPENSION PIN KIT (2) RM 10
TIE ROD END OUT (2) RM 30
RACK END PWR STEERING (2) RM 56
COOLANT RM 5
DRIVE SHAFT LH RM 100
UPAH RM 160
ALIGNMENT RM 18
PWR STEERING PUMP RM 120
UPAH RM 45
Masa Yusop jack kereta aku, aku nampak gearbox ada lelehan. Alamak bocor lak.
Aku tanya Yusop nak tukar seal motor power steering tapi dia kata tak buat.
Bila tukar tie rod end atau steering rod, alignment perlu dilaras semula. Ini kerana bengkel kereta hanya tukar barang sahaja. Jadi aku pun buat alignment kat Larkin Bomba. Kena RM18. Masa dia pulas steering, pomen tu kata power steering aku nak sumbat. Aku tanya dia boleh buat ke? dia kata
"ni kedai tayar dan alignment, tak buat repair."
Dia cadangkan cari barang kat kedai potong Jalan Tangki Air, dua kedai dari hujung dan pasang kedai sebelahnya. Harga motor power steering RM120, harga pasang RM45.
Jumaat raya, hari Sabtu kena pergi kedai KATO semula.
Monday, October 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
Boleh tak kasi direction or no phone kedai potong dekat tangki air.
Kereta rosak teruk.
Hi Ben,
Nombor tak de sebab lupa minta resit.
Direction dia, kalau dari bandar Johor Bahru, ambil Jalan Tun Abdul Razak. Lepas Danga City Mall (dulu BESTWORLD) dan jejantas, masuk susur kiri. Jumpa banyak kedai motor, ada ESSO dan SHELL (dah tutup). Jumpa SHELL terus belok kiri masuk JALAN TANGKI AIR. Jumpa kedai kanvas, kedai BOLT&SCREW. Kedai potong tu dah boleh nampak kat hujung sebab jalan tu jalan mati. Kalau jumpa COURT MAMMOTH, maknanya dah terlajak ke depan.
Harap dapat membantu.
Post a Comment