Tuesday, January 31, 2012

PUSPAKOM DAN INSURAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.







Kakak ipar aku nak tukar nama kereta dari arwah suami dia ke anak dia. Tapi tak boleh sebab nama dalam pusaka kecil tu nama dia. Jadi kena tukar atas nama dia dan buat cek puspakom. Lepas tu baru boleh tukar nama.

Jadi masuk Puspakom Taman Daya, bayar RM25. Cermin depan kereta tu kakak ipar aku baru pasang tinted dan tak lepas ujian lampu. Aku pun kopek tinted tu. Lepas tu pergi JPJ dan isi borang. Bila nombor giliran dipanggil pegawai JPJ tu kata keputusan Puspakom tak de dalam sistem JPJ lagi. Dia suruh pergi Puspakom semula. Aku cakap le print out Puspakom dah dapat macamana tak de dalam sistem? Gunakan print out je le. Pegawai JPJ tu kata tak boleh.


Aku pun balik ke Puspakom. Nasib baik dekat. Jumpa kaunter, dia suruh tunggu. Lepas tu dia ambil semua dokumen, geran, resit, keputusan Puspakom. Lama sangat, aku pun tel perkhidmatan pelanggan Puspakom. Aku pun tanya kenapa jadi macam tu.
Dia kata sistem JPJ tak betul.
Aku kata le kalau tak betul aku takkan datang Puspakom 2 kali.
Aku tanya dia prosedur tukar nama ni datang puspakom sekali ke 2 kali?
Dia pulak dah berlagak, siap kata dengan aku
"Encik jangan nak bising-bising, ni bukan pertama kali kes ni berlaku. Dah beribu pelanggan kita call macam ni."
Aku pun berapi le. Aku cakap kat dia,
"Kalau dah sampai beribu pelanggan komplen, masih ada komplen, nampak sangat awak tak buat kerja." Dia terus terkedu tapi aku tak bagi dia cakap.
"Dulu tukar nama tak payah cek Puspakom. Ini Puspakom nak duit, minta pengguna cek Puspakom. Bukan free, bayar RM25. Patutnya upgrade le service."
Lepas tu aku ungkitlah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, menyusahkan rakyat.

Lepas dapat balik geran dengan dokumen, kakak ipar ajak aku makan kat Kg Melayu. Dalam perjalanan, pegawai Puspakom tadi telefon kakak ipar aku. Beri penjelasan le. Aku pun hairan mana dia dapat nombor telefon kakak ipar aku. Mungkin puspakom Taman Daya bagi dia. Aku malas nak layan.

No comments: