Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berapa loan aku sebenarnya?
Tajuk yang menarik. Bila CTOS dan CCRIS dah declare aku tak boleh buat loan lebih dari RM5,000 dengan bayaran bulanan RM53, aku kenalah tahu berapa loan aku dah buat sebenarnya. Biasanya aku ni kalau loan dah tinggal sikit, aku akan kecilkan amaun loan aku supaya interest rendah. Tapi dah lama aku tak buat. Jadi aku pun pergi le bank-bank aku.
Pinjaman Loan Baki Loan
ASB1 RM100,000 RM83,000
ASB2 RM104,000 RM92,000
Rumah RM103,000 RM89,000
Bank Rakyat RM 70,000 RM61,000
Kereta RM 51,000 Baru lagi
Bank Islam RM 37,000 Baru lagi
Contohnya, jika ASB1 dah tinggal RM83,000 aku akan amik loan RM85,000 untuk bulanan lagi rendah. Tapi RM100,000 ni sijil dan menjejaskan dividen dan bonus yang diterima. Satu lagi, tempoh aku boleh loan tinggal 10 tahun sahaja.
Friday, September 5, 2014
PINJAMAN PERIBADI - BANK RAKYAT
Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Hari tu aku terima mesej dari BANK RAKYAT. Dia kata interest 2.48%. Aku pun call le 072360595. Cakap dengan En Ishak. Dia minta no kad pengenalan.
"Pinjaman tahun 2011, RM70,000.00. Sekarang berbaki RM61,500.00 dan bulanan RM770."
Aku fikir kalau nak buat loan yang sama RM70,000, boleh dapat lebih kurang RM7000 tunai.Jadi aku pun tanya
"Kalau loan RM70,000 macamana?"
Ishak kata loan RM70,000, bulanan RM716. Lebih RM16 sahaja kalau overlap.
Kalau buka akaun kedua, RM10,000 bulanan dalam RM111.
Dia suruh datang Bank Rakyat, aku kata kerja dan minta dia datang. Aku dah bayangkan, sebelum ni kalau nak loan dengan Bank Rakyat, kena isi borang bank Rakyat, Isi Borang ANGKASA, minta Ketua Jabatan tandatangan, cop rasmi, slip gaji yang disahkan, cari saksi, minta surat pengesahan pencen dari perkhidmatan dan macam-macam lagi. Urusan ni kena jumpa banyak pegawai dan jabatan. Lepas tu, pegawai ni pun canang satu IPG, aku boat loan.
Petang tu juga Ishak hantar En Zul dengan borang siap print, tinggal tandatangan sahaja. Dia minta salinan kad pengenalan, slip gaji 3 bulan. Tak perlu jumpa personel di IPG. Borang lain dia kata dah ada kat ofis. Eh, senangnya.
Aku kata nak loan RM80,000. Balik tu aku cari agreement lama. Aku dapati insuran untuk RM70,000 dalam RM1825. Maknanya kalau overlap, lebih lagi. Aku tanya kalau RM20,000 insuran hanya dalam RM80 je. tapi ansuran RM225
Esoknya Zul pun siap kira-kira potongan oleh ANGKASA dan mendapati had potongan ANGKASA adalah 53.5%.
"Jangan takut, boleh lulus punya sebab tidak melebihi 60% potongan gaji"
Aku senyum je, boleh lepas ke?
Dalam loan ni, perkara yang menjadi kemestian adalah laporan atau semakan CCRIS dan CTOS dari Bank Negara. Esoknya aku telefon Zul. Zul pun cerita satu per satu laporan CCRIS dan CTOS. Ada beberapa loan aku kena terangkan pada beliau.
a. RM104,000
b. RM100,000
c. RM 37,000
d. RM103,000
e. RM 51,000
Aku pun cerita le, a dan b, ASB. c- Bank Islam. d-rumah Larkin Indah. e- kereta.
Zul pun minta maaf, RM20,000 tak boleh walaupun slip gaji lepas. Dia kira-kira kalau nak juga boleh RM5,000. Bersih lepas tolak setem dan insuran dalam RM4,700 dan bulanan RM53 itu pun dengan syarat kena tunjukkan salinan surat pinjaman ASB.
Dulu loan aku kat Bank Rakyat boleh lepas bila aku tunjukkan perjanjian sewa rumah sebagai pendapatan tambahan tetapi aku belum nak tunjuk lagi kali ni.

EMAS PUBLIC GOLD - SOLD
Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Pada 3hb ni, aku pergi le pejabat Public Gold kat Taman Perling. Memula aku call pejabat, tanya harga jual 20g, dia kata dalam RM25XX. Sampai je aku pun naik. Ada pelanggan lain masa tu. Dalam menunggu, aku pun tanya,
"Beli emas ke?"
"Ya". "Beli juga ke?"
Aku cakap nak jual bar 10g dan 20g.
"Tak pajak ke? Ar Rahnu ada"
"Aku kata gold bar tak diterima. Lagipun kena bayar upah simpan."
Dia pun tunjuk pamplet.
"Sekarang Ar Rahnu Bank Rakyat dan pejabat Pos dah terima bar"
Hmm.. dah berubah sekarang ni. Dulu gold bar ni susah nak pajak sejak Bank Rakyat tak terima. Sekarang dah boleh. Tapi buat masa sekarang aku tak nak pajak. Upah simpan adalah ikut harga emas yang dipajak bukan harga yang dipinjam. Gold bar 20g, upah simpan dalam RM25. Kalau 6 bulan dah RM150. Kalau jual tak de upah simpan. Ada lagi gold bar 20g aku kat pajak gadai Koperasi Permodalam Melayu Johor.
Sampai turn aku, kerani tu, Watie kata 20g bar, RM2600. Aku pun setuju le. Aku tolak sekali bar 10g. Aku ingat paling tidak pun RM2600 bahagi dua, RM1300. Rupanya 10g tu RM1284. Kurang RM16. Silap aku tak tanya dulu. Aku beli emas ni masa tengah tinggi, 20g = RM3600. Aku pun tak nak simpan lagi dan guna duit. Jadi jual le 50g.
Watie kata esok sebelum pukul 6.00 ptg duit masuk Maybank.

Subscribe to:
Posts (Atom)