Thursday, August 28, 2014

AUTO CLUTCH MODENAS KRIS

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Motor aku boleh start. Bila masuk gear satu,dia tersentak dan terus mati. Jadi tak boleh nak jalan le. Aku pergi kedai motor, tanya sebab. Tauke kata bawa motor dulu baru tau. Aku cakap le motor tak boleh gerak. Tauke tu kata bawa naik lori le.
Aku telefon Hussin Sarju. Dia dah pindah Batu Pahat. Dia kata sintom-sintom macam tu biasanya clutch. Aku tanya motor aku mana ada clutch tangan macam Yamaha RXZ. Dia kata motor kapcai memang ada clutch dalam enjin. Aku pun cuba bawa dengan van. Aku baringkan sit. Aku cuba masukkan dengan anak aku tapi tak cukup ruang. Aku mati kutu dibuatnya.

 Bentuk clutch 

Anak aku kata kawan dia boleh repair motor. Hari tu dia datang le. Gode-gode-gode boleh gerak. Tapi kena double stand dulu, start, masuk gear satu, tekan minyak, roda belakang tak boleh jejak. Kemudian perah minyak, tolak tongkat dan lajak. Aku pun try. Gelabah le memula. motor tu lajak laju. Mana nak control handel, masuk gear. Bila perlahan je, enjin mati. Kena double stand, start, masuk gear satu, lajak. Agak-agak confiedent, aku cadang bawa ke kedai motor Taman Seri Bahagia. Sampai trafik light merah, aku perlahan. Mati enjin. Aku pun double stand tapi jauh sikit dari trafic light. Bila hijau, enjin mati. Aku tunggu lampu merah pulak.
Sampai kedai motor, aku pun cakap kat tauke tu,
"masuk gear satu, enjin mati".
Tauke tu hidupkan enjin dan masuk gear satu, enjin mati.
"Ini clutch dalam problem, mau bikin ka?" .
Aku pun jawab
"Bikin la.. berapa?"
"RM100 lebih, boleh?".
"OK".
Dia pun mula buka bolt dan nat guna pneumatik gun. Buka ekzos, pemijak kaki, penendang kaki. Antara alat yang dia guna seperti nat, impact screwdriver, dan special tool untuk buka clutch. Dia pun tunjuk clutch.
"Ini rosak, mau biasa ke baik punya?"
"Baik, berapa?"
"RM90, boleh?"
"Boleh."
Aku pilih minyak enjin yang baik. Selesai dipasang, tauke tu menguji enjin. Sudah OK. Aku minta dia tegangkan rantai dan melaras karburator. Semuanya Autoclutch RM90, minyak enjin RM24, Gasket RM4 berjumlah RM118.

Sunday, August 10, 2014

SEWA RUMAH LARKIN INDAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Baru-baru ni aku rumah aku kat Larkin Indah dah dikosongkan. Ada le kerja repair nak kena buat. Tukar pintu, kunci, lampu dan mengecat. Cuma tabletop sinki aku je dah reput. Aku pun cari le beberapa alternatif. Nak tukar dengan papan, reput semula. jadi round-round kat pandan tu tanye le kedai marmar. Dia kata boleh pakai granite. Satu kaki dlm RM48-60. Aku dah ukur ada dalam 4 kaki x 2 kaki = 8 kaki.

Kipas remote pulak pusing perlahan sangat. Tanya kedai Taman Seri Bahagia nak tukar remote. Dia suruh pergi KDK center kat belakang Petronas Taman Impian Emas. Pergi ENE, dia suruh pergi Jalan Geronggang, Taman Melodies Garden. Bila test, remote OK, board rosak. Kalau pasang sendiri RM114, Kalau kontraktor dia pasang RM178. Dia kata cucuk 2 wayar je. Aku pun beli dan pasang sendiri. Tak sampai sejam pun dah siap.

Sinki tak settle lagi tapi aku nak pakai duit beli tabletop. Tetiba ada call nak sewa rumah. Rupanya agen. Dia kata harga RM1100 tak leh turun. Kalau penyewa nak agreement setahun, deposit sebulan. Agreement 2 tahun, deposit 2 bulan. Agreement tiga tahun, deposit 3 bulan.Jadi agen ni dapat satu customer. Memula customer tu kata esok, tapi agen suruh letak cengkeram. Aku pun bantah le. Aku kata  bayar habis baru ada deal. Aku tak ambil separuh atau tempahan. Lagipun costumer nak masuk bulan September tak bayar bulan Ogos. Aku pun kata le tak bayar bulan Ogos, aku open. Siapa cepat dia dapat.

Agen tu macam bengang juga le. Apa tak nya, kalau aku ambil separuh, tentu dia minta komisen hari tu juga. Komisen separuh sewa kena bagi kat dia walaupun custumer bayar sikit sebab kononnya agreement dah jadi. Pengalaman dulu, aku pernah costumer dah bayar habis, esoknya customer minta balik duit. Aku pulang bahagian aku tapi agen tak nak pulang bahagian dia . Katanya deposit burn. Aku kesian le kat costumer tu. Janji esok customer nak datang tapi tak muncul.Agen tu kata ada 2 costumer nak tengok rumah petang ni. Dia minta kunci rumah. Aku kata "sorry". Nak tengok rumah call aku.

So, iklankan kat mudah. Lebihkurang pukul 1.12 pagi aku post, pagi pukul 8.02 dah ada orang call nak tengok rumah pukul 9.30 pagi. Dia kata aku iklan fully finished. Aku pun tengok semula memang partially finished. Petang tadi 5.40 ptg ada student tengok. Ada juga SMS nak tengok esok pagi.


CERMIN BELAKANG PECAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Blok aku buat marhaban pada 4hb Ogos yang lepas. Malam tu aku beli air batu sebab dah habis. Aku tengok cermin belakang OK je. Esok petang aku nak naik kereta, aku perasan cermin belakang retak seribu. Pecah ke?

Pandangan dari luar kereta.

 Pandangan dari dalam kereta.

Setelah confirm pecah, aku pun tak jadi bawa kereta ni sebab kemungkinan berlubang sewaktu menghidupkan enjin boleh berlaku. Kalau dah berlubang, kena tutup dengan plastik / kanvas untuk menghalang hujan masuk.

Apabila berlaku retak seribu tanpa pecah,
1. Jangan tengok retak secara dekat tanpa pelindung mata.
    Cermin yang retak ni akan berterusan retak dan melantingkan serpihan kaca halus yang menyebabkan
    luka dan memasuki mata.
2. Jangan raba/ rasa permukaan cermin.
    Permukaan ini mewujudkan serpihan yang akan melukakan tangan seperti selumbar.halus.

Jadi aku pun tanya kawan, kat mana nak buat. Kawan cadangkan kat Kg Ungku Mohsin. Aku tanya kat Maxlee harga cermin ni, katanya RM220. Ungku Mohsin, second hand RM70. Upah pasang RM250. Hari Khamis aku bayar cengkeram upah untuk beli barang. Tauke tu kata datang Jumaat 10.00 pagi terus buat.

Esoknya, aku start enjin. Aku dah nampak ada gegaran pada cermin. Tak sampai 1 kilometer, cermin dah bobos masuk dalam kereta. Berlubang dah. Serpihan kaca bertaburan atas kerusi penumpang belakang.

Cermin belakang

 Dah berlubang

 Serpihan kaca atas tempat duduk belakang

Dah sampai kedai, Tauke tu kata barang belum sampai. Memula tu geram sebab dah janji tapi memeikirkan proses pembersihan kaca dan tapak cermin ni ambil masa dalam satu jam juga. Ok le tu. barang sampai pun masa tengah bersihkan silikon lama.

Proses pertama adalah memasang plastik di tempat duduk belakang untuk mengumpul saki baki cermin yang lama yang tertinggal. Selepas itu, mesin penyedut hampagas digunakan untuk menyedut kaca yang masih tertinggal

 
 Saki baki cermin yang tinggal dan melekat pada silikon

 Pekerja menggunakan penyedut hampagas.
Langkah keselamatan : menggunakan pelindung mata.

Penyedut hampagas yang digunakan

Setelah semua kaca lama dibuang, proses mengikis silikon lama dilakukan menggunakan playar, scrapper dan tukul.

 
Sebelum proses membuang silikon
 
 
Hasil tapak cermin yang telah dibersihkan

Operasi seterusnya adalah memasang bingkai pada cermin yang baharu. Perhatikan tayar terpakai digunakan sebagai pengalas cermin.

 
 Pemasangan bingkai

 Seterusnya adalah memasang silikon baru pada tapak cermin

 memasang silikon

Akhir sekali adalah memasang cermin baharu. proses ini memerlukan 3 orang pekerja. Seorang memegang cermin sebelah kiri, seorang sebelah kanan dan seorang mengarahkan supaya cermin berada dalam kedudukan dan basi kiri kanan yang betul. Selepas siap, pita selotep dilekatkan untuk memegang bingkai. Tauke tu kata lepas pukul 6 boleh buka pita tersebut dan tingkap perlu diturunkan untuk mengurangkan tekanan sehingga silikon keras.


Dah siap