Tuesday, November 30, 2010

SEMINAR PGS 2010

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku baru je balik dari Post Graduate Seminar 2010 pada 29-30 Nov, anjuran Pusat Pengajian Siswazah dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan UTHM. Banyak juga pembentangan dari pelajar UTHM dan Universiti lain seperti UTEM, Melaka.

Ada satu peserta ni, Daniel Mohd Nor. Bila aku berbual, rupanya dia ni senior aku kat SMTJB dan MPT. Dah jadi pensyarah kat UTHM ni. Dia kata nak bentang paper kat Manila 11-13 Dis ni. Aku tanya tempat tinggal macamana? Dia kata cari sendiri. Payah gak negara orang ni. Masalah utama tentu le makanan. Sebenarnya membentang kertas kerja ni di luar negara ni ada merit/ poin untuk SKT, jadi bentang kat Indonesia, Bangkok, Singapura, Filipina tu biasa je. Untuk pelajar, yuran sahaja ditanggung universiti manakala yang lain tanggung sendiri.

Ada banyak le input yang boleh didapati tapi banyak pembentangan dari bidang teknikal seperti mekanikal, awam selain pendidikan. Aku utamakan input dari doktor falsafah sebab nak dapatkan view. Setakat ni aku masih lagi blur. Malam tadi ada dinner, NC turun sama. Ada preview negara-negara asal pelajar seperti Iraq, Somalia, Pakistan. Sambutan dan jeritan bila gambar pemimpin Libya ditayangkan di skrin oleh pelajar Libya. Mereka nampaknya sangat menyokong pemimpin mereka ni walaupun jauh.

Seminar ni tamat dalam pukul 1.00 ptg kerana kekurangan penyertaan. Dekan PPS ada juga sentuh perkara ni dalam ucaptama beliau tetapi aku tak salahkan pelajar kerana masih ada yang menduduki peperiksaan pada masa yang sama. Tak rugi datang seminar ni.

BIO AURA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 18 Nov hari tu aku terima call dari seseorang. Dia nak minta sampel air bio aura dan minta aku demo kebaikan air ni. Aku pun datang le. Tunjuk le demonstrasi macam kat blog aku tu. Dia sedang compare bio aura dengan jenama lain, dia kata dia akan call kalau jadi.

21 hb tu dia call kata nak beli. Aku pun pergi rumah dia, 123 jalan mas 3, taman mas bawa satu set bio aura. Aku pasang le dan run test air. Tak sampai 5 minit, terdapat kebocoran pada katrij E. Aku call CDM Lynn, dia kata bawa balik stokis. Aku pun buka set tu dan balik. Aku janji customer tu esok nak datang pagi.

Esoknya aku pergi le stokis. CDM Lynn kata tak boleh tukar gitu je. Kena beli katrij baru RM135, katrij tu dia hantar balik syarikat. Aku pun argue le, baru 5 minit dah bocor. Garranty macamana? Takkan customer tu nak keluar duit RM135 baru pakai 5 minit je. Beli dah le RM2080, pakai tak sampai 5 minit kena keluar RM 135 lagi, gile ke! Dia pun belit le, benda dah lama, simpan tak betul, kalau syarikat tak gantikan nanti stokis rugi jadi agen/ customer kena tanggung kos tu. Macam ni berniaga rupanya. Dulu masa nak suruh join, manis mulut, baik bukan main. Ada masalah, kita tolong awak, sekarang mana kata-kata dulu? Dah kaya sombong takut rugi. Bila aku bising, dia kata orang lain pun rosak juga, dah beratus-ratus tak bising pun.

Aku janji hari ni nak pasang set hari ni tapi dia kata sebulan baru syarikat respon, nak ganti atau tidak. Dalam masa yang sama costumer tu nak set lain, bengang betul aku. Banyak masalah kalau test masa ambik set ni dari stokis. Pertama mesti lalukan air dalam filter A. Bila lalu je air, warna filter tu akan bertukar kuning -confirm punye. Nak jual baru tentu kena beli filter baru RM74, kena beli hos baru RM33. Siapa nak tanggung kos ni? Dah le beli RM2080, aku kena keluar duit lagi kalau rosak. Dulu aku ada le ingat nak tolong jualkan set kekawan yang tak jalan. Tapi kalau dah jadi macam ni, aku dah tak percaya dengan CDM Lynn ni. Pergi mampus le dia! Abis satu set yang ada pada aku ni, habis le.

Saturday, November 20, 2010

SUIS LAMPU ROSAK

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Malam raya haji ari tu, aku keluar makan dengan family, ayah dan ibu aku. tengah nak parking tu, aku tutup lampu besar, tiba-tiba ada macam spring tendang. Lampu susah nak tutup. Mesti suis lampu ni rosak. Lepas makan, aku minta ayah aku songsong balik rumah pasal lampu besar takde.

Dulu member pernah cerita buat suis dia rosak juga, dia buat kat Jalan Datuk Sulaiman, Taman Century depan kedai 88. Aku pun pergi tanya boleh repair ke? Dia jawap kena tukar satu set, sparepart sudah ada jual. Satu set tu termasuk le suis signal, wiper, lampu kecil, besar dan tinggi. Upah tukar cuma RM18 je.

Aku pergi kedai sparepart, harga cuma RM65. Aku kena beli juga le kalau tak tak boleh keluar malam. Lepas tu aku pergi kedai tu semula. Dia buat tak lama dalam 30 minit je. Lepas ni nak buat speedometer lak. Meter speedometer tu RM165 tak tahu bila nak betulkan??

QURBAN ALAF BARU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Memula aku ucapkan selamat hari raya Aidil Adha. Raya ni juga dikenali sebagai hari raya qurban. Aku nak cerita tentang qurban dulu dan sekarang. Dulu kalau korban kena cari lembu, kambing nak buat qurban. tambat kat rumah , surau atau masjid menunggu hari disembelih. Ada juga yang sembelih kat tempat penternakan dan bawa balik daging. Hari untuk ibadah qurban ni 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijah. Daging dapat le sikit dan selebihnya sedekah fakir miskin, dan masyarakat setempat.

ITU DULU..

Sekarang ni lain. Telefon je badan-badan yang akan menjalankan ibadah qurban ni, bank in duit je. Lembu disembelih kat luar negara spt Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Mesir dan lain-lain. Kalau dengar IKIM, ada ezqurban, muslim aid dan lain-lain. Itu hari masa kakak ipar buat kenduri arwah 100 hari, ada le jemaah cerita pasal ezkurban, katanya dapat sijil dan dinyatakan negara mana qurban tu dilaksanakan. Ustaz kat radio tu pun kata le pasal niat, ikhlas dan lain-lain untuk menghalalkan qurban zaman moden ni. Katanya nak mengelakkan pembaziran daging kalau buat dalam negara. Aku tak berani nak komen sebab ustaz yang kata. Dulu orang nak tengok binatang sembelihan yang yang dikurbankan, sekarang orang tak kisah pun. Dunia dah berubah.

Monday, November 8, 2010

LAST KELI'S

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam adalah kali terakhir aku bersama penternakan ikan keli. Petang semalam ada seorang pembeli besi buruk telah melawat kolam aku. Kebetulan pula En Osman dan En Nazri panggil dia untuk menjual barang terpakai yang telah lama dikumpulkan.

Memula dia tanya "kolam apa tu?"
Aku kata le "kolam ikan keli."
Dia tanya "banyak ke?"
Aku kata "dalam 50 ekor"
Aku tak tau pun jumlah sebenar ikan keli tu. Dari dulu kalau ada orang tanya, aku kata ada 50 ekor lebih kurang.
Dia tanya "berapa sekilo?"
Aku jawab "seekor RM1, nak berapa ekor?"
Dalam tu En Osman pun promosi, ikan keli ni best. Bakar masa gotong royong habis.

Jadi orang tu memula nak 10 ekor je. Lepas tu En Nazri kata le takkan 10 ekor, nak jamu saudara mara lagi. Fikir balik, orang tu kata "ambik semua!"

"Alhamdulillah!" campur terkejut gak. Nak tangkap ikan keli ni kena buang air dulu. Aku ingat nak timba tapi lambat le, kemudian aku buka tali biar kanvas jatuh. Kemudian kena kira seekor-seekor. Ada le 57 ekor tapi aku kira 55 je; lebih tu jariah je.

Aku kutip sehingga ikan terakhir. Dalam hati aku gembira sebab kerja aku dah selesai tapi sedih gak sebab aku minat makan ikan ni lagipun puas makan, saiz ikan dah besar. Tak dapat seekor RM1 kat pasaran. Aku cium ikan keli yang last aku ambil.

Jadi secara rasminya aku telah menutup semua kolam aku dan selesai satu lagi misi aku. Aku memang kena selesaikan misi ini sebab AKU LELAKI.