Showing posts with label overheat. Show all posts
Showing posts with label overheat. Show all posts
Saturday, June 7, 2014
ENJIN OVERHEAT LAMPAU PANAS
Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Hari ni aku balik Tangkak naik JGS5239. Kereta ni guna NGV. Bahanapi jimat le tapi tol sama je. Lepas tu nak singgah kolej anak aku kat Negeri Sembilan. Masa tengah highway tu, temperature naik tinggi bila anak aku bawa. Aku pun hairan sebab kipas radiator baru tukar. Anak aku pun bila temperature naik tak nak berhenti. Tambah hairan bila aku bawa, temperature tak naik pula. Ada yang tak betul ni. Masa laju, temperature tinggi, masa perlahan temperature OK. Berbagai teori le keluar.
1. Kipas tak de kualiti. Sebab masa beli tu dia tanya nak baik ke biasa? Baik RM100, biasa RM50. Aku beli biasa je.
2. Member pula kata kipas kondenser tak kuat, mempengaruhi putaran kipas radiator.
Aku suspek radiator sebab dari cap tu nampak ada bendasing dalam liang. Biasanya karat akan membentuk lapisan macam tanah. Jadi, balik Tangkak, aku pergi le kedai "Membaiki Tangki Air". Kat Tangkak ni terutama depan SMK Tun Mamat, berderet kedai tayar, membaiki Hawa Dingin, Kedai Elektrik Kereta, Servis kenderaan yang berkaitan dengan kereta. Biasanya kedai elektrik kereta paling jarang ditemui.
Aku tanya servis tangki berapa? RM50. Buka, cuci dan solder? Ya. OK le. Jadi pomen tu pun buka radiator, buka kipas, dan mula membuang solder yang lama. Penutup atas pun terbuka. Pomen ni tak buka bahagian bawah. Seterusnya dia menjolok setiap liang hingga ke bawah. Memang ada yang tersumbat. Radiator aku jenis satu liang je. Sesetengah orang ada yang guna 3 liang, tebal sikit dah lebih lambat panas. Setelah jolok, dia guna water jet untuk bersihkan liang tu lagi. Siap je, pomen tu guna wire brush untuk membuang sisa timah yang ada dan membersihkan permukaan sebagai persediaan solder semula.
Setelah siap solder, pomen menguji bocor dalam tangki. semua lubang ditutup dengan penutup getah dan sedikit tekanan angin dikenakan. Setelah tiada kebocoran, kipas, radiator dimasukkan dalam kereta.
Pomen tu provok tukar getah hos air, aku pun setuju. Satu hos RM15 x 2 = RM30. Hos ni bukan tak boleh tukar sendiri, masalahnya dah sekali duduk dan aku tak tau bila kali terakhir tukar dan dah overheated. Pomen ni guna gam dayak sebagai gasket dan silikon. Akhirnya pomen ni provok guna coolent, RM25. Pomen tu bersihkan tangki spare, berkeladak air karat keluar dari tangki.
Kos keseluruhan, servis radiator (cabut radiator, buka bahagian atas, buang solder,jolok liang, tembak water jet. berus dawai, solder baru, uji bocor, pasang)RM50, Hos RM30, Coolent RM25, Klip RM5 = RM110
Balik tu aku isi NGV kat Air Keroh dan balik terus ke JB. Sampai hampir Tol Skudai, NGV habis, guna petrol. Temperature normal sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.
Labels:
coolent,
gam dayak,
hos,
lampau panas,
overheat,
solder,
tangkak,
temperature,
waterjet,
wire brush
Saturday, May 24, 2014
TUKAR DISTRIBUTOR
Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Anak aku balik kerja hari tu kata enjin kereta JGS5329 mati-mati. Dah le balik tengah malam, nasib baik ada kawan tolong tolakkan. Lepas komplen tu aku bawa le dari rumah ke BENAFE sebab tertinggal barang lepas jumpa master trader. Ok je aku bawa.
Ada hari tu, aku suruh anak aku bawa kereta hitam sebab ada urusan bank. Tiba-tiba simpang Jalan Serampang enjin mati tiba-tiba. Senyap je. Sudah elektrikal ni. Start tak boleh. Nasib baik turun bukit. Start tak leh, aku lurut dan masuk gear dua. Dalam istilah automotif dipanggil "kick start". Hidup pula.
Aku nak pergi kedai eletrikal kereta kat Jalan Datuk Sulaiman. Sampai Jalan Landak Maman, mati lagi. Kali ni naik bukit. Start tak boleh. Anak aku tolak. Hidup lagi. Aku terus pergi kedai elektrikal. Aku kata kat mekanik tu. Dia tanya, you dah bikin ke? Aku cakap le ni elektrikal bukan mekanikal. Guna gas. Aku kata le dia hidup. lepas tu kosong, mati. Ooo.. Dia macam overheated dia mati le.
Aku pun buka bonet. Pomen tu terus kata ini distributer punya hal. Bila coil dia panas, enjin mati. Aku macam tak percaya. Sebegitu mudah. Aku tanya le tak leh tukar barang ke, carbon brush, coil. Dia kata distributor tak boleh tukar barang. Aku pun pergi le MAXLEE Sri Bahagia beli distributor. Aku nasihatkan bila beli distributor beli condensor sekali supaya kita boleh ingat terikh tukar serentak. Condensor lama aku tak tahu bila tarikh belinya. Jadi condensor baru RM12 + distributor RM150.
Distributor ni patutnya kena setting dengan timing light. 12-15 darjah. Sekiranya setting tak betul, enjin akan "advanced" sangat atau "retard". Petang tu, aku buka distributor. Aku pelik juga sebab minyak ada dalam distributor cap. Maknanya minyak enjin masuk melalui coil ke cap. Sebab itu overheat atau coil berlaku pintas. Aku pun pasang balik. Dapatkan laras yang sesuai. Dah siap.
Labels:
coil,
condensor,
enjin mati tiba-tiba,
Jalan Datuk Sulaiman,
overheat
Subscribe to:
Posts (Atom)