Sunday, October 12, 2008

IKLAN HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Setiap tahun mesti ada syarikat-syarikat korporat yang buat iklan Hari Raya. Tahun ni aku pilih 3 iklan yang menarik minat aku. Petronas, TV3 dan TM

Iklan petronas kali ni menunjukkan kisah seorang anak yang balik ke rumah ibunya yang keseorangan. Mula-mula aku ingat iklan telekom sebab isunya ialah talian broadband tiada dan telefon ibunya selalu rosak. Hanya kerana kata seorang pakcik tu "kalau telinga tak mendengar dan mata tak melihat, hati pakcik tak senang" menyedarkan anak tersebut dan balik malam itu juga. Cuma ending je tergantung, "Apa man dah buat?". Itu pun kekuatan iklan tersebut. Aku puji iklan tu sebab menggunakan pelakon yang tidak berapa dikenali tapi mampu memberikan impak. Persoalan yang mungkin terlepas pandang ialah bila ibunya kata pergi moreh kat surau. Kalau malam raya, mana ada terawikh? Bila tak ada terawikh maknanya tak de moreh.

Iklan TV3 tentang pencuri yang mencuri dan meniru suara kucing untuk berkomunikasi. Bila disergah "kalau orang kata orang, kalau kucing kata kucing" lalu dijawab "kuuuccciing!" oleh pencuri tersebut amat mencuit hati. Iklan ni menggunakan pelakon adibah noor dan ghani yang dikenali ramai dengan watak komedi mereka.

Iklan TM mengenai keakraban keluarga dengan seorang anak yang suka bertanya. Persoalan yang akhir menyentuh jiwa bila si anak bertanya kenapa ayahnya balik ke situ sedangkan atuk dan nenek dah tiada. Jawapan ayah "sebab masa atuk dan nenek ada, ayah tak pernah balik.." memberikan satu kesedaran supaya balik berhari raya sewaktu mereka masih ada.

Begitu le kreativiti dan kreatifnya pengiklan kita sekarang. Unsur-unsur keluarga, psikologi, humor diterapkan dan digabungkan dengan baik. Pemilihan pelakon terkenal adalah satu kelebihan, walaupun begitu pelakon biasa dengan skrip yang baik tidak mencacatkan iklan tesebut.

Sekian.

No comments: