Raya tahun ni aku pergi rumah ibubapa aku pukul 2.00 pagi. Lepas minta maaf dan hulur sumbangan raya, aku pun bertolak ke Tangkak. Oleh kerana lapar aku pun makan le kat Burger King sebelum keluar tol Senai. Hujan renyai mengiringi perjalananku. Aku target sampai Tangkak sebelum solat raya.
Sebagai persediaan, aku pakai cermin mata anti silau, sediakan air bertapis, jajan, dan alat penggera kat telinga (berbunyi bila kepala tertunduk). Alat penggera tu tak berkesan sangat sebab aku tidur kepala tegak, jadi tak bunyi le. Semua persediaan nampaknya tak berkesan. Cuma satu je yang baik kalau ngantuk, tidur. Tapi aku berhenti kat R&R yang terang dan ramai orang je.
Aku sampai kat R&R Pagoh pukul 5.55 pagi. Solat subuh dan mandi. Aku nak bersiap tapi beg kena tindih dengan barang. So aku terus ke rumah mertua aku dan salin pakaian kat sana. Sempat le solat sunat aidilfitri kat surau tu.
Untuk makluman, solat sunat aidilfitri ada dua rakaat. Rakaat pertama ada 7 takbir, rakaat kedua ada 5 takbir. Selepas salam, jangan balik dulu kerana ada lagi 2 khutbah lepas solat. Selepas tu baru sempurna solat sunat aidilfitri. Habis solat, majlis bermaaf-maafan pulak.
Habis bermaafan, MAKAN .
Makan : lemang, ketupat, kuih-muih
Lauk : rendang, serunding, lodeh, sambal sotong
Air : air gas, sirap bandung soda.
Ikut nafsu betul. Dengan makanan dan minuman pelbagai jenis, aku tak tau le berapa bacaan kandungan gula dalam darah aku. Sebelum tu check dah 11.8, mesti naik punya. Aku pun terfikir.. terdidik ke aku dalam bulan Ramadhan untuk mengawal nafsu makan???
Saturday, October 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment