Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Hari ni aku nak cerita mengenai bazaar ramadhan dan acara yang sewaktu dengannya.
AIR KATHIRA ABU BAKAR
Memula nak cerita, kat JB ni memang terkenal dengan air kathira abu bakar. Ia merupakan sejenis minuman yang dibuat daripada air, susu cair, kurma, semangkuk, kismis. Ibu aku nak beli le kathira abu bakar ni. Jadi aku pun drive le ke tempat distributor dia kat Tampoi, depan Angsana. Tempat air ni menumpang kedai barangan perabot kayu jati. Satu ikat RM3.00 je. Aku pun tak tahu macamana boleh popular air ni dan jadi buruan orang terutama Singaporean. Aku tak minat sangat sebab dia mahal, peket kecil dan bahan dah kurang sangat dari dulu. Nak untung lebih. Baik aku beli kathira kat bazar ramadhan RM1 je dan banyak bahan; cincau, buah semangkuk, selasih dll. Kalau RM3 dapat 3 bungkus. Muai meminumnya.
BAZAAR RAMADHAN ANGSANA
Bazaar ramadhan yang menarik hati aku adalah bazaar kat Angsana. Apa pun cerita pasal Angsana dan bandar baru UDA, komen aku satu je... MAHAL dan tak masuk akal. Harga memang langgar dinding seperti kuih 50sen sebiji, air cedok RM2.00 satu peket dan tauhu cedok dalam mangkuk RM2. Tapi chicken chop hutan bandar buka gerai juga dan ikut harga macam kat kedai asal RM5 je. Kuih raya pulak harganya sampai RM30 sekotak. Kat giant pun dalam RM12-15. Sebenarnya peniaga ambil kesempatan. Masa ni le nak sembelih dan ambil untung sebanyak-banyaknya. Sebab tu pendapatan bazaar ni boleh mencecah RM10,000 ke atas sepanjang bulan Ramadhan almubarak ni. Baju raya pulak tu harga RM100 ke atas kalau beli kat ruang legar. Angsana ni pengurusannya Melayu, peniaga pun Melayu, pasaran pun pelanggan Melayu. Sepatutnya harga berpatutan le dengan tahap pendapatan ekonomi orang Melayu yang sederhana. Ini harga menindas orang Melayu. Sebenarnya alasan tapak sewa mahal tu boleh cover dengan volume pelanggan yang ramai. Kalau aku memang tak shopping le kat sini.
BAZAAR RAMADHAN STADIUM LARKIN, @MART Kempas, SMART Pandan.
Bazaar ni aku suka pergi. Harga pun bepatutan. Air cedok baru RM1. Air katira RM1. Kuih masih 3-4 keping RM1. Parking pun percuma.
Thursday, August 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman swasta? Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda mempunyai kredit yang buruk? Adakah bank anda gagal? Saya boleh membantu anda mendapatkan pinjaman. Tiada jaminan diperlukan.
Saya seorang pelabur swasta yang mengkhusus dalam menyediakan semua jenis dana pelaburan, termasuk dana bersama, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman hartanah, kombinasi pinjaman, pinjaman penyatuan, pinjaman komersial dan Tiada penipuan, lebih banyak lagi.
Tiada permainan, perniagaan sahaja
Jumlah Pinjaman: Minimum $ 1,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum $ 50,000,000.00 Dan nilai mata wang lain
Kadar faedah pinjaman: 2%
Kawasan pinjaman: di seluruh dunia
Tempoh maksimum: sehingga 25 tahun
Tiada penalti prabayar
Pembiayaan segera selepas dokumentasi dan kelulusan yang betul.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mesej melalui e-mel peribadi kami di gloryloanfirm@gmail.com
Post a Comment