Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Van aku ni ada masalah brek. Bila tarik 'hand brake' dia masih boleh mengelongsor. Lama dah berlaku sejak aku tukar nama dari tahun 2001 lagi. Dah banyak bengkel aku pergi tapi tak menjadi, masih mengelongsor juga. Dulu aku siap tukar kabel/ lining, tukar kasut brek tapi masih berlaku lagi. Last, aku pun redha memang hand brek ni tidak boleh dibaiki.
Baru-baru ni, anak aku baru dapat lesen kereta. Dia bawa van aku. Dia berhenti kat bukit. Lepas tu dia tarik hand brek. Masa nak timing cluth dengan minyak, aku dah agak mesti van mengelonsor ke belakang. Memang pun, sebab dia tak biasa. Aku dah biasa kontrol minyak dengan clutch tapi bahaya untuk anak aku.
Bila balik rumah, aku 'jack' tayar belakang dan adjust kabel brek bagi pendek dalam 4-5 ketik je. Aku pusing tayar dan suruh anak aku tarik hand brek. Kedua-dua tayar belakang berhenti berpusing. Bila pusing lagi dan pijak pedal brek, kedua-dua tayar belakang tidak berhenti. Aku cuba jujus brek, minyak brek keluar tetapi tapi roda masih tidak berhenti. Kalau line minyak brek tersumbat, minyak brek takkan memancut keluar. Aku suspek piston brek 'jem'.
Brek belakang aku ni guna jenis drum dan nak buka kena buka skru dengan menggunakan 'impact screwdriver'. Aku dapat buka drum sebelah kiri tetapi skru sebelah kanan ada bunga '+' dah rosak. Kena cari bolt/skru dulu.
Aku beli piston pump belakang RM18 sebelah, dua belah RM38 kat City Auto, Taman Tasek. Mengikut pengalaman aku, lebih baik tukar seketul piston dengan housing baru daripada beli 'kit brek'.
Lepas tu aku kena cari skru pulak. Ada mekanik kat kedai tu kata skru untuk automotif ada jual kat Jalan Tangki Air. Aku dah dapat satu info baru. Aku pergi Jalan Tangki Air ni cakap skru Mazda E1400 tapi dia kata nak sampel. Dia tak jual ikut model kereta. Aku pun kena le buka tayar dan satu skru dan tunjuk kat kedai tu. Dapat le 4 batang RM1.
Satu lagi mengenai brek ni kena ada spannar belah apabila hendak menjujus brek. Spannar belah ni mempunyai cincin segi enam dan terbelah. Aku pun cari kat kedai sparepart kereta dan hardware. Last jumpa kat Taman Kempas spannar belah #8 dan #10, RM14 sebatang.
Spannar belah dan skru dah ada tetapi ada satu lagi benda penting iaitu minyak brek! Minyak brek ni penting kerana pump baru ini memerlukan minyak yang banyak untuk mengisi ruangan piston disamping lelehan sewaktu buka dan pemasangan. Jadi beli minyak brek 500gm, RM12 sebotol. Sekiranya minyak bek habis sewaktu jujus, sistem brek akan mengandungi gelembong angin atau buih. Bila brek, angin ini menyebabkan sistem brek kurang efektif kerana angin ini perlu dimampatkan dulu sebelum roda dapat berhenti. Brek menggunakan sistem hidraulik bukan pneumatik!
No comments:
Post a Comment