Thursday, August 28, 2014

AUTO CLUTCH MODENAS KRIS

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Motor aku boleh start. Bila masuk gear satu,dia tersentak dan terus mati. Jadi tak boleh nak jalan le. Aku pergi kedai motor, tanya sebab. Tauke kata bawa motor dulu baru tau. Aku cakap le motor tak boleh gerak. Tauke tu kata bawa naik lori le.
Aku telefon Hussin Sarju. Dia dah pindah Batu Pahat. Dia kata sintom-sintom macam tu biasanya clutch. Aku tanya motor aku mana ada clutch tangan macam Yamaha RXZ. Dia kata motor kapcai memang ada clutch dalam enjin. Aku pun cuba bawa dengan van. Aku baringkan sit. Aku cuba masukkan dengan anak aku tapi tak cukup ruang. Aku mati kutu dibuatnya.

 Bentuk clutch 

Anak aku kata kawan dia boleh repair motor. Hari tu dia datang le. Gode-gode-gode boleh gerak. Tapi kena double stand dulu, start, masuk gear satu, tekan minyak, roda belakang tak boleh jejak. Kemudian perah minyak, tolak tongkat dan lajak. Aku pun try. Gelabah le memula. motor tu lajak laju. Mana nak control handel, masuk gear. Bila perlahan je, enjin mati. Kena double stand, start, masuk gear satu, lajak. Agak-agak confiedent, aku cadang bawa ke kedai motor Taman Seri Bahagia. Sampai trafik light merah, aku perlahan. Mati enjin. Aku pun double stand tapi jauh sikit dari trafic light. Bila hijau, enjin mati. Aku tunggu lampu merah pulak.
Sampai kedai motor, aku pun cakap kat tauke tu,
"masuk gear satu, enjin mati".
Tauke tu hidupkan enjin dan masuk gear satu, enjin mati.
"Ini clutch dalam problem, mau bikin ka?" .
Aku pun jawab
"Bikin la.. berapa?"
"RM100 lebih, boleh?".
"OK".
Dia pun mula buka bolt dan nat guna pneumatik gun. Buka ekzos, pemijak kaki, penendang kaki. Antara alat yang dia guna seperti nat, impact screwdriver, dan special tool untuk buka clutch. Dia pun tunjuk clutch.
"Ini rosak, mau biasa ke baik punya?"
"Baik, berapa?"
"RM90, boleh?"
"Boleh."
Aku pilih minyak enjin yang baik. Selesai dipasang, tauke tu menguji enjin. Sudah OK. Aku minta dia tegangkan rantai dan melaras karburator. Semuanya Autoclutch RM90, minyak enjin RM24, Gasket RM4 berjumlah RM118.

23 comments:

Unknown said...

Klau kes yg Sama berlaku Kat motor legenda solution dia Pon Sama ker??

Unknown said...

Clutch rosak tukar jew..dua jd mcm clas kaki...lepas gear slow2 buat

haibara said...

tq sebab sudi kongsi!! ✌

Unknown said...

Kalau xleh start .. start bole.. cuma kekadang kita start ringan tu kes class speed abis eh

Unknown said...

Auto sye slalu brbunyi apasa

Unknown said...

Assalamualaikum..klu start kaki ringan..ape masalanya ye??cluth plate dah tukar baru..dan motor x blh start juga

Pieziee Ismail said...

Bro pakai kriss 110 ke kriss 100, kalau kriss 110 tu mungkin bearing kick starter dah rosak.

Unknown said...

Bearing kick starter kat mne tuan...moto kawan lpas tuka clutch plate jd kosong...sblum pasang casing ok...bila masuk casing starter jd kosong

Radzi said...

Salam tuan2, sekadar nak bertanya. Saya pakai motor kriss 110, mslah saya sekarang, selepas 5 bln overhaul motor tmasuk tukar clutch plate, bila motor jalan sperti biasa, tiba² motor semput seolah2 gear xblh support pergerakan motor dan gear seperti nak bertukar kemudian baik blk..kerap terjadi sekarang... Saya pergi workshop, katanya problem dkt one way ape tah... Saya dah cuba google, yang jumpa one one bearing dan ditukar kalau starter kaki loose. Harap sesiapa dapat membantu.

Unknown said...

Apa sebab kriss 110 payah start.kadang rasa engko lembut.

Pintu Taubat said...

Bearing kick starter atau ad yg panggil bearing one way tu dduk dia dekat dlm housing auto clutch... Klau bearing tu rosak bila kita start dia akan meleret, contoh mcm dia tknak lekat tp ringan diiringi dengan bunyi kreeeeeeee........ Mcm bro ejas clutch balik , selalu lepas msok clutch bru mmg mcm tu... Ad nat 12 kat casing dgn screw driver leper. Ejas situ ja. Klau tak pndai baik suruk pomen bikin.

Pintu Taubat said...

Bearing one way tu melingkop. Kriss mmg slalu ad msalah itu. Haha..

ssr said...

betul.kalau kick starter asyik losse saja.itu bearing one way dh rosak...cari lah yg baik jika ganti..

Unknown said...

selamat malam tuan2 .saya nak mntak pendapat.pakai outo clutch lebih baik or pasang clutch tangan lebih baik.untuk modenas kriss 110

Unknown said...

Aku lagi letih.. . Semua pomen aku dh hntr tapi sme jgk problem gear 2 and gear 4..Bila masuk gear 2 bwk lme sikit dia turun sendiri gear 1.. gear 4 pun turun sendiri gear 3..Baru2 ni aku bru lps overhall lepas tu okay gear 2 dia.. Gear 4 je terjatuh sendiri gear 3.. Besok tu aku tukar spring class racing dgn cluth speed.. Lepastu gear 2 aku terus terjatuh sendiri ke gear 1..Lebih rm2000 aku buat motor tu supaya gear box elok.. Tapi sme jgk😭Aku mntk tolong kt korg yg prnh rse mcm aku.. Aku nk thu mcm mne nk elokkan gearbox tu

Unknown said...

auto clutch lebih baik

sham128 said...

ws aku 0134214807.rsa sbb sub gear atau ketam bearing 3biji dh haus mcm moto aku.nk tgk gmbar ws jala

Afrbm oleng said...

Assalamualaikum..saya pakai Kriss 110 juga..moto kalau nak bawak laju je dia tangkap MCM piston jem panas,tapi dgr dkt enjin belah kanan auto plate dok memutar pusing tak berhentizdah berhenti br start jalan balik...terima kasih bro kongsi DPT ilmu yg berguna dan modal nak repair moto Kriss Sy ni..Assalamualaikum..

Afrbm oleng said...

Tambahan UTK pengetahuan bro moto saya double stand takde...hihihi..berapa modal eh nak pasang semula..beli2..MMG takde dah...

redbikes said...

Mungkin valve bocor

redbikes said...

Assalamualaikum,bro nk tanya,moto Kriss 110 saya ni bila selekoh menggunakan gear 4,lepas tu tak tukar gear kemudian motor jadi kurang laju, bila saya pulas minyak separuh,dia jadi bunyi geseran yg kuat, seperti bunyi keldai menjerit, boleh bro bgi tau? Moto saya STD,buat pergi hantar dan balik anak sekolah.. tolong ya bro..

Unknown said...

kalau sy tkar spring class dgan class plate...lps tu bawak masok gear ade bunyi mcm gigi x kene...2 kali bukak...pning pale

Unknown said...

Salam bos...mcm mana mau setelkan masalah gear kriss 110..gear masuk tapi bila turun bukit..gear tu tak sangkut