Assalamualaikum dan salam perpaduan
Hari Selasa , 11.5.2010 aku dipanggil untuk tapisan CBBP TB. Bersama aku ada lagi 3 orang yang dapat pergi. Jadi hari Isnin tu aku cari le mereka ni, nak car pooling sebab tak leh claim. Rupanya diaorang dah minta cuti rehat khas. Tinggal aku sorang, masih bekerja. Jadi aku pun kena pergi sendiri.
Esoknya aku pergi. Cari le blok E12. Aku terperanjat gak bila aku tengok begitu banyak kon keliling siap ada tali di sepanjang tepi kawasan tu. Alamak dah tak boleh parking keliling macam dulu lagi. Aku sampai dalam blok E12 tu awal tetapi bertembung masa orang masuk kerja pukul 8.30 pagi. Walaupun lif ada banyak, tetapi penumpang yang naik adalah terhad. Agak-agak 6-7 kali lif berlalu (penuh) baru boleh naik.
Sampai kat tingkat 12, aku diminta tanda tangan borang kehadiran kat dinding. Aku dalam kumpulan 2 bersama 3 lagi calon. Aku pun rilek je. Tiba-tiba ada orang sapa aku,
"hang ambik apa?"
"PTV", kataku
"hang tak kenai aku ka? hang badge Zukri, kan, senior kami..."
Alamak dia kenal aku. Zukri ni satu kelas dengan aku kat maktab masa belajar Fabrikasi Logam dan Kimpalan tahun 1990-1992. Dia ada muka anak mami. Sekarang mengajar di SMT Butterworth.
Masa duduk tu, aku tanya dia, bawa sijil je ke? Dia kata ya. Aku terangkan kat dia, pertama sekali sediakan nota kecil untuk pengenalan diri, kemudian catatkan sekiranya ada penglibatan dalam penulisan modul, buku teks atau pembentangan. Nampaknya dia ikut juga le.
Bila masuk je dalam bilik temuduga, kami duduk berempat. Dia sebelah kanan aku dan dua lagi sebelah kiri aku. Bila panel bertanya latar belakang, dia jawab dulu. Boleh tahan juga dia susun ayat. Bila tanya sumbangan, banyak juga panel yang diwakili dan penulisan buku yang belum diterbitkan, masih dalam penulisan. Aku puji juga dia ni walaupun sebagai guru sekolah, nampak matang dan berisi percakapannya.
Aku, oleh kerana ini kali kedua aku melaluinya, aku berjanji takkan melakukan kesilapan yang sama. Cuma aku ada terlepas pandang mengenai teori-teori lain sebab aku buat proposal baru. Bila bab sumbangan ni, memang itulah kelebihan aku berbanding mereka. begitu juga penulisan dalam jurnal, penulisan buku, membentang kertas kerja dan lain-lain.
Secara keseluruhannya aku berpuashati pada temuduga kali ini. Alhamdulillah. Aku harap aku dapat mencapai cita-cita aku mendapatkan ijazah doktor falsafah pada temuduga tahun ini. Amin.
Thursday, May 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan semoga cik berjaya mengejar cita-cita. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.Insya Allah.
Post a Comment