Monday, June 16, 2014

DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Semalam adalah hari bapa. Hari bapa jatuh pada Ahad ketiga setiap bulan Jun. Nak belanja ayah aku pun, arwah dah tak de. Jadi semalam, anak aku nak belanja makan malam. Jadi plan le, nak ke Mohd Noor Gear Box, Cenderawasih atau Dataran Bandaraya. Akhirnya pergi Dataran sebab ada steamboat lidi.
 
Papan tanda Lokasi
Steamboat ni ada yang hidang dalam bekas dengan api samada gris atau dapur gas. Kuahnya boleh pilih kuah sup atau tomyam. Steamboat lidi pula, bahan-bahannya yang disediakan dicucuk dengan lidi dan direndam dalam pot kuah, biasanya sup. Selepas itu dihidangkan dalam polisterin dengan kuah kacang campur sos/ sambal dan seumpamanya. Di Dataran, peniaga menggunakan lori panel yang dinding boleh buka kiri, kanan dan belakang.
Makanan steamboat ni boleh dikategorikan kepada 3,
1. makanan laut artificial seperti seperti udang, kek ikan, bebola sotong,
2. sayuran  segar seperti brocoli, kangkung, jagung muda, bendir,
3. daging seperti paru, hati, sosej ayam, telur puyuh,
4. makanan proses seperti tauhu kering, lau chu fah (mcm kuey teow putih).

 
Pengunjung yang menjamu selera

 
Variasi makanan
Harga berdasarkan warna pada lidi seperti Biru (RM1.00), Merah (RM1.50) dan  Hijau (RM2.00).
Selain itu, ada makanan sampingan seperti pepes (RM8.00), tauhu bakar (RM5.00), Bakso (RM5.00), Char kuet teow udang/ sotong.
Selain makanan, terdapat banyak tarikan pada waktu malam di sini dan perniagaan yang dijalankan. Sewa kasut roller blade (RM7.00-RM10.00/ 30 minit), main belon sabun besar (RM2.00-RM5.00/ 30 minit), dan basikal.
Dataran Bandaraya dengan latar belakang Hotel Thistle

Kawasan perniagaan di Dataran ni lokasinya hanya terletak atas tempat kereta bersebelahan thistle Hotel. Kekuatan kawasan ini adalah ia mempunyai kawasan lapang untuk aktiviti masyarakat dan keluarga. Selain itu kemudahan bilik air juga disediakan.

No comments: