Tuesday, January 31, 2012

FUHH.. MASIH JERKING


Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku dah tukar kondensor, buang minyak, tukar kabel tapi masih jerking lagi. Geram juga. Kena bertindak cepat. Tahun Baru Cina dah dekat. Dulu abang aku balik rumah. Time tu Tahun Baru Cina, kedai banyak tutup. Van dia pula bearing tayar depan pecah. 3 hari terduduk van dia tak leh buat apa. aku bagi dia pinjam van aku. Nasib baik ada kedai cuti 5 hari. Bila kedai dah buka, aku tolong beli barang dan tukarkan bearing.

Sambung cerita aku. masa aku tengok putaran rotor tu, aku kena buka distributor cap. Aku pun ambil kertas pasir dan asah kuprum pada rotor dan terminal tu. Pada cap pula aku tengok terminal dah terhakis banyak juga.




distributor cap






rotor


Jadi aku pergi kedai Maxlee tu beli distributor cap RM28. Aku pun pasang le dengan anak aku. Anak aku pun expert. Syukur aku. Dah pasang, aku start enjin. OK.

Setakat ni alhamdulillah jerking dah hilang. Thank you Allah.

No comments: