Saturday, January 17, 2009

PATAH KAKI - part 2 (HOSPITAL)

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Masalah ibu aku ialah dia ada sejarah kencing manis. Oleh itu beberapa perhatian perlu diberi dalam mengambil tindakan lanjut. Pagi esok, aku ambil Guarranty Letter (GL) dari majikan aku. Bila aku sampai, adik aku dah ada. Adik aku ni lulusan Diploma Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Aku perhatikan ada orang asing dalam rumah tu. Dia le Pak Yahya yang dimaksudkan. Bila aku sampai aku, ibu dan adik pun pergi hospital. Dalam kenderaan, adik aku asyik membebel tentang kelayakan perubatan Pak Yahya. Dia marah sangat Pak Yahya tu, beria-ia tengok X-ray tapi terbalik dan tak nampak patah yang ada. Menurutnya Pak Yahya hanya urut nak duit saje, nanti yang sengsara ibu aku juga.

Aku pun dah buat homework. Aku telefon biras aku kat Tangkak, minta pandangan. Dia ni banyak experience dari HKL Kuala Lumpur. Sekarang bertugas di Hospital Tangkak. Dia kata tak boleh urut. Kemungkinan dibedah dan dipasang plet dan diskru. Confirm masuk wad!

Sampai di hospital, aku terus ke bahagian kecemasan. Pegawai di bahagian triage tu sangat sopan santun dan prihatin. Beliau membawa kerusi roda dan tuap. Kaki ibu aku dituap sebelum digerakkan ke kerusi roda. Ibu aku tidak le kesakitan sangat macam sebelumnya membuktikan tuap amat penting sebelum menggerakkan pesakit. Kemudian ibu aku pun masuk dalam bilik kecemasan. 30 minit selepas tu, jururawat keluar dan memberikan aku fail. Katanya keramat:
DAFTAR WAD!

No comments: