Sunday, March 9, 2008

PILIHANRAYA

Akhirnya pilihanraya pun berakhir
Keputusan pun dah dikeluarkan
Kepada yang menang, tahniah!
Kepada yang tumbang, kena fikir sendiri le.




Ada 2 petikan akhbar yang menarik minat aku

- anak anwar ibrahim

- menteri tol

— KUALA LUMPUR Di Kuala Lumpur, anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang menang kerusi Parlimen Lembah Pantai sebelum itu mengelak menjawab soalan sama ada beliau akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih.

“Keputusan ini adalah kemenangan saya dan saya rasa anda wajar memberi saya peluang untuk meraikan kemenangan ini dan merancang masa depan penyokong saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi kemenangan beliau pada pukul 2.20 pagi di Kompleks Sukan Bangsar di sini, di mana beliau dikerumuni 5,000 hingga 7,000 penyokongnya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, Nurul Izzah memberitahu sebuah akhbar harian ekonomi tempatan bahawa beliau bukan proksi bapanya.

Anwar layak bertanding pada pertengahan April.

Dr Wan Aziza Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penamaan calon berkata beliau akan memberi laluan kepada suaminya, jika menang.

Nurul Izzah yang berbaju kurung oren berbunga dan bertudung ungu, berkata:

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya dan semua orang yang telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.” “Penduduk di Lembah Pantai memilih perubahan,” kata Nurul, yang diiringi suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.

“Dan saya yakin kami berjaya melepasi segala kesinisian. Kami sudah membuktikan kami mampu lakukannya. Seperti yang saya katakan dulu dalam perjuangan ini, kami mahu menang dan sudah pasti saya sangat berbangga dengan pengundi Lembah Pantai.” Shahrizat yang turut berada di dewan itu kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan berpesan supaya beliau meneruskan usaha menjaga penduduk Lembah Pantai.

Menurutnya beliau berat hati melepaskan Lembah Pantai kerana telah bersungguh-sungguh menjaga kawasan itu.

“Penduduk Lembah Pantai penting buat saya. Bagi saya sendiri, saya gembira kerana sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah, daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.

- Bernama

MIC tenggelam dalam tsunami politik

09/03/2008 4:12am

KUALA LUMPUR 9 Mac – Pilihan Raya Umum 2008 mencatat sejarah hitam bagi MIC apabila presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah dalam pertandingan. Berbanding kemenangan 100 peratus yang dicatatnya pada pilihan raya umum 2004, pada pilihan raya kali, parti berasaskan kaum India itu hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Keputusan setakat ini menunjukkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, tetapi memenangi empat kerusi di Johor.

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu, yang memimpin parti itu sejak sekian lama, kalah di Sungai Siput, yang menjadi kubunya sejak 1974.

Bagaimanapun, setiausaha agung parti itu Datuk S. Subramaniam dan seorang lagi calonnya S.K. Devamany terselamat dalam tsunami politik yang melanda MIC, apabila masing-masing berjaya memenangi kerusi Parlimen Segamat dan Cameron Highlands. Ketua Penerangan MIC Datuk M. Saravanan pula terselamat daripada bencana itu apabila menang kerusi Parlimen Tapah. Timbalan presiden parti itu, Datuk G. Palanivel juga tumbang di Hulu Selangor manakala naib presidennya Datuk S. Sothinanthan kalah di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Seorang lagi naib presiden MIC Datuk S. Veerasingam, yang berpindah daripada kerusi Parlimen Tapah ke Sungkai, juga kalah.
Ketua Pemuda MIC, Datuk S.A. Vigneswaran turut menjadi korban apabila kalah bagi kerusi Parlimen Kota Raja, manakala Ketua Wanita MIC mengalami nasib serupa di Kapar.
Di Subang, muka baru S. Murugesan juga kecundang dalam cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat. - Bernama




No comments: