Monday, September 29, 2008

HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Tanpa aku sedari, ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Syawal pun akan menjelma. Tradisi aku dan banyak le Melayu yang lain ialah berbelanja, balik kampung dan yang penting adalah zakat fitrah. Tahun ni nisabnya RM6.50 seorang. Aku dah sudahkan kewajiban ini, Alhamdulillah.

Raya ni sedikit meriah le, maklumlah bonus pun keluar sama. So mula-mula tukar not kecik, RM1, RM5 dan RM10 untuk anak-anak saudara aku. Semuanya ada kat 50 orang yang layak dapat duit raya (dalam kategori asnaf). Yang dah bekerja dan berkahwin terkeluar dari senarai.

Aku pun berbelanja le kat Carrefour, Tesco, Giant, Stesen Bas Larkin dan beberapa kedai yang aku singgah. Aku beli baju untuk isteri dan anak-anak. Aku? aku tak beli sebab susah cari saiz. Biasanya XXXL atau tempah. Aku tak kisah sangat. Lagipun jimat.

Esok mungkin aku di bengkel, tukar tayar depan dengan allignment sekali. Nak balik kampung kena pastikan kenderaan tip-top. Periksa minyak hitam, air tangki, tekanan tayar, lampu depan dan lampu brek.

Aku ada kebiasaan yang pelik sikit. Aku akan pergi rumah orang tua aku dulu pada pagi raya lepas pukul 12.00 tghmalam kalau nak balik ke mertua aku di Tangkak. Ayah, ibu, isteri dan anak-anak aku dah faham. Itupun kalau mertua aku tak turun JB. Kalau dia turun JB, pagi raya dalam pukul 10.00 aku pergi rumah orang tua aku. Itu je yang aku boleh buat, utamakan orang tua aku.

Aku kan suami dan anak lelaki.

Friday, September 19, 2008

BULAN BANYAK BELANJA

Assalamualaikum dan salam perpduan.

Bulan ni kewangan aku macam ada sesak sikit.
Banyak kena bayar. Antaranya:

- insuran kereta RM 1116.00
- perjanjian lawyer rumah baru RM 2479.00
(lawyer kata x leh tangguh)
- periuk nasi baru RM 85.00
(time-time ni dia rosak)
- clutch plate + servis minyak enjin RM 400.00

Ini belum masuk budget raya anak saudara, mak mertua, ayah dan ibu dan mereka yang berada dalam persekitaran aku. Ada lagi nak kena belanje iaitu minyak dan tol balik kampung dan tayar. Time sesak ni lak kena gi KL, hotel bayar sendiri. Aduss..

Sebab tu aku pegang teori ekonomi. Duit adalah untuk perbelanjaan, simpanan dan kecemasan. Jangan habiskan semua duit yang ada. Kalau gaji aku RM3000, belanje kat atas pun dah lebih RM 4000 belum masuk makan minum lagi.

Sekian.

CLUTCH PLATE

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Beberapa hari yang lalu 11/9/08 van aku mengalami kerosakan. Tiba-tiba je clutch keras dan tak boleh engage (orang kita sebut masuk gear). Kena pun depan pintu masuk IPTI, nasib baik hari tu aku tak keluar praktikum. Jadi aku pun lorot le ke tepi dan parking. First empression aku ialah gear box atau clutch plate. So aku pun panggil mekanik dan ayah aku. Mekanik kata clutch plate, confirm! So macamana nak bawa pergi bengkel? Ayah aku amik kunci dan drive van aku. Caranya ialah masukkan gear 2 atau 3, kemudian start. Memang jalan tapi jangan berhenti atau perlahan masa nak tukar gear.

Jadi tajuk hari ini ialah clutch plate.
Apa itu clutch plate?


Ia adalah satu komponen dalam gear box yang berfungsi sebagai pengantara untuk memindahkan putaran dari enjin (flywheel) kepada tayar. Oleh kerana van aku menggunakan pacuan roda belakang (rear wheel drive), dia mengunakan long shaft dan differential (KARBEDA)

Masa aku datang balik, dia dah siap pasang. Aku tengok satu spring dia dah tanggal tinggal 4 je(dia ada 5 spring semuanya) . Patut pun gear xleh masuk. Aku ni kalau ke bengkel mesti nak usik sikit-sikit. Jadi hitam le tangan aku kena minyak. Tapi bestnya bengkel ni, dia ada washable grease. Senang sikit nak basuh. Agak-agak 15 minit sebelum berbuka baru siap. Aku bayar dan terus berbuka puasa kat masjid bomba Larkin. Kalau barang campur upah ade le dalam RM3++.00. Banyak juga, kena time-time nak belanje-belanje raye ni. Inilah dugaan aku. Aku lelaki.

Wednesday, September 10, 2008

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)

Tawaran HLP dah diiklankan secara online. Tarikh tutup pendaftaran online pada 12 Sept 2008. Aku dah mohon secara online. Aku amik
KOD 140 PENGAJIAN REKABENTUK DAN TEKNIKAL

Masuk ni dah 5 kali aku mohon, ada setahun tu 2 kali aku mintak. Nak kejar sebelum umur 40 tahun. Sebelum ni Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ada tapi dah tak offer. Tahun ni PTV tak offer lagi. Tapi di politeknik dan Kolej Komuniti, opsyen PTV ditawarkan. Jadi amik yang terhampir le, PENGAJIAN REKABENTUK DAN TEKNIKAL. Awal tahun ni aku dapat interview tapi ada beberapa insiden buat aku tak puas hati. Aku tuliskan sebagai panduan untuk diri aku dan kekawan kalau terbaca blog ni.

  • terdapat satu bahagian dalam temuduga tersebut diminta jawab dalam Bahasa Inggeris.
    Panel soal sumbangan aku sepanjang karier dalam Bahasa Melayu. Bila aku nak mula jawab je dia pun kata " in English". Aku dah set minda jawab Melayu sebab soalan Melayu. Bila kena sergah macam tu, aku pun amik masa le nak tune. Memang le english aku OK, tapi aku belum biasa sebut pembentangan kertas kerja
    "I've presented paper in Vocational and Technical Seminar at Sofitel Hotel ..
    aku mana nak hafal tajuk kertas kerja tu.. tu yang kantol.
    Lain kali aku kena latih bercakap tentang sumbangan dan tajuk dalam Bahasa Inggeris.
  • resume
    aku tak print resume, jadi bile dia suruh aku cerita, mana aku nak ingat tahun berapa-berapa. Merapu je.
    Aku akan print satu resume letak kat sebelah aku dan baca bila dia tanya.
  • Bahan bukti kertas kerja/ nama dalam buku prosiding/ jurnal/ buku
    Ni yang aku sakit hati. Memang le aku bentang, tulis buku, tulis dalam jurnal. Dalam surat tak de kata pun bawak benda-benda tu. Kata bawa proposal dan sijil je. Bila aku kata aku bentang, dia terus tanya aku "apa proof you bentang? Mana sijil/ kertas kerja/ buku/ jurnal" Ada pegawai India tu kerja kat Putrajaya juga. Dia sempat le balik amik buku kat pejabat dia dan datang balik. Buku kerja Bahasa Tamil sekolah rendah je. Aku mana bawak, kat rumah le. Aku tulis buku sekolah menengah lagi.
    Aku akan bawa abstrak, buku yang aku tulis, aturcara seminar, sijil-sijil dan jurnal yang aku tulis dan bentang
  • Proposal
    Aku pun tak tahu le. Aku ni datang temuduga ke VIVA? Dah namanya proposal atau kertas cadangan. Buat le dalam 13 m/s. Lepas tu suruh aku buat satu Malaysia, tanya ada berapa kerangka teori yang ada, lepas tu suruh gabung, kenapa tak masukkan itu dan ini, ringkas sangat dan lain-lain soalan yang tak masuk akal. Kalau dah lengkap, tak le nama dia proposal itu dissertasi namanya. Lepas tu dah sampai depan pintu waktu mendaftar baru cakap nak 3 salinan proposal.
    Lain kali aku kena semak proposal tu betul-betul tapi aku tak nak print 3 salinan. Biarkan.
  • Tesis sarjana tidak boleh diteruskan ke peringkat PHD
    Mulanya panel tak tahu proposal tu berdasarkan dissertasi sarjana aku. Aku dah defend baik. Dia tanya kerangka teori, senang-senang je aku jawab. Tiba-tiba Dr Rahim (UTM)tanya tajuk tesis sarjana aku, baru panel tahu dan kondem proposal aku. Diaorang kata tak boleh diteruskan ke PHD.
    Tu yang aku geram dengan 'orang' UTM ni. Datang tempat aku kempen aku dan kekawan buat PHD kat UTM, masuk je, kita orang tolong. Tapi kalau dah masuk, mampus engkau le. Engkau-engkau, aku-aku. Dia dengan kaum dia sama je, jahat. Tak de maknanya. Aku nyaris-nyaris tamat tanpa Sarjana, tapi aku bernasib baik kerana dengan pertolongan DR WIDAD OTHMAN aku dapat menamatkan pengajian. Itupun pada semester ke 10, tolong apa? Kalau tak hangus belanja belajar aku RM10,000.00. Pakai duit sendiri, bukan loan.

Tapi ade le beberapa benda yang dicadangkan yang aku rasa bernas, antaranya:

  • mencadangkan aku sambung ke Uitm, Multimedia Universiti selain UTM
  • tajuk seperti Lukisan Kejuruteraan, AutoCAD, landskap

Jadi itu le panduan dan sempadan nak pergi interview ni.
Kalau dapat lagi kali ni, aku akan bersedia.

Saturday, September 6, 2008

USIA TUA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku tengok crite Galaksi. Kisah pelakon-pelakon menyambut puasa pada usia tua, antaranya Pak Uda, Kuswadinata dan M.Rajoli. Kesian aku tengok bila diselitkan klip mereka di hospital. Ada yang bersimen, wayar berselirat, terapi dan pengorbanan isteri dan anak-anak. KLIK SINI Ada sedikit yang berkesan kat hati aku. Aku bertanya pada diri..

apakah aku akan jadi begini bila tua nanti?
Memang tua tidak dapat dielak. Masa terus berjalan. Soal penjagaan kesihatan amat penting melibatkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Sebab tu sekarang ni aku ada mengambil beberapa vitamin dan supplement. Tapi aku malas sikit nak bersenam.

Kekadang aku kagum dengan ayah aku. Walaupun umur 69 masih sihat berjalan, bawa kereta dan mata masih terang. Ada le amalan orang dulu-dulu. Aku harap aku sihat sampai tua, tak nak menyusahkan anak-anak. Tak nak belah sana-sini, tak nak wayar berselirat atas badan.

Monday, September 1, 2008

BERBUKA PUASA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Selepas berpuasa, tiba le time berbuka. Berbuka kat masjid ni ada dua menu yang mesti ada; bubur lambuk dan kurma. Aku suka berbuka kat masjid sebab mudah, berkat dan dapat sunnah (itu kata aku je) . Mudah nak solat Maghrib, ada makanan dan air teh tarik/ kopi atau teh O. Sekarang ni ada mineral water. Biasanya aku berbuka kat Masjid Bomba Larkin, Masjid Bandar Baru UDA dan kekadang Masjid Kolam Air.
Biasanya sebelum berbuka, ada masjid yang mengisi ruang dengan membuat tahlil arwah, baca doa atau taddarus al quran yang disertai jemaah yang hendak berbuka. Hari ni imam baca surah Muhammad hingga ayat 26. Makanan berbuka tu biasanya bubur lambuk, lain-lain optional, tengok orang beri atau budget masjid. Kekadang ada mee rebus, roti canai, murtabak, tart telur, karipap, kole kacang, mee hoon goreng dan macam-macam.
Itu le kelebihan bulan Ramadhan yang ada pada masjid-masjid kat JB ni. Memberi makan juga mendapat pahala selain menjalani ibadah puasa ni.

SELAMAT BERPUASA semua muslimin dan muslimat sekalian.

NIAT PUASA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku dah surf internet dan jumpa beberapa site. Oleh kerana visual tak berapa elok, aku letak je alamatnya:

1. http://islamic.bluehyppo.com/aidilfitri2006/niat.asp

Site ni ada niat pendek dan niat lengkap. Niat dia pun ada lain sikit.


Na-wai-tu-saw-ma-Ra-ma-dhan
Translated to Malay: “Sahaja aku puasa Ramadhan.”
Meaning: I, therefore, intend to observe fast during the month of Ramadhan.

Na-wai-tu-saw-ma-kha-din-an-ada-i- far-dhu-ra-ma-dhana- ha-dzi-his-sa-na-ti-lil-lahi-ta-a'la
Translated to Malay: “Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”
Meaning: I, therefore, intend to observe fast the day after to fulfill the obligatory Ramadhan fast this year in obedience to Allah swt.

2. http://www.kl.fm/Default.aspx?tabid=1238

Niat ni lebih menghampiri niat yang aku belajar sejak dari kecik lagi tapi dia tulis tangan.

3. http://panjangakal.com/blog/2008/08/30/lafaz-niat-puasa-ramadhan-dan-berbuka.html

Niat puasa ramadhan :

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Download Lafaz Niat Puasa

Niat berbuka puasa :
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.