Friday, March 21, 2008

AUDIT ISO

Institut aku kena audit...
17-19 Mac yang lalu

Bila audit je, semua gelabah
dari golongan marhain sampai golongan bawahan
nak kekal prestasi baik
takut terjumpa benda yang salah
tidak akur
tersungkur

maka
berlakulah pengumuman-pengumuman
hantar ini dan itu
sebelum sekian-sekian tarikh
itu pun dikira telah amik tindakan

telefon berdering-dering
bilik cetak sampai habis kertas
mencetak pelbagai bahan
dari sukatan-sukatan
borang-borang
minit-minit mesyuarat
hebatnya audit ni..

aku??
aku lelaki, kan?
ingat nak control hensem dan mancho
tapi gelabah juga
audit nak tengok hasilkerja
dari 1 sept 2007 sampai 14 Feb 2008

Nak tahu apa berlaku?
Tiba-tiba je
Perancangan Semester 2007 aku hilang
kena buat balik le
aku pun bukan pandai simpan dalam fail

agak-agak nak failkan, ada le..
agak-agak lupa, hilang le..

masalahnya nak rujuk kat mana?
dokumen Feb 2007 dah lupus
dokumen Mei 2005 lagi le tak de
kat web ada Feb 2008 je
(cepat pulak pegawai dokumen tukar)
KJ pun panik
hancuusss

Telefon le kekawan
minta copy pen drive
minta emel kan itu ini
kena sebut betul-betul
LAM kena betul PT09-01, PT09-02, PT09-03
versi kena betul Mei 2005, Feb 2007, Feb 2008

Akhirnya
nama aku tak dalam senarai kena audit
lepas siksa kejap

Lega???
tidak lagi
Ogos nanti dia mari lagi..

Jumpa lagi..
Aku tunggu..
Aku lelaki..

Sunday, March 9, 2008

PILIHANRAYA

Akhirnya pilihanraya pun berakhir
Keputusan pun dah dikeluarkan
Kepada yang menang, tahniah!
Kepada yang tumbang, kena fikir sendiri le.




Ada 2 petikan akhbar yang menarik minat aku

- anak anwar ibrahim

- menteri tol

— KUALA LUMPUR Di Kuala Lumpur, anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang menang kerusi Parlimen Lembah Pantai sebelum itu mengelak menjawab soalan sama ada beliau akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih.

“Keputusan ini adalah kemenangan saya dan saya rasa anda wajar memberi saya peluang untuk meraikan kemenangan ini dan merancang masa depan penyokong saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi kemenangan beliau pada pukul 2.20 pagi di Kompleks Sukan Bangsar di sini, di mana beliau dikerumuni 5,000 hingga 7,000 penyokongnya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, Nurul Izzah memberitahu sebuah akhbar harian ekonomi tempatan bahawa beliau bukan proksi bapanya.

Anwar layak bertanding pada pertengahan April.

Dr Wan Aziza Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penamaan calon berkata beliau akan memberi laluan kepada suaminya, jika menang.

Nurul Izzah yang berbaju kurung oren berbunga dan bertudung ungu, berkata:

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya dan semua orang yang telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.” “Penduduk di Lembah Pantai memilih perubahan,” kata Nurul, yang diiringi suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.

“Dan saya yakin kami berjaya melepasi segala kesinisian. Kami sudah membuktikan kami mampu lakukannya. Seperti yang saya katakan dulu dalam perjuangan ini, kami mahu menang dan sudah pasti saya sangat berbangga dengan pengundi Lembah Pantai.” Shahrizat yang turut berada di dewan itu kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan berpesan supaya beliau meneruskan usaha menjaga penduduk Lembah Pantai.

Menurutnya beliau berat hati melepaskan Lembah Pantai kerana telah bersungguh-sungguh menjaga kawasan itu.

“Penduduk Lembah Pantai penting buat saya. Bagi saya sendiri, saya gembira kerana sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah, daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.

- Bernama

MIC tenggelam dalam tsunami politik

09/03/2008 4:12am

KUALA LUMPUR 9 Mac – Pilihan Raya Umum 2008 mencatat sejarah hitam bagi MIC apabila presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah dalam pertandingan. Berbanding kemenangan 100 peratus yang dicatatnya pada pilihan raya umum 2004, pada pilihan raya kali, parti berasaskan kaum India itu hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Keputusan setakat ini menunjukkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, tetapi memenangi empat kerusi di Johor.

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu, yang memimpin parti itu sejak sekian lama, kalah di Sungai Siput, yang menjadi kubunya sejak 1974.

Bagaimanapun, setiausaha agung parti itu Datuk S. Subramaniam dan seorang lagi calonnya S.K. Devamany terselamat dalam tsunami politik yang melanda MIC, apabila masing-masing berjaya memenangi kerusi Parlimen Segamat dan Cameron Highlands. Ketua Penerangan MIC Datuk M. Saravanan pula terselamat daripada bencana itu apabila menang kerusi Parlimen Tapah. Timbalan presiden parti itu, Datuk G. Palanivel juga tumbang di Hulu Selangor manakala naib presidennya Datuk S. Sothinanthan kalah di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Seorang lagi naib presiden MIC Datuk S. Veerasingam, yang berpindah daripada kerusi Parlimen Tapah ke Sungkai, juga kalah.
Ketua Pemuda MIC, Datuk S.A. Vigneswaran turut menjadi korban apabila kalah bagi kerusi Parlimen Kota Raja, manakala Ketua Wanita MIC mengalami nasib serupa di Kapar.
Di Subang, muka baru S. Murugesan juga kecundang dalam cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat. - Bernama




Saturday, March 1, 2008

TEST DRIVE - RUSH, INNOVA DAN AVANZA

Hari ni aku keluar pagi, nak settlekan kerja-kerja perbankan. Keluar duit dari CIMB dan masukkan dalam EON Bank. Relax buat kerja hari Sabtu ni. Sekarangpun banyak bank dah online. Dah tak kira waktu kerja bank lagi, so buat luar waktu bank le.
Tak de jam, tak payah koyak kopun dapat bawak family sekali.

Lalu kat showroom toyota susur 5, nampak ada ramai orang. Pelancaran SUV Toyota RUSH. So aku settlekan kerja-kerja perbankan dan datang semula untuk pandu uji. Sampai je, ada amoi namanya JUNE layan aku dan family. Dia tanya nak TEST DRIVE??? Pucuk dicita ulam mendatang le. Minta lesen memandu? No hal le.


Mula-mula bawa RUSH 1500 cc. Aku bawa versi manual. Cluth tinggi so kena buat driving adjustment. Rasanya macam underpowered. Body berat. Interior pada aku kecil. Aku tak minat kereta apabila aku duduk, kepala jejak siling dan memang pada sit belakang sekali tu kepala aku jejak. Memang tak minat. Satu lagi steering dia tak stabil. Sampai showroom, dia offer.. test drive INNOVA



INNOVA ni 2000 cc. versi automatik. Kuasa ok, tapi bila auto tu biasa le, pickup mula tu kurang. Selesa, kepala tak jejak siling, steering stabil. Harga RM107,XXX.XX
Turun je dia tanya, nak test drive AVANZA??


AVANZA 1500 cc automatik dengan ABS. Dia kata semua avanza ada ABS. Tak macam INNOVA dan RUSH, hanya versi G sahaja yang ada ABS. Puas hati. Kombinasi enjin dan berat body yang seimbang. Pickup mula lebih ok dari INNOVA. Puas hati gak. Kepala tu cecah sikit tapi tak macam RUSH. Harga RM 77,XXX.XX. Loan Public, Maybank dan Ambank.

Hati aku nak test drive HI-LUX, walaupun sebuah pickup tapi nampak bergaya le.

Lepas test drive tu amoi pun buka crite pasal payment. Rupanya 1 dan 2 mac 2008 ada promosi rebat bayaran muka sebanyak RM1500.00. So downpayment cuma RM 58XX.XX, bulanan RM 774 je selama 9 tahun. Dia tanya nak trade in ke? Kira-kira pun dapat RM 4000 je. Kena tambah lagi RM 18XX.XX lagi.

Aku cakap nanti. Van aku tu dah banyak bocor, air-con pun dah lama tak buat. Bila hujan, dalam van basah dan cermin pun berkabus. tapi aku belum bersedia dengan komitmen bayaran bulanan ni. Lain kali le.

RAJA LAWAK NABIL- BEBAS

Sketsa nabil dalam raja lawak. Tema BEBAS
Terdapat dua slot dalam video klip ni.
Satu lawak yang kreatif, bersih, dan menghiburkan
Tag beliau ialah "Lu Fikir Le sendiri"

Saksikan...