Assalamualaikum dan salam perpaduan
Tahlil arwah dan yasiin 40 hari arwah ayah aku dah berlalu pada 23 Mei 2011. Majlis dibuat di rumah ayah aku di Century Garden. Oleh kerana rumah ini kecil, hanya saudara terdekat dan 12 orang pelajar aku semester 7 yang hadir. Itu pun dah penuh.
Menu masakan ialah nasi tomato, ayam sambal, dalca. Air teh 0, soya dan campuran tahu cedok dengan soya. Air soya dengan tahu ceduk tu aku beli kat Kg Bakar Batu. Satu flask besar dan satu flask kecil cuma RM30 je.
Belah ayah aku, untie Tom, Paman Yunus dan Bibi Samina. Belah ibu aku, Cik Lela dan suami, Cik Rose sekeluarga. Abang aku dari KL turun dan sampai pada 1.00 pagi. Aku bersyukur semua berjalan dengan baik. Khemah dari sekolah adik aku, kipas besar dari kempas. Aku menguruskan PA sistem, tikar, Yasiin, sejadah dan rehal.
Solat maghrib dan Isya dijalankan di rumah tersebut. Inilah kali pertama rumah aku dijadikan tempat membaca yasiin dan tahlil. Sebenarnya aku terharu kerana semuanya berlaku setelah ayah aku tiada lagi.
Malam tu abang aku bertolak balik ke KL kerana beliau shif pagi esoknya. Alhamdulillah.
Friday, May 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Maaf wak. Tahlil arwah dan yasiin tiada dalam Islam. Nabi tak pernah buat, Sahabat nabi juga tak pernah buat. lain yang Nabi suruh lain yang dibuat.
Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya bukan buat kenduri arwah. Itu cuma dapat pahala bagi orang makan saja. Lebih baik belanja kenduri itu buat sedekah fakir miskin/anak yatim ke.
di kampong sekarang yasin/tahlil malam Jumaat sudah lama ditinggalkan.
Bapa saya meninggal 20 tahun lepas. Masa itu memang jahil buat Tahlil arwah dan yasiin. Emak saya meninggal bulan puasa lepas. Kali ini tak buat langsung Tahlil arwah dan yasiin. Cuma buat bayar fidyah sama upah haji saja.
terima kasih info.
Post a Comment