Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Pada Selasa lepas, aku drive pergi UTHM. Sampai hentian Kulaijaya, aku pun rehat le sambil makan buah dengan secawan kopi putih. Aku tengok ada proton wira parking sebelah aku menunggu PLUSRONDA. Rupanya kereta dia ada problem starter. Bila aku pun sambung perjalanan, hari dah gelap. Memula aku perasan lampu besar van aku malap. Tiba-tiba aku perasan temperature aku naik tinggi sampai 3/4 sikit lagi jejak High. Kenapa ni? Aku dah isi air pagi tadi. Aku pun panik kejap le, perkara yang selamat ialah kena matikan enjin. Tunggu temperature turun baru sambung perjalanan semula. Dulu aku pernah kena masa van ML1770 nissan cherry cab. Temperature High. Kena tarik ke tol Pagoh. Enjin kena overhaul sebab getah stopper air pecah.
Aku pun lalu lorong kecemasan, hidupkan hazard light. Aku cadang nak keluar tol Sedenak atau hentian Sedenak tetapi dah terlepas. Jadi aku gunakan teknik hidup dan matikan enjin. Bila naik bukit, aku hidupkan enjin, bila turun bukit, aku matikan enjin. Akhirnya sampai hentian Simpang Renggam Arah Utara (SRAU).
Masa aku turun ada nampak air bertakung. Tak pasti dari kenderaan aku atau kenderaan sebelumnya. Aku tengok undercarriage tak de lelehan air. Aku pun buka 'bonet' cek air spare tank. Aku celup jari dalam tank tu, ada air dan panas. Maknanya air dalam sistem tu pusing le. Aku tengok lagi kat bawah bila aku perasan ada macam kabel putus. Aku dah cuak... kabel gear ke... sudah... memang terduduk le van ni.
Aku pun hulurkan tangan mencapai benda asing tu. Macam getah pun ada, ni mesti BELTING.Aku tengok belting pada water pump dan tinggal besi dengan getah je. Jam dah pukul 10.00 malam. Mana nak cari kedai dengan pomen. Masa tu ada kenderaan PLUSRONDA berhenti kat situ. Aku berbual le pasal pomen. Pegawai tu bagi nombor telefon panel bengkel PLUSRONDA 0127006231 (Ah Kow). Aku tanya buka lagi ke? Pegawai tu kata dia kena datang dan settlekan kerana dia panel PLUSRONDA.
Aku pun rileks le kat hentian SRAU tu.
Tengah pergi balik kerunsingan tu ada 3 orang brother pemandu lori pelawa makan rambutan. Sambil makan sambil berbual.
"ada apa dik?"
Aku cakap le belting water pump putus.
"Alternator pun putus le?"
"ye le" jawab aku.
"kenapa tak suruh PLUSRONDA tadi tarik sampai keluar Simpang Renggam?"
"PLUSRONDA tu boleh tarik ke?" soal aku balik.
"Memang dia boleh tarik keluar tol, percuma je!"
"adik call. no dia ada kat resit tol"
Aku tak tau PLUSRONDA tu boleh tarik kereta sebab dulu van aku kena tarik dengan kenderaan macam tow truck tu, ada haidraulik, ada garpu. Ini flat je belakang dia.
Aku pun call, beritahu no plat kenderaan dan lokasi.
Dalam setengah jam, dia pun sampai.
Wednesday, June 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment