Saturday, June 7, 2014
KOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH
Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Anak aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jadi aku pun search guna googlemap. Tengok kena lalu Durian Tunggal, Lebuhraya AMJ, Simpang Ampat, Pulau Sebang, Tampin, Kemus, Johol, Selaru, Kuala Pilah.
Kawan-kawan anak aku kata kalau nak balik JB kena naik bas pergi Kuala Pilah, kemudian Kuala Pilah ke Seremban dan Seremban ke JB. Member aku pula kata kalau nak balik Kolej naik bas ke Seremban, lepas tu amik teksi/ kereta sewa dari Seremban terus ke Kolej dalam RM60. Tak perlu naik bas ke Kuala Pilah dan Kuala Pilah ke Kolej. Bagus juga idea tu, takut sampai Kuala Pilah tak de teksi.
Bila aku hantar, aku lalu le Simpang Ampat, AFamosa, Kemus, Pulau Sebang, Tampin dan seterusnya. Kata anak aku dari Kuala Pilah ke Seremban dalam 1 jam. Sedangkan dari Tampin ke kolej dalam 30 km atau setengah jam sahaja.
Aku pergi le stesen keretapi Tampin buat survey. Sebenarnya masa aku bertugas di Alor Gajah, ada juga le pergi Tampin samada ke Pasar Malam hari Sabtu atau makan Yong Taufu / Roti Canai kat Stesen Keretapi Tampin.
Maklumat yang aku dapat adalah terdapat tiga perjalanan keretapi Tampin ke Johor Bahru Central iaitu pukul 10.30 pagi, 4.00 ptg dan 12.30 tghmlm. Tambangnya pula RM25 satu tempat duduk. Kalau rombongan 10 orang dapat potongan 25%. Keretapi ni sit ada, bilik air ada, surau ada. Tiket pun boleh booking online www.ktmb.com.my
Dari Johor Bahru Central pula keretapi pukul 8.30 pagi, 2.00 ptg dan 11.30 mlm. Kalau nak ambil pukul 2.00 ptg atau 11.30 mlm, tak sempat le sebab nak masuk kolej sebelum 7.00 mlm. Tempoh perjalan dari Tampin ke JB Central adalah 5 jam.
Cuma aku tak dapat tanya lak tambang dari stesen ke kolej tu.
Labels:
johor bahru central,
kolej matrikulasi,
KTMB,
pasar malam,
tampin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment