Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

LAWATAN ILMIAH 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

GAMBAR DI EPRD



Pagi ni dalam 7.30 pagi bas dah bergerak dari kuaters ke EPRD. Aku dah lama dengar pasal EPRD. Dulu kat Damansara. Masa aku pergi tu, KL banjir besar. Bahan dalam tu pun sikit je. Serik nak pergi lagi. Jadi kali ni aku pergi juga untuk lihat second view.

Dari segi lojistik, sekarang EPRD dah pindah ke Putrajaya. Kami disambut oleh En Zulkifli Ali dan En Karim. Nak masuk EPRD ni kena jadi ahli. Keahlian warga KPM percuma je. Kena isi borang dan bawa surat pengesahan pelajar/ jabatan. Kawan-kawan aku bawa borang pengesahan pelajar, aku lupa lak. Aku call anak aku suruh dia scan dan send melalui email pada aku. En Zulkifli tu kata aku boleh email surat tu pada dia, nanti dia print. Jadi aku pun email pada En Zulkifli. Settle!

Nak tahu second view aku?
Aku memang terperanjat sangat. Banyak betul bahan dia, berubah dari dulu. koleksi tesis doktor falsafah bersepah-sepah. Nak cari sekarang kena guna OPAC, macam perpustakaan UTHM. Pengguna boleh akses dari luar melalui laman web librarykpm.moe.gov.my. Personel pun dah ramai dan boleh bantu. Bahan pun dah 2 tingkat dan nak penuh pun. Aku gelak bila dia kata kalau nampak dia dan staff baca surat khabar pagi-pagi tu bukan buang masa tetapi memang salah satu kerja mencari bahan-bahan dalam surat khabar untuk koleksi bahan. Memang betul le tu. Bila jumpa bahan, dia potong dan simpan dalam fail.

Lepas EPRD, aku pergi makan tengahari kat Serdang. Makan nasi, ikan bakar, sayur dengan air jagung cuma RM5.00. Mungkin murah sebab berhampiran UPM, harga student. Sarapan pagi tadi kat Putrajaya aku makan sotong, kerang, nasi putih dan kopi kena RM9.00.

Lepas makan, aku pergi UPM, Serdang. Aku tak tau pun diaorang dah tulis surat nak buat lawatan. Cekap betul geng ni. Memang besar library dia. Jurnal, tesis, buku, artikel dan macam-macam ada. Masa aku belek tesis Doktor Falsafah tu aku jumpa tesis Azizi Aziz, pensyarah UTM. Dia cuma buat mata pelajaran KH tingkatan 3 je. Latif cukup gelak tengok tajuk tesis tu. Kat sini tesis boleh potostat setakat 24 helai pertama sahaja. Bukan mula muka surat 1, tapi dari kulit pertama, tak sampai setengah bab 1 pun. Acara lawatan ilmiah ni habis dalam pukul 4.20 ptg dan kami bertolak pulang ke IPGKTI.

Balik dari lawatan ini, aku terfikir sejenak,
Kenapa aku tak boleh mula lagi tesis aku ni?
Memang tesis doktor falsafah kurang di UTHM, tapi takkan jurnal pun kurang?
Kalau jurnal ni boleh ada kat EPRD, UPM, takkan tak de kat UTHM?
Nampak sangat aku belum explore habis tempat aku sendiri.
Satu azam baru timbul, aku harap ini jadi penggerak aku untuk memulakan pengumpulan bahan dengan lebih tekun. Aku boleh!



Sunday, October 12, 2008

PUTRAJAYA 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku pun keluar persimpangan Putrajaya. Tanpa aku sedari aku masuk Putrajaya kali ni dari arah Nilai-KLIA. Mula-mula dulu aku ikut Kajang. Sangkaan aku, aku akan jumpa alamanda dulu. Rupanya tidak. Kenderaan memang banyak waktu aku masuk Putrajaya pagi ni. Alamak, nak tanya siapa? Waktu berhenti kat trafik light aku tanya brother motor tu? Blok E- KPM kat mana? Ooo jauh lagi, lepas kubah tu. Rupanya orang kat sini jadikan kubah tu sebagai penanda kawasan.

Aku pun drive lagi. Nampak je susur kompleks kerajaan (C,D,E) aku pun ikut. Last aku pun jumpa le blok E. Aku masuk dan nak cari parking. Tapi banyak dah penuh. Kali ni aku dapat parking kat E11 lak. Lepas tu menapak ke E13. Masa aku parking tu memang sebelum 7.30 pagi. Kira-kira perancangan aku berjaya le. Bila aku masuk bilik mesyuarat pukul 8.30 pagi, ada pn Noraini IPIK sahaja. Aku orang kedua. Yang lain datang pukul 9.00 pagi. Jawapannya jalan sesak dan ada kemalangan. Aku tak boleh mula kerja kerana bahannya dalam notebook rakan aku. Kadang macam serik je nak mesyuarat kat Putrajaya ni.

Selesai sahaja kerja aku, aku meninggalkan Putrajaya dengan pelbagai persoalan dan kekesalan.

Aku petik artikel dari wikipedia:
Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah
Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Putrajaya yang canggih dan terancang ini sepatutnya ia telah mengambilkira semua faktor seperti ruang tempat meletak kenderaan, kemudahan hotel, tempat makan dan papan tanda yang berkesan. Kalau aku yang pertama kali datang boleh sesat, terbabas dan perlu bertanya orang kat trafik light baru boleh sampai, aku rasa tiada apa yang dapat nak dibanggakan!