Assalamualaikum dan salam perpaduan
Setelah siap persediaan, aku dan anak aku pun mula operasi tukar piston brek roda belakang. Memula jek roda kiri, buka tayar, dan drum. Van aku ni nak buka nat roda kiri dia guna benang terbalik (reverse thread). Aku guna spannar box #10 untuk buka 2 bolt piston, spannar belah #8 untuk buka 'nipple'. Kemudian aku buka kasut brek. Sebelah kiri ada satu line/ paip minyak brek yang masuk dan satu lubang 'nipple'. Aku keluarkan piston yang lama dan tukar yang baru. Aku ikat bolt dulu tetapi line brek tak boleh masuk. Jadi aku buka semula bolt dan pasang line dulu baru ikat bolt semula. Siap pasang line, housing, aku pasang roda. Bila tarik hand brek, roda pun berhenti. Tapi brek pedal tak boleh test sebab minyak brek masih kosong pada ruang piston.
Sebelah kanan ada 2 line brek, satu dari masterpump dan satu lagi dari piston brek kanan ke piston brek kiri. Daripada sebelah kanan, jujus sukar dibuat kerana tiada outlet 'nipple'. Berbeza dengan Proton aku, semua brek belakang ada 'nipple' dan boleh jujus individu. Memula sekali aku kena buat bunga '+' pada skru sebab bunga sedia ada dah rosak. Aku gerudi lubang pada skru kemudian hentak mata impact skrewdriver. Lepas tu aku pasang body impact screwdriver tu dan hentak, Alhamdulillah dia berpusing. Bila drum dah buka, aku pun tukar piston brek. Siap je, aku pasang drum guna bolt baru, pasang roda.
Seterusnya proses jujus/ bleeding dilakukan. Sebelum memulakan jujus, buka penutup tangki minyak brek dan penuhkan minyak brek. Kemudian bila aku arah 'PAM' anak aku akan menekan pedal brek berulang kali sehingga aku menyebut 'TEKAN'. 'TEKAN' adalah posisi dimana kaki diletakkan di atas pedal brek sambil menekan dan perlu mengikut pedal brek turun ke lantai apabila minyak/ angin dikeluarkan dari sistem. Proses ini dilakukan berulang kali sehingga tiada buih dalam sistem brek.
Setelah siap, aku menguji van aku ni. Aku pusing tayar untuk menguji pedal brek dan brek tangan. Keputusannya kedua ujian ini memberhentikan tayar. Aku test di jalanraya dan terasa perbezaan cengkaman sebelum dan selepas menukar piston brek ini. Selama 11 tahun aku putus harapan dan redha hand brek aku memang tak berfungsi tapi sekarang Alhamdulillah dengan bantuan Allah dan anak aku brek ini kembali kepada asalnya.
Tuesday, June 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Teringat 'ARWAH AYAH' suruh pomen (buat sendiri) kereta, van.
Alfatihah.
Betul tu.. tapi van ni sparepart ada lagi. Mudah le.
Post a Comment