Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Hari Sabtu 18.8.2012 hari terakhir puasa, pinggang aku amat sakit. Aku try buat terapi elektrik, angkat berat, sapu minyak panas. Last aku tuam guna "hot water bottle (HWB)", baru lega sikit.
Apa tu HWB? HWB merupakan bekas getah untuk diisi air panas. HWB aku bewarna hijau. Kemudian bekas ini ditutup untuk memerangkap haba panas. Haba panas ini ditekap pada bahagian yang ingin dilegakan. Jika terlalu panas, balut dengan tuala/ kain.
Pagi tu aku pergi pasar tani sebab nak beli beberapa lauk raya seperti serunding, kuah kacang, lemang. Esoknya lepas solat raya, aku bertolak ke Tangkak. Aku rasa memang tak larat tapi aku pergi juga sebab ibu aku pun ke KL rumah abang aku. Malam tu, pinggang aku bertambah sakit. Aku isi HWB dengan air panas dan tuam kat pinggang, belakang dada dan peha. Malam tu juga family wife aku buat meeting, jadi aku pun turun. Biras aku tanya, nak urut tak? Cara Kung Fu. Memang sakit tapi mujarab. Dia kata dulu dia kena seminggu sakit pinggang, periksa sampai Pantai Medical, Melaka. Aku pun setuju.
Pagi tu aku datang pukul 8.00 pagi. Apek tu kata pukul 9.30 pagi buka. Ambil nombor dulu. Aku dapat nombor 1. Sampai masa, gilirin aku.
Dia tanya sakit apa?
Aku kata le sakit pinggang. Dah 3 hari sakit, tak dapat tidur.
Dia tanya dah XRay?
XRay? kena XRay dulu ke?
Dia kata mungkin batu karang.
Oooo....
Lepas tu aku kena baring. Dia cek guna siku kat tulang belakang.
Ini sakit? tak..
Ini sakit? sakit..
Aku rasa dia sapu cecair kat tulang belakang dan mula le Kung Fu dia.
Lepas tulang belakang, tepi punggung, pelipat lutut, hujung kaki.
Sakitnya tak terucap le.
Tahan aje le.
Lepas urut, dia suruh jalan.
Kemudian dia suruh letak tangan kat dinding.
Dia tarik bahu aku dengan lutut kat tulang aku.
Bengkok badan aku.
Akhirnya dia bagi ubat herba.
Bayarannya RM25 urut dan RM25 ubat.
Nama kedai dia
WONG SENG KEK
NO 144 JALAN SOLOK,
84900 TANGKAK.
Dekat Pasar.
masa operasi
SELASA- AHAD: 9.00 pagi hingga 8.00 mlm.
ISNIN - cuti.
no tel : 069782043
no hp: 0126256546
Wednesday, August 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Boleh share mana tempat nie?
Post a Comment