Wednesday, June 20, 2012

BELTING PUTUS 2

PLUSRONDA pun sampai (lupa ambil nombor plat).
"Ada call PLUSRONDA?"
"Apa masalah encik?"
Aku pun cerita le belting putus dan minta tolong cas bateri. Sebab PLUSRONDA kat Kulaijaya tadi boleh 'jump' kan bateri. Dia pun tengok.
"Bateri weak ke, boleh start?"
Aku kata weak le sebab tadi guna lampu, hidupkan elektrikal van, bateri pun tak cas. Sebenarnya aku malas nak start. Lagipun temperature nanti naik.
Lepas tu dia pun kata OK, tarik keluar tol terdekat SIMPANG RENGGAM. Dia tanya
"handbrake OK?"
"ye" jawab aku.
Sebenarnya kalau kenderaan dah keluar tol, senang nak urusan, beli barang atau panggil pomen. Kalau masih dalam hentian lebuh raya, kena bayar tol, kemudian nak keluar tu jauh. Contoh Hentian Simpang Renggam, masuk daripada tol Sedenak, keluar tol Simpang Renggam. Jauh tuuu...
Jadi PLUSRONDA pun tow guna kain kuning dengan cangkuk. Aku nampak ada kabel hoist belakang kenderaan tu, jadi aku tanya tak pakai kabel hoist ke? Dia kata payah. Aku tengok kabel tu pun dah putus beberapa urat wayarnya. Rakan PLUSRONDA tu bawa van aku dan aku duduk sebelah penumpang.
Sebelum keluar tol Simpang Renggam, PLUSRONDA tu berhenti. Dia tanya aku nak keluar Simpang Renggam ke Macap? Kat Macap dia ada kawan pomen 500m dari tol. Ok le aku kata, lagi dekat. Rupanya dah keluar tol, PLUSRONDA ni dah call kawan dia. Kira pakat le ni. Ada komisyen.
Pomen ni pun mula le kerja buka membuka.
Aku tanya berapa upah?
Dia kata murah je asal boleh jalan.
Aku tanya lagi, barang ade ke? 
Dia kata ada, lepas tu telefon member suruh bawa semua belting kat workshop.
Bila dah buka belting, nak pasang semula semua belting yang ada panjang. Belting aku 825 L belting dia bawa 9150, 9250 dll.



Aku mula panas le. Barang tak de kata ade. Dia pujuk tow ke workshop, upah tow percuma, aku tak nak. Aku dah dengar banyak kes kereta masuk workshop, workshop buka kesemua 4 tayar dan paksa kita bayar kalau nak keluar kereta. Bawa polis atau report polis pun tak menolong (polis pun dah kena bayar dulu) kecuali kau bawa ganster yang betul-betul power je!
Kemudian dia kata ada cara lain... ambil belting dari kereta mazda (tak tau le, orang lain punya kereta dalam workshop dia guna dulu agaknya). Barang terpakai le tu... 2x angin. Aku kata tunggu pagi je.  Dalam 30 minit dia datang balik bawa belting. Aku cakap le betul ke belting tu? tak de kod/ nombor pun. Dia kata asal boleh jalan. Belting tu pun boleh pasang.
Aku start, Alhamdulillah. Kipas dan alternator berpusing. Aku tanya berapa nak kena bayar? Dia kata pusing-pusing RM80. Aku dah agak, dia kira upah buka tali kipas dari kereta lain. Aku kata aku tak cukup duit. Ada RM56, takkan nak bagi semua, aku nak makan lagi... Bank pun dah tutup. Last aku bagi RM50 je. Dia terima. Lagipun aku kena tukar semula belting terpakai kepada belting baru. Aku teruskan perjalanan masuk tol Simpang Renggam dan keluar tol Ayer Hitam.

BELTING PUTUS 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada Selasa lepas, aku drive pergi UTHM. Sampai hentian Kulaijaya, aku pun rehat le sambil makan buah dengan secawan kopi putih. Aku tengok ada proton wira parking sebelah aku menunggu PLUSRONDA. Rupanya kereta dia ada problem starter. Bila aku pun sambung perjalanan, hari dah gelap. Memula aku perasan lampu besar van aku malap. Tiba-tiba aku perasan temperature aku naik tinggi sampai 3/4 sikit lagi jejak High. Kenapa ni? Aku dah isi air pagi tadi. Aku pun panik kejap le, perkara yang selamat ialah kena matikan enjin. Tunggu temperature turun baru sambung perjalanan semula. Dulu aku pernah kena masa van ML1770 nissan cherry cab. Temperature High. Kena tarik ke tol Pagoh. Enjin kena overhaul sebab getah stopper air pecah.
Aku pun lalu lorong kecemasan, hidupkan hazard light. Aku cadang nak keluar tol Sedenak atau hentian Sedenak tetapi dah terlepas. Jadi aku gunakan teknik hidup dan matikan enjin. Bila naik bukit, aku hidupkan enjin, bila turun bukit, aku matikan enjin. Akhirnya sampai hentian Simpang Renggam Arah Utara (SRAU).
Masa aku turun ada nampak air bertakung. Tak pasti dari kenderaan aku atau kenderaan sebelumnya. Aku tengok undercarriage tak de lelehan air. Aku pun buka 'bonet' cek air spare tank. Aku celup jari dalam tank tu, ada air dan panas. Maknanya air dalam sistem tu pusing le. Aku tengok lagi kat bawah bila aku perasan ada macam kabel putus. Aku dah cuak... kabel gear ke... sudah... memang terduduk le van ni.
Aku pun hulurkan tangan mencapai benda asing tu. Macam getah pun ada, ni mesti BELTING.Aku tengok belting pada water pump dan tinggal besi dengan getah je. Jam dah pukul 10.00 malam. Mana nak cari kedai dengan pomen. Masa tu ada kenderaan PLUSRONDA berhenti kat situ. Aku berbual le pasal pomen. Pegawai tu bagi nombor telefon panel bengkel PLUSRONDA 0127006231 (Ah Kow). Aku tanya buka lagi ke? Pegawai tu kata  dia kena datang dan settlekan kerana dia panel PLUSRONDA.





Aku pun rileks le kat hentian SRAU tu.

Tengah pergi balik kerunsingan tu ada 3 orang brother pemandu lori pelawa makan rambutan. Sambil makan sambil berbual.
 "ada apa dik?"
 Aku cakap le belting water pump putus.
"Alternator pun putus le?"
"ye le" jawab aku.
"kenapa tak suruh PLUSRONDA tadi tarik sampai keluar Simpang Renggam?"
"PLUSRONDA tu boleh tarik ke?" soal aku balik.
"Memang dia boleh tarik keluar tol, percuma je!"
"adik call. no dia ada kat resit tol"
Aku tak tau PLUSRONDA tu boleh tarik kereta sebab dulu van aku kena tarik dengan kenderaan macam tow truck tu, ada haidraulik, ada garpu. Ini flat je belakang dia.
Aku pun call, beritahu no plat kenderaan dan lokasi.
Dalam setengah jam, dia pun sampai.