Saturday, June 9, 2012

PERJALANAN KE TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada 5.6.2012 aku membawa keluarga bercuti ke Terengganu. Kebetulan ada saudara nikah. Lagipun aku nak test van aku jalan jauh setelah buat beberapa pembaikan. Aku tak pernah drive sendiri ke sana, jadi survey le dari kawan-kawan.
Ada kata ikut Kota Tinggi - Mersing - Rompin - Kuantan.
Ada kata ikut laluan Segamat - Kuantan - Muadzam - Pekan - Gambang.
Sebenarnya ikut Segamat ni senang sebab ikut lebuhraya tapi lebih jaraknya 100 km lebih jauh dari jalan Mersing. Jalan Mersing ni dekat tapi jalan sempit, gelap, bahu jalan sempit. Kalau nak berhenti, ke bilik air, makan memang masalah.
Oleh kerana aku bergerak 7.30 malam, aku putuskan ikut Lebuhraya Ayer Hitam - Segamat. Lepas Segamat, aku ikut jalan ke Kuantan. Aku beli minyak enjin 1 Liter untuk spare dan pastikan minyak 3/4 tangki sebab tak tahu bila nak jumpa stesen minyak terdekat. Lagipun dah pukul 1.00 pagi aku masuk jalan tu. Memang jalan gelap. Aku drive lalu Felda Pemanis, Felda Keratong, Pekan, Bandar Muadzam Shah, Gambang, Cherating, Bera dan Chini. Lepas Gambang, aku masuk highway pantai timur dan solat subuh kat highway tu. Ikut signboard tu highway sampai Kuala Terengganu tetapi tak siap, kena keluar kat Jabor.
Keluar Jabor, aku ikut Jalan Pantai, dapat tengok dapor penapis minyak. Sampai Chukai, jalan ke Dungun dan Kuala Terengganu sesak teruk. Temperature van aku dan dekat setengah, jadi aku pun berhenti dulu. Aku cek air spare dah kering, dip minyak enjin ada pada paras 'L'. Aku tambah air dan minyak enjin. Setakat ni dah 17 jam perjalanan dan aku ada 150 km lagi nak sampai Kuala Terengganu. Letih betul, belum tidur lagi.
Sampai je, aku rehat dalam 2-3 jam dan bertolak balik. Sebenarnya aku nak pergi rumah mentua aku kat Tangkak, jadi terpaksa berpatah balik ikut jalan Gebeng, Gambang - Segamat. Perjalanan ni agak mudah kerana hari siang, kedai makan banyak, stesen minyak buka, masjid dan surau pun ada. Aku sampai Segamat dah Maghrib. Kemudian lalu Jementah, Sagil dan Tangkak. Sampai Tangkak, aku pun rehatkan diri. Esoknya aku singgah Batu Pahat sebelum balik ke Johor Bahru.

No comments: