Sunday, January 16, 2011

SMV TANJUNG PUTERI

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Anak aku dapat tawaran memasuki SMV Tanjung Puteri dalam bidang Automotif. Surat tawaran datang hari Jumaat, jadi urusan surat berhenti sekolah, kokurikulum dan SPBT tu tak dapat buat lagi tetapi photostat dan gambar dah siap. Sekarang ni dah tek de filem lagi. Semua guna CD, 4 keping gambar pasport RM12.

Pagi tadi, aku dengan anak aku belajar naik bas. Nak uji masa yang diambil dari Terminal Larkin ke sekolah. Mujur boleh naik satu bas je. Hari ni aku naik bas Maju ke Kota Tinggi tapi berhenti kat Polis Depoh. Cakap kat driver tu Stadium tertutup. Aku dapati bas ni melalui 2 buah sekolah iaitu depan Hutan Bandar dan Sekolah Tamil Jalan Yahya Awal. Kemudian belok ke Lebuhraya Lingkaran Dalam, depan Danga City Mall terus masuk bandar, pusing City Square dan berhenti depan Polis Depoh. Lepas tu kena jalan kaki ke sekolah.

Hari ujian ni, masa yang diambil dalam 30 minit tetapi kalau hari sekolah, aku rasa boleh jejak 45 minit bila lalu depan sekolah dan traffic light. Tambang RM 2.70 kalau pakaian biasa dan RM1.30 kalau berbaju sekolah. Jadi pergi balik pada hari sekolah dalam RM2.60 sehari. Anak aku kena belajar naik bas sebab masa balik dia tak tentu. Anak aku kata nak balik berhenti depan JPN/ RJCC. Kalau naik dari terminal, dia pusing bandar baru pergi JPN/ RJCC. Baik naik bas turun kat City Square lepas tu naik bas ke JPN/ RJCC. Tak de pun aku nak cuba minta asrama sebab kalau naik bas ni, paling tidak pun 6.15 dah nak kena ada kat Terminal Larkin.

Automotif ni banyak kelebihan, antaranya:
- ilmu dia merangkumi banyak bidang seperti mekanikal, elektrikal.
- ilmu hands on.
- boleh bekerja sendiri.
- dapat pendapatan tambahan
- pasaran tersedia, banyak orang beli kereta. Nak servis, tukar barang dll

Katakan kalau dia dapat sambung belajar ke Universiti nanti, ada kereta member nak servis, tampal flyer "PERKHIDMATAN SERVIS KERETA SISWA" senang-senang je dapat duit. Upah tukar minyak hitam, RM10; tukar brek, RM 20. Lepas le duit makan tengahari. Sekarang ni zaman nak cari kerja pun payah. Aku hanya sediakan ilmu, selebihnya pada dia. Kalau dapat buka bengkel lagi bagus.

No comments: