Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Baru-baru ni aku rumah aku kat Larkin Indah dah dikosongkan. Ada le kerja repair nak kena buat. Tukar pintu, kunci, lampu dan mengecat. Cuma tabletop sinki aku je dah reput. Aku pun cari le beberapa alternatif. Nak tukar dengan papan, reput semula. jadi round-round kat pandan tu tanye le kedai marmar. Dia kata boleh pakai granite. Satu kaki dlm RM48-60. Aku dah ukur ada dalam 4 kaki x 2 kaki = 8 kaki.
Kipas remote pulak pusing perlahan sangat. Tanya kedai Taman Seri Bahagia nak tukar remote. Dia suruh pergi KDK center kat belakang Petronas Taman Impian Emas. Pergi ENE, dia suruh pergi Jalan Geronggang, Taman Melodies Garden. Bila test, remote OK, board rosak. Kalau pasang sendiri RM114, Kalau kontraktor dia pasang RM178. Dia kata cucuk 2 wayar je. Aku pun beli dan pasang sendiri. Tak sampai sejam pun dah siap.
Sinki tak settle lagi tapi aku nak pakai duit beli tabletop. Tetiba ada call nak sewa rumah. Rupanya agen. Dia kata harga RM1100 tak leh turun. Kalau penyewa nak agreement setahun, deposit sebulan. Agreement 2 tahun, deposit 2 bulan. Agreement tiga tahun, deposit 3 bulan.Jadi agen ni dapat satu customer. Memula customer tu kata esok, tapi agen suruh letak cengkeram. Aku pun bantah le. Aku kata bayar habis baru ada deal. Aku tak ambil separuh atau tempahan. Lagipun costumer nak masuk bulan September tak bayar bulan Ogos. Aku pun kata le tak bayar bulan Ogos, aku open. Siapa cepat dia dapat.
Agen tu macam bengang juga le. Apa tak nya, kalau aku ambil separuh, tentu dia minta komisen hari tu juga. Komisen separuh sewa kena bagi kat dia walaupun custumer bayar sikit sebab kononnya agreement dah jadi. Pengalaman dulu, aku pernah costumer dah bayar habis, esoknya customer minta balik duit. Aku pulang bahagian aku tapi agen tak nak pulang bahagian dia . Katanya deposit burn. Aku kesian le kat costumer tu. Janji esok customer nak datang tapi tak muncul.Agen tu kata ada 2 costumer nak tengok rumah petang ni. Dia minta kunci rumah. Aku kata "sorry". Nak tengok rumah call aku.
So, iklankan kat mudah. Lebihkurang pukul 1.12 pagi aku post, pagi pukul 8.02 dah ada orang call nak tengok rumah pukul 9.30 pagi. Dia kata aku iklan fully finished. Aku pun tengok semula memang partially finished. Petang tadi 5.40 ptg ada student tengok. Ada juga SMS nak tengok esok pagi.
Sunday, August 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment