Saturday, September 12, 2009

IKAN KELI - PART II

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni ayah aku bawa aku berjumpa seorang pengusaha keli di Johor Bahru. Sewaktu aku masuk, aku jumpa 2 kolam ikan kat luar rumah. Fikiran aku dah negatif. Takkan pengusaha keli buat 2 kolam je. Bila aku masuk, aku macam tak percaya tengok begitu banyak kolam konkrit dan kanvas di dalam kawasan pagar rumah beliau. Kolam konkrit di pintu masuk je ada 40,000 ekor ikan keli belum masuk kolam kanvas lagi. Anggaran aku, semua sekali ikan keli dalam 100,000 ekor atau lebih.

Aku pun berkenalan dengan pengusaha tersebut, Haji Jani. Umur dalam 70 lebih. Beliau baru setahun bertukar kepada kaedah organik. Dulu beliau menggunakan perut ayam, tetapi tak tahan kerana baunya busuk. Jiran-jiran pun menekup hidung bila lalu depan rumah beliau.

Beliau turut menyediakan pakej RM 3950.00 untuk yang berminat. Pakejnya mengandungi:
  • 2 kolam kanvas 16 kaki x 7 kaki
  • benih 10,000 ekor
  • makanan palet 1 bag
  • baja organik 2 bag
  • membeli balik hasil ternakan setelah 3 bulan
Aku menolak pakej tersebut kerana kawasan tanah terhad. Kalau 2 kolam, sekurang-kurangnya kena ada kawasan 16 kaki x 14 kaki atau 32 kaki x 7 kaki. Jadi aku pun balik, kena fikir dulu.

No comments: