Tuesday, September 15, 2009

JPJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam aku lalu Terminal Larkin. Oleh kerana lampu merah depan flat larkin tu, aku pun berhenti. Penglihatan aku tertumpu pada satu kenderaan SUV warna oren. Dia keluar melalui susur sebelah shell ke pasar. Kenderaan tu berhenti betul-betul belakang kereta akhir yang diletakkan disitu. Lepas tu dihon pakai buzzer. Banyak kali lak tu.

Tiba-tiba dia undur dan berhenti sebelah kereta tu dan hon lagi. Kemudian lajak 2 kereta ke hadapan dan hon lagi. Hati aku pun berkata "Apahal pulak mamat ni, main hon-hon gitu. Nak parking, parking je le!". Memang biasa le kereta parking sepanjang jalan kat Terminal ni. Jalan 2 lorong dah jadi 1 lorong. Akhirnya diapun bunyikan siren.

Laa.. kenderaan JPJ rupanya. Dia nak halau kenderaan yang parking tepi jalan tu.

Aku pun heran juga sebab dia tiada lampu beacon/ siren di atas kenderaannya seperti kenderaan penguatkuasa yang lain. Isunya kenapa guna kenderaan berwarna oren? Setahu aku, kenderaan JPJ semuanya biru gelap. Itu yang kereta tadi buat tak tahu je bile kena hon.

Sekarang ni aku pun pelik dengan warna kenderaan penguatkuasa ni. Dulu zaman aku, kereta polis warna putih, sekarang dah ada kaler kelabu, JPJ yang biru gelap dah ada warna coklat dengan oren. Main ikut suka hati je sedangkan semuanya telah diaktakan. Lagipun inikan imej institusi seperti JPJ, Kastam, Penjara, Polis, Hospital dan sebagainya.

Sepatutnya kod warna ini diseragamkan mengikut institusi. Ini supaya pengguna jalanraya dapat memberikan kerjasama. Aku pun, kalau ada kereta kancil warna pink dengan bubble-buble berhenti kat belakang atau sebelah lepas tu hon-hon, aku buat tak reti je. Biar keluar dari kereta tu JPJ ke siapa sebab bila dia bertugas, mesti menggunakan kenderaan yang melambangkan jabatan atau organisasi. Sebab tu sekarang ni kes jenayah makin menjadi-jadi kerana orang boleh menyamar secara sewenang-wenangnya. Aku fikir perkara ni perlu dibetulkan.

Saturday, September 12, 2009

IKAN KELI - PART III

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Sejak akhir-akhir ni, ayah aku cerita pasal ikan keli lagi. Dia dah pergi survey harga kolam kanvas 12 kaki x 6 kaki, RM200.00. Dua tiga kali cerita, last-last aku pun belikan. Itupun pakai duit abang aku. Lepas tu cerita pasal pasir, aku pun belikan juga RM58.00. Bila ayah aku bawa angle iron yang dah dipotong, dia suruh aku kimpalkan. Dia bagi design. Masalahnya, tempat kerja aku tak de plet besar. So aku minta tolong member kat SMT Jalan Yahya Aldatar.

Esoknya, kolam ayah aku dah siap. Petangnya aku jumpa Haji Jani untuk beli organik RM200.00. dan ambil makanan ikan. Lepas 5 hari, baru boleh masukkan benih ikan keli. Aku order 6000 ekor benih, RM900.00. Bila benih dah masuk dalam kolam, bermulalah kehidupan ayah aku sebagai penternak ikan keli dalam kolam kanvas.

Aku harap ayah aku gembira dengan pilihannya.

IKAN KELI - PART II

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni ayah aku bawa aku berjumpa seorang pengusaha keli di Johor Bahru. Sewaktu aku masuk, aku jumpa 2 kolam ikan kat luar rumah. Fikiran aku dah negatif. Takkan pengusaha keli buat 2 kolam je. Bila aku masuk, aku macam tak percaya tengok begitu banyak kolam konkrit dan kanvas di dalam kawasan pagar rumah beliau. Kolam konkrit di pintu masuk je ada 40,000 ekor ikan keli belum masuk kolam kanvas lagi. Anggaran aku, semua sekali ikan keli dalam 100,000 ekor atau lebih.

Aku pun berkenalan dengan pengusaha tersebut, Haji Jani. Umur dalam 70 lebih. Beliau baru setahun bertukar kepada kaedah organik. Dulu beliau menggunakan perut ayam, tetapi tak tahan kerana baunya busuk. Jiran-jiran pun menekup hidung bila lalu depan rumah beliau.

Beliau turut menyediakan pakej RM 3950.00 untuk yang berminat. Pakejnya mengandungi:
  • 2 kolam kanvas 16 kaki x 7 kaki
  • benih 10,000 ekor
  • makanan palet 1 bag
  • baja organik 2 bag
  • membeli balik hasil ternakan setelah 3 bulan
Aku menolak pakej tersebut kerana kawasan tanah terhad. Kalau 2 kolam, sekurang-kurangnya kena ada kawasan 16 kaki x 14 kaki atau 32 kaki x 7 kaki. Jadi aku pun balik, kena fikir dulu.