Tuesday, May 25, 2010

PINJAMAN ASB

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari Ahad lepas, aku dengan family pergi TESCO. Sambil lalu kat kiosk RHBeasy, aku tengok ada promosi pinjaman ASB. Bayar faedah 5 tahun sahaja. Aku perhatikan untuk pinjaman ASB RM100K, bulanan cuma RM428.90.
Aku pinjam ASB CIMB RM100K kena bayar dekat RM700. Jauh beza ni. Kalau jual CIMB dan tambah RM157.80, boleh amik pinjaman RM200K. Dividen dan bonus kalau 8% setahun dah ada RM16K dalam tangan.
Pinjaman ASB ni cuma perlukan buku ASB dan MyKAD sahaja. Aku kata nanti aku balik dan fikirkan untung ke rugi sebenarnya dan kat mana bank dapat untung?

Memang logiknya,
RM428.90 x 12 x 5 = RM25,734

katalah setahun dividen dan bonus 8%
RM8000 x 5 = RM40,000

maka, untung = RM14,266

Persoalannya ialah, selepas 5 tahun,
bolehkah RM100k ini dijual begitu sahaja?
Adakah baki selepas 5 tahun kurang dari RM100K atau lebih?
Penalti 1% tetap dikenakan terhadap aku.

Bila aku bandingkan dengan pinjaman ASB aku sekarang, dengan bayaran lebihkurang RM700 selama 5 tahun, aku telah membayar RM700 x 12 x 5 = RM42,000
Sebaik sahaja pinjaman ASB CIMB diluluskan, aku dah ada hutang RM130,000 (campur interest, insuran dll). Oleh itu selepas 5 tahun, baki hutang aku lebih kurang RM88,000. Kalau aku jual, tolak penalti RM1000, aku boleh dapat cash RM11,000 lagi.

Tapi kalau aku amik RHB ni, katakan permulaan kena RM130,000. Lepas 5 tahun baru bayar RM25,734. Baru berbaki RM104,266. Bila nak jual, dengan penalti RM1000, aku kena bayar RM5226 lagi kepada bank. Tapi aku rasa kena bayar lebih lagi sebab aku tak ambil kira faedah atas baki bulanan atau tahunan. Kemudian reloan semula. Masih ada "untung". Jadi aku pun berkira-kira le bila nak ke CIMB nak jual balik pinjaman ASB aku.

1 comment:

Unknown said...

bijak!! len kali saye pun nak try...tapi, dunia ni banyak orang yang lebih celik lagi, sekiranya perkara macam ni menguntungkan... maka, mereka pasti lebih tidak akan melepaskan peluang keemasan.... jadi, berwaspada adalah lebih baik... sebab tiada bisnes yang rugi akan dilakukan oleh pihak bank... termasuklah credit card, pinjaman dan Loan... ^^.. saya banyak gak mendengar dari saudara saya yang bekerja sebagai chartered akauntan Encik Ali... ^^