Assalamualaikum dan salam perpaduan
Aku pun keluar persimpangan Putrajaya. Tanpa aku sedari aku masuk Putrajaya kali ni dari arah Nilai-KLIA. Mula-mula dulu aku ikut Kajang. Sangkaan aku, aku akan jumpa alamanda dulu. Rupanya tidak. Kenderaan memang banyak waktu aku masuk Putrajaya pagi ni. Alamak, nak tanya siapa? Waktu berhenti kat trafik light aku tanya brother motor tu? Blok E- KPM kat mana? Ooo jauh lagi, lepas kubah tu. Rupanya orang kat sini jadikan kubah tu sebagai penanda kawasan.
Aku pun drive lagi. Nampak je susur kompleks kerajaan (C,D,E) aku pun ikut. Last aku pun jumpa le blok E. Aku masuk dan nak cari parking. Tapi banyak dah penuh. Kali ni aku dapat parking kat E11 lak. Lepas tu menapak ke E13. Masa aku parking tu memang sebelum 7.30 pagi. Kira-kira perancangan aku berjaya le. Bila aku masuk bilik mesyuarat pukul 8.30 pagi, ada pn Noraini IPIK sahaja. Aku orang kedua. Yang lain datang pukul 9.00 pagi. Jawapannya jalan sesak dan ada kemalangan. Aku tak boleh mula kerja kerana bahannya dalam notebook rakan aku. Kadang macam serik je nak mesyuarat kat Putrajaya ni.
Selesai sahaja kerja aku, aku meninggalkan Putrajaya dengan pelbagai persoalan dan kekesalan.
Aku petik artikel dari wikipedia:
Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Putrajaya yang canggih dan terancang ini sepatutnya ia telah mengambilkira semua faktor seperti ruang tempat meletak kenderaan, kemudahan hotel, tempat makan dan papan tanda yang berkesan. Kalau aku yang pertama kali datang boleh sesat, terbabas dan perlu bertanya orang kat trafik light baru boleh sampai, aku rasa tiada apa yang dapat nak dibanggakan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment