Tuesday, August 28, 2012

STARTER & BATERI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni mak cerita pasal starter kereta. Hari tu kereta aku tak boleh start. Aku tak pasti le bateri lemah atau starter. Tapi aku suspek starter sebab dah cas bateri pun masih tak leh start. Jadi pergi le kedai elektrik kereta kat Jln Dato Sulaiman. Kena RM65. Anak aku yang buka starter tu jadi aku suruh dia pasang balik. Masa masuk bateri lama tak de respon pun. Jadi aku amik bateri van dan masuk dalam kereta. Baru pusing kunci je, starter berasap, terminal negatif bateri dah cair. Aku tanya kenapa? Dia kata ada  2 wayar dan dia salah pasang wayar positif. Aku pun ambil bateri kereta dan pasang kat van. Tak boleh start. Jadi aku pun tolak dan hidup. Lepas tu waktu ikat klip kepala bateri ke terminal ketat sangat, klip tu patah. Dah kena beli bateri dengan kepala bateri. Aku pun pergi le kedai; kepala bateri RM4.50 dan bateri RM130.

Wednesday, August 22, 2012

URUT TRADISIONAL CINA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Sabtu 18.8.2012 hari terakhir puasa, pinggang aku amat sakit. Aku try buat terapi elektrik, angkat berat, sapu minyak panas. Last aku tuam guna "hot water bottle (HWB)", baru lega sikit.
Apa tu HWB?  HWB merupakan bekas getah untuk diisi air panas. HWB aku bewarna hijau. Kemudian bekas ini ditutup untuk memerangkap haba panas. Haba panas ini ditekap pada bahagian yang ingin dilegakan. Jika terlalu panas, balut dengan tuala/ kain.
Pagi tu aku pergi pasar tani sebab nak beli beberapa lauk raya seperti serunding, kuah kacang, lemang. Esoknya lepas solat raya, aku bertolak ke Tangkak. Aku rasa memang tak larat tapi aku pergi juga sebab ibu aku pun ke KL rumah abang aku. Malam tu, pinggang aku bertambah sakit. Aku isi HWB dengan air panas dan tuam kat pinggang, belakang dada dan peha. Malam tu juga family wife aku buat meeting, jadi aku pun turun. Biras aku tanya, nak urut tak? Cara Kung Fu. Memang sakit tapi mujarab. Dia kata dulu dia kena seminggu sakit pinggang, periksa sampai Pantai Medical, Melaka. Aku pun setuju.
Pagi tu aku datang pukul 8.00 pagi. Apek tu kata pukul 9.30 pagi buka. Ambil nombor dulu. Aku  dapat nombor 1. Sampai masa, gilirin aku.
Dia tanya sakit apa?
Aku kata le sakit pinggang. Dah 3 hari sakit, tak dapat tidur.
Dia tanya dah XRay?
XRay? kena XRay dulu ke?
Dia kata mungkin batu karang.
Oooo....
Lepas tu aku kena baring. Dia cek guna siku kat tulang belakang.
Ini sakit? tak..
Ini sakit? sakit..
Aku rasa dia sapu cecair kat tulang belakang dan mula le Kung Fu dia.
Lepas tulang belakang, tepi punggung, pelipat lutut, hujung kaki.
Sakitnya tak terucap le.
Tahan aje le.
Lepas urut, dia suruh jalan.
Kemudian dia suruh letak tangan kat dinding.
Dia tarik bahu aku dengan lutut kat tulang aku.
Bengkok badan aku.
Akhirnya dia  bagi ubat herba.
Bayarannya RM25 urut dan  RM25 ubat.

Nama kedai dia
WONG SENG KEK
NO 144 JALAN SOLOK,
84900 TANGKAK.
Dekat Pasar.
masa operasi
SELASA- AHAD: 9.00 pagi hingga 8.00 mlm.
ISNIN - cuti.
no tel : 069782043
no hp: 0126256546

Thursday, August 2, 2012

KLINIK PAKAR MATA ANNA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Khamis hari tu ibu aku nak pergi klinik Anna. Nak buang selaput mata sebelah kiri. Ibu kata pembedahan hari Sabtu. Bila masuk klinik, doktor refer pada kad kesihatan dan kata sepatutnya pembedahan mata kanan dan masuk kanta. Sewaktu pemeriksaan, mata kiri ibu aku tak nampak langsung.
Habis pemeriksaan, pembantu tu tanya
"nak jumpa doktor ke nak bedah pada hari Sabtu ni?"
Aku jawab "bedah!"
Ibu aku kata "nak jumpa doktor dulu".
Aku tanya balik
"kenapa nak jumpa doktor lagi? dah 2 kali jumpa doktor! Hari tu jumpa dah kena RM150, kali ni RM50".
Hari Jumaat tu aku bawa ibu ke klinik dan buat appointment pembedahan dan ibu aku sudah menjalani pembedahan mata kanannya. Kos pembedahan RM3000 di klinik Pakar Mata Anna. Sekarang penglihatan ibu aku dah baik.

BAZAAR RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari ni aku nak cerita mengenai bazaar ramadhan dan acara yang sewaktu dengannya.

AIR KATHIRA ABU BAKAR
Memula nak cerita, kat JB ni memang terkenal dengan air kathira abu bakar. Ia merupakan sejenis minuman yang dibuat daripada air, susu cair, kurma, semangkuk, kismis. Ibu aku nak beli le kathira abu bakar ni. Jadi aku pun drive le ke tempat distributor dia kat Tampoi, depan Angsana. Tempat air ni menumpang kedai barangan perabot kayu jati. Satu ikat RM3.00 je. Aku pun tak tahu macamana boleh popular air ni dan jadi buruan orang terutama Singaporean. Aku tak minat sangat sebab dia mahal, peket kecil dan bahan dah kurang sangat dari dulu. Nak untung lebih. Baik aku beli kathira kat bazar ramadhan RM1 je dan banyak bahan; cincau, buah semangkuk, selasih dll. Kalau RM3 dapat 3 bungkus. Muai meminumnya.

BAZAAR RAMADHAN ANGSANA
Bazaar ramadhan yang menarik hati aku adalah bazaar kat Angsana. Apa pun cerita pasal Angsana dan bandar baru UDA, komen aku satu je... MAHAL dan tak masuk akal. Harga memang langgar dinding seperti kuih 50sen sebiji, air cedok RM2.00 satu peket dan tauhu cedok dalam mangkuk RM2. Tapi  chicken chop hutan bandar buka gerai juga dan ikut harga macam kat kedai asal RM5 je. Kuih raya pulak harganya sampai RM30 sekotak. Kat giant pun dalam RM12-15. Sebenarnya peniaga ambil kesempatan. Masa ni le nak sembelih dan ambil untung sebanyak-banyaknya. Sebab tu pendapatan bazaar ni boleh mencecah RM10,000 ke atas sepanjang bulan Ramadhan almubarak ni. Baju raya pulak tu harga RM100 ke atas kalau beli kat ruang legar. Angsana ni pengurusannya Melayu, peniaga pun Melayu, pasaran pun pelanggan Melayu. Sepatutnya harga berpatutan le dengan tahap pendapatan ekonomi orang Melayu yang sederhana. Ini harga menindas orang Melayu. Sebenarnya alasan tapak sewa mahal tu boleh cover dengan volume pelanggan yang ramai. Kalau aku memang tak shopping le kat sini.

BAZAAR RAMADHAN STADIUM LARKIN, @MART Kempas, SMART Pandan.
Bazaar ni aku suka pergi. Harga pun bepatutan. Air cedok baru RM1. Air katira RM1. Kuih masih 3-4 keping RM1. Parking pun percuma.