Saturday, June 9, 2012

PERJALANAN KE TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Pada 5.6.2012 aku membawa keluarga bercuti ke Terengganu. Kebetulan ada saudara nikah. Lagipun aku nak test van aku jalan jauh setelah buat beberapa pembaikan. Aku tak pernah drive sendiri ke sana, jadi survey le dari kawan-kawan.
Ada kata ikut Kota Tinggi - Mersing - Rompin - Kuantan.
Ada kata ikut laluan Segamat - Kuantan - Muadzam - Pekan - Gambang.
Sebenarnya ikut Segamat ni senang sebab ikut lebuhraya tapi lebih jaraknya 100 km lebih jauh dari jalan Mersing. Jalan Mersing ni dekat tapi jalan sempit, gelap, bahu jalan sempit. Kalau nak berhenti, ke bilik air, makan memang masalah.
Oleh kerana aku bergerak 7.30 malam, aku putuskan ikut Lebuhraya Ayer Hitam - Segamat. Lepas Segamat, aku ikut jalan ke Kuantan. Aku beli minyak enjin 1 Liter untuk spare dan pastikan minyak 3/4 tangki sebab tak tahu bila nak jumpa stesen minyak terdekat. Lagipun dah pukul 1.00 pagi aku masuk jalan tu. Memang jalan gelap. Aku drive lalu Felda Pemanis, Felda Keratong, Pekan, Bandar Muadzam Shah, Gambang, Cherating, Bera dan Chini. Lepas Gambang, aku masuk highway pantai timur dan solat subuh kat highway tu. Ikut signboard tu highway sampai Kuala Terengganu tetapi tak siap, kena keluar kat Jabor.
Keluar Jabor, aku ikut Jalan Pantai, dapat tengok dapor penapis minyak. Sampai Chukai, jalan ke Dungun dan Kuala Terengganu sesak teruk. Temperature van aku dan dekat setengah, jadi aku pun berhenti dulu. Aku cek air spare dah kering, dip minyak enjin ada pada paras 'L'. Aku tambah air dan minyak enjin. Setakat ni dah 17 jam perjalanan dan aku ada 150 km lagi nak sampai Kuala Terengganu. Letih betul, belum tidur lagi.
Sampai je, aku rehat dalam 2-3 jam dan bertolak balik. Sebenarnya aku nak pergi rumah mentua aku kat Tangkak, jadi terpaksa berpatah balik ikut jalan Gebeng, Gambang - Segamat. Perjalanan ni agak mudah kerana hari siang, kedai makan banyak, stesen minyak buka, masjid dan surau pun ada. Aku sampai Segamat dah Maghrib. Kemudian lalu Jementah, Sagil dan Tangkak. Sampai Tangkak, aku pun rehatkan diri. Esoknya aku singgah Batu Pahat sebelum balik ke Johor Bahru.

Tuesday, June 5, 2012

TUKAR PISTON BREK

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Setelah siap persediaan, aku dan anak aku pun mula operasi tukar piston brek roda belakang. Memula jek roda kiri, buka tayar, dan drum. Van aku ni nak buka nat roda kiri dia guna benang terbalik (reverse thread). Aku guna spannar box #10 untuk buka 2 bolt piston, spannar belah #8 untuk buka 'nipple'. Kemudian aku buka kasut brek. Sebelah kiri ada satu line/ paip minyak brek yang masuk dan satu lubang 'nipple'. Aku keluarkan piston yang lama dan tukar yang baru. Aku ikat bolt dulu tetapi line brek tak boleh masuk. Jadi aku buka semula bolt dan pasang line dulu baru ikat bolt semula. Siap pasang line, housing, aku pasang roda. Bila tarik hand brek, roda pun berhenti. Tapi brek pedal tak boleh test sebab minyak brek masih kosong pada ruang piston.
Sebelah kanan ada 2 line brek, satu dari masterpump dan satu lagi dari piston brek kanan ke piston brek kiri. Daripada sebelah kanan, jujus sukar dibuat kerana tiada outlet 'nipple'. Berbeza dengan Proton aku, semua brek belakang ada 'nipple' dan boleh jujus individu. Memula sekali aku kena buat bunga '+' pada skru sebab bunga sedia ada dah rosak. Aku gerudi lubang pada skru kemudian hentak mata impact skrewdriver. Lepas tu aku pasang body impact screwdriver tu dan hentak, Alhamdulillah dia berpusing. Bila drum dah buka, aku pun tukar piston brek. Siap je, aku pasang drum guna bolt baru, pasang roda.
Seterusnya proses jujus/ bleeding dilakukan. Sebelum memulakan jujus, buka penutup tangki minyak brek dan penuhkan minyak brek. Kemudian bila aku arah 'PAM' anak aku akan menekan pedal brek berulang kali sehingga aku menyebut 'TEKAN'. 'TEKAN' adalah posisi dimana kaki diletakkan di atas pedal brek sambil menekan dan perlu mengikut pedal brek turun ke lantai apabila minyak/ angin dikeluarkan dari sistem. Proses ini dilakukan berulang kali sehingga tiada buih dalam sistem brek.
Setelah siap, aku menguji van aku ni. Aku pusing tayar untuk menguji pedal brek dan brek tangan. Keputusannya kedua ujian ini memberhentikan tayar. Aku test di jalanraya dan terasa perbezaan cengkaman sebelum dan selepas menukar piston brek ini. Selama 11 tahun aku putus harapan dan redha hand brek aku memang tak berfungsi tapi sekarang Alhamdulillah dengan bantuan Allah dan anak aku brek ini kembali kepada asalnya.

HOUSING PISTON PUMP BREK BELAKANG MAZDA E1400




Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Van aku ni ada masalah brek. Bila tarik 'hand brake' dia masih boleh mengelongsor. Lama dah berlaku sejak aku tukar nama dari tahun 2001 lagi. Dah banyak bengkel aku pergi tapi tak menjadi, masih mengelongsor juga. Dulu aku siap tukar kabel/ lining, tukar kasut brek tapi masih berlaku lagi. Last, aku pun redha memang hand brek ni tidak boleh dibaiki.
Baru-baru ni, anak aku baru dapat lesen kereta. Dia bawa van aku. Dia berhenti kat bukit. Lepas tu dia tarik hand brek. Masa nak timing cluth dengan minyak, aku dah agak mesti van mengelonsor ke belakang. Memang pun, sebab dia tak biasa. Aku dah biasa kontrol minyak dengan clutch tapi bahaya untuk anak aku.
Bila balik rumah, aku 'jack' tayar belakang dan adjust kabel brek bagi pendek dalam 4-5 ketik je. Aku pusing tayar dan suruh anak aku tarik hand brek. Kedua-dua tayar belakang berhenti berpusing. Bila pusing lagi dan pijak pedal brek, kedua-dua tayar belakang tidak berhenti. Aku cuba jujus brek, minyak brek keluar tetapi tapi roda masih tidak berhenti. Kalau line minyak brek tersumbat, minyak brek takkan memancut keluar. Aku suspek piston brek 'jem'.
Brek belakang aku ni guna jenis drum dan nak buka kena buka skru dengan menggunakan 'impact screwdriver'. Aku dapat buka drum sebelah kiri tetapi skru sebelah kanan ada bunga '+' dah rosak. Kena cari bolt/skru dulu.
Aku beli piston pump belakang RM18 sebelah, dua belah RM38 kat City Auto, Taman Tasek. Mengikut pengalaman aku, lebih baik tukar seketul piston dengan housing baru daripada beli 'kit brek'.


Lepas tu aku kena cari skru pulak. Ada mekanik kat kedai tu kata skru untuk automotif ada jual kat Jalan Tangki Air. Aku dah dapat satu info baru. Aku pergi Jalan Tangki Air ni cakap skru Mazda E1400 tapi dia kata nak sampel. Dia tak jual ikut model kereta. Aku pun kena le buka tayar dan satu skru dan tunjuk kat kedai tu. Dapat le 4 batang RM1.
Satu lagi mengenai brek ni kena ada spannar belah apabila hendak menjujus brek. Spannar belah ni mempunyai cincin segi enam dan terbelah. Aku pun cari kat kedai sparepart kereta dan hardware. Last jumpa kat Taman Kempas spannar belah #8 dan #10, RM14 sebatang.


Spannar belah dan skru dah ada tetapi ada satu lagi benda penting iaitu minyak brek! Minyak brek ni penting kerana pump baru ini memerlukan minyak yang banyak untuk mengisi ruangan piston disamping lelehan sewaktu buka dan pemasangan. Jadi beli minyak brek 500gm, RM12 sebotol. Sekiranya minyak bek habis sewaktu jujus, sistem brek akan mengandungi gelembong angin atau buih. Bila brek, angin ini menyebabkan sistem brek kurang efektif kerana angin ini perlu dimampatkan dulu sebelum roda dapat berhenti. Brek menggunakan sistem hidraulik bukan pneumatik!

Wednesday, May 23, 2012

TUKAR STEERING RACK DAN BRAKE PAD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada 20.5.2012, aku nak repair van aku ni sebab nak jalan jauh. Van ni steering rack sebelah kiri dah goyang. Jadi kalau drive, steering akan goyang ke kiri dan ke kanan. Memula aku ingat ball joint pada king pin. Dah tukar ball joint tapi masih goyang lagi. Masa tukar ball joint tu, aku tengok brake pad tayar depan dah nipis. Jadi aku pun beli RM38 dan tukar brake pad depan.



Macam biasa le, aku survey harga. steering rack RM140, bush RM12 x 2 = RM24. Aku tanya upah pasang kat Taman Seri Bahagia dia nak upah RM150. Kat Larkin belakang Maslee, RM65. Kat tepi JKR dia nak RM45. Nak tukar steering rack ni bagus kalau kedai tu ada alignment sekali. Kalau tak lepas tukar steering rack kena cari kedai alignment pulak.

Jadi aku pun pergi le tempat JKR tu sebab dia ada alignment sekali. Jadi kena bayar RM45 upah pasang, alignment RM35 dan adjust caster RM30. Lepas buat tu masih tak OK lagi sebab tayar aku makan kiri dan kanan. Jadi aku tukar tayar kat Seri Bahagia. Ingat nak ambil second tapi tak de. Jadi ambil satu baru, SIME TYRE RM130. Hari ini je aku dah habis RM164 untuk barang, upah RM110 dan tayar RM130 = RM404.

Thursday, May 17, 2012

HILANG DOKUMEN

Assalmualaikum dan salam perpaduan.

Pada Khamis 10.5.2012 aku pergi JPJ nak uruskan kad aku. Jadi pagi tu aku pergi kedai gambar ambil gambar dan potostat lesen memandu, kad pengenalan. Lepas tu aku pergi Carrefour nak beli wang pos RM5 tapi habis. Jadi aku pun pergi le JPJ sebab kat bawah tu ada kedai jual wang pos. Kat kedai tu dia ambil upah servis wang pos RM2 berbanding pejabat pos 50 sen je.
Petang tu aku nak pergi makan bila aku perasan dompet aku takde. Jadi aku cari le kat kereta, van, bilik, hall, tapi takde. Aku pergi semula kedai gambar tu tanya, dia kata tak de. Dah takde, nak buat macamana? Dalam dompet tu ada IC, kad-kad kredit, kad-kad ATM.
Aku pun call card center batalkan kad kredit aku. Lepas tu call ATM center, batalkan kad ATM. Kad center tu kata kalau nak replace kena charge RM50 satu kad. Aku ada 4 kad kredit, RM50 x 4 kad = RM200. Kad ATM nak replace kena RM12 satu kad, RM12 x 2 kad ATM = RM24. Sekarang ni semua akaun aku kena beku. Duit dalam tangan tak le banyak sangat. huhuhu...
Esoknya hari Jumaat, aku buat report polis pagi. Lepas tu pergi Jabatan Pendaftaran Negara, buat kad pengenalan sementara. Kena bayar RM110.00. Pukul 4.30 ptg selesai. Sebulan kena datang semula tanya "dah siap ke ic saya?". Esoknya aku pergi JPJ untuk salinan lesen memandu. Oleh kerana lesen aku tamat pada bulan Mac, aku kena tambah RM15 untuk pelarasan sebab baki lebih 6 bulan. Kena bayar RM25(salinan) + RM15(pelarasan). Kemudian aku pergi Maybank Sri Bahagia untuk kad ATM. Oleh kerana IC aku hilang, pegawai tu kata aku kena ada bil utiliti atas nama aku, ic sementara, surat beranak dan lesen memandu kalau nak kad ATM. Selain itu aku kena pergi Maybank Taman Pelangi kerana aku buka akaun kat sana. Aku pun balik le rumah ambil bil utiliti dan surat beranak dan pergi Maybank Taman Pelangi. Sampai Maybank Taman Pelangi pegawai tu kata ic sementara tak boleh buat kad ATM!
Aku pun sedih campur bengang le. Duit cukup-cukup je, drive dari Sri Bahagia, patah balik rumah, drive lagi sampai Taman Pelangi tiba-tiba jadi macam ni. Itu le bila duit sikit dalam tangan, terlalu berkira. Aku pun tanya keluar duit ikut kaunter boleh tak? Pegawai tu kata boleh.
Sampai kaunter, memang nasib aku le, kaunter tu kata kad ATM aku kena sekat. Tak boleh keluar cara biasa. Aku kena bayar RM5 sebab urusan debit pindah duit cara luar biasa sehingga kad pengenalan sebenar didapati. Dia tanya ini akaun gaji ke? Aku jawab ye. Kalau jawab tak, tentu tak leh keluar. Dia bagi aku cek suruh sain. Lagi le aku sedih, kalau cek ni masuk akaun tentu 3 hari baru clear. Aku tanya "ni cross cek ke cek tunai?". Tapi bila pegawai tu kata kita beri tunai baru aku lega sikit.
Habis Maybank, aku pergi CIMB Kebun Teh. Kena bayar RM12 tapi dapat kad TM on-the-spot. Aku keluar CIMB pun dah pukul 4.50 ptg. Esoknya aku kena settlekan Kad Kredit Bank Islam.Kena bayar RM50. Itupun kad dapat dalam 2 minggu, pos ke rumah. Iklan kad kredit kat TV tu, belum habis makan kat coffee house kad gantian dah sampai, belum naik kapalterbang pun kad gantian dah sampai. Ini dua minggu, memang kena cuci pinggan kat dapur restoran atau tidur kat lapangan terbang le.
Kesimpulannya, kehilangan kad pengenalan, kad-kad ATM, kad-kad kredit adalah satu musibah kepada pemiliknya. Musibah ini pula menjadi pendapatan lumayan kepada pihak lain; bukan swasta sahaja, kerajaan pun sama. Duit yang dibelanjakan untuk menggantikan dokumen dan barangan yang hilang RM110(JPN) + RM24(2 kad ATM) + RM200(4 kad kredit) + RM40(JPJ) = RM374. Kalau tak de duit, memang tak berganti le jawapnya.

Wednesday, May 16, 2012

PULANG KERETA

Assalamualaikum dan salam pepaduan.

Pada 2.5.2012 baru-baru ni aku pulangkan kereta yang aku guna pada taufik. Aku juga kena pulangkan duit dia RM600.00. Bila aku amik kereta aku, aku cek ada beberapa default le, plastik pelindung tu dia buka, lampu besar tak de, minyak enjin tak jejak dip pun. lepas tu mangkuk dalam bonet tak de.

Kereta aku tu ada orang nak pakai. harga pun reasonable gak. Jadi aku tukar minyak hitam, ganti air radiator, beli timing belt, getah boot steering. Orang tu pun dah guna pada 11.5.2012 ari tu. Insha Allah rezeki aku bertambah baik dan dipermudahkan.

Sunday, April 29, 2012

PULANG DEPOSIT

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Pada 27hb hari tu aku dah pulang deposit rumah larkin indah pada farrah dan fauzi.

Tuesday, February 14, 2012

CUKAI PENDAPATAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Semalam aku terima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dia bagi aku nombor akaun OG21786571020. Selama ni aku bayar zakat je tapi kali ni dah kena cukai pendapatan. Maknanya tiap tahun kena kemaskini dengan e-filing.



LHDN memang cekap mengesan orang. Aku teringat dulu, aku nak buat bayaran semula PTPTN secara manual. Jadi aku pergi le pejabat pos buat money order, pos ke PTPTN. Ada sekali tu, aku tak de sampul surat. Jadi aku guna sampul pejabat. Lepas tu PTPTN telefon pejabat aku dan minta pejabat buat arahan potongan gaji PTPTN. Ketawa kerani pejabat aku. Tu le LHDN.

Tapi kenapa baru sekarang? Sebab dia kesan aku dari BR1M yang ibu aku mintak. Tu le bila orang kata kerajaan bagi RM500 tapi akan korek balik duit dari rakyat, kerajaan menafikan sekeras-kerasnya. Sekarang telah terbukti, aku dikenakan cukai setelah bagi ibu aku RM500. OK juga sebab kalau tak de nombor cukai ni, bila nak bersara ada problem sikit le. Lagipun servis aku tinggal 12 tahun lagi je.