Showing posts with label majlis yasin dan tahlil. Show all posts
Showing posts with label majlis yasin dan tahlil. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

TAHLIL MAK NGAH (MAIMOON BT KASSIM)

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Alfatihah untuk almarhumah Maimoon binti Kassim.

Semalam aku pergi rumah adik ibu, Cik Maya. Dia buat tahlil untuk arwah kakak dia di 1 presint 10/3B. Katanya majlis lepas asar. Aku sampai dalam 4.30 ptg. Aku sampai je, Cik Maya dan suaminya tak de.

Anak dia, Jojo accident pukul 11.00 pagi tadi. Dia nak ambil kueh dan kakak ipar Cik Maya di Terminal Larkin. Lokasi accident kat Jalan Tampoi, depan kilang eveready. Kereta Toyota Rushnya gagal dikawal berhampiran selekoh, langgar divider dan terbang menghempap bumbung kereta1, golek-golek langgar lagi kereta2 sebelum menghentam sebuah lagi kereta3 yang cuba mengelak. Semua tayar keretanya pecah, dah keadaan kereta amat teruk; kemek depan dan belakang. Kalau tengok dari gambar kereta yang remuk tu, tentu orang kata paling tidak pun patah atau kecederaan serius. JOJO? dia selamat, balik rumah dan cuma sengal je.

Dalam banyak-banyak tu, Cik Ros pun berkata; bulan ni banyak kematian; dimulai dengan
Mak Ngah
Ayah
Bapa Cik Semek

Oleh sebab insiden yang tak dijangka, majlis tahlil bermula pukul 5.30 petang. Aku pun insaf juga. Itu le, bila Allah panggil, tiada siapa dapat menghalang. Sekurang-kurangnya aku bersyukur Jojo masih selamat dan belum masuk dalam senarai tahlil pada hari ini.

Sunday, July 4, 2010

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah. First time dalam hidup aku lead bacaan tahlil arwah dan yasin. Pagi ni dimulakan dengan meminjam sejadah, surah yasin dan rehal dari surau tempat aku. Semalam aku dah pindahkan sedikit barang seperti pinggan mangkuk, tikar dan setup meja. Aku teruskan latihan jika ada kelapangan. Hari ni juga kena beli airbatu, buah, plastik sampah, pinggan kertas, cawan polisterina.

Jemputan dijangka sampai pukul 7.45mlm. Lepas Maghrib, aku pun tunggu le depan rumah kekonon menyambut tetamu. Sampai pukul 8.00mlm belum ada sorang pun sampai. Lepas tu ibu aku telefon nak datang. Aku SMS alamat. Ibu aku suruh ajak adik aku sekali, aku pun jemput.

Pukul 8.15mlm, kak Milah dan keluarga sampai, diikuti oleh Abg Mail, Nani, Dol dan ibu aku. Memula memang makan dulu, solat isyak dan majlis tahlil. Aku memula sangkakan makanan tak cukup tetapi kuasa Allah, ada tetamu yang datang membawa berkat (makanan). Akhirnya semua dapat makan ada lebih lagi. Kak Long dan Hisham tak dapat hadir kerana anaknya berada dalam wad. Asri balik setelah sesat mencari rumah aku.

Lepas doa solat Isyak, majlis pun bermula. Aku pancarkan LCD bahan yang aku dah siapkan kat dinding. Senang semua nak tengok. Aku siap pakai cordless microphone lagi. Bila sebutan ASTAGFIRULLAH AL ADZIM bergema, bermulalah majlis tahlil ini dipimpin oleh aku.

Nak jadi cerita semasa majlis berlangsung, adik aku telefon. Aku pun kelam kabut le terutama nak tanya arah jalan, aku sempat minta Abg Mohd Shah pimpin. Abis je call dia bagi aku balik majlis ni. Habis je majlis, adik aku pun sampai.

Aku puji le sikap adik beradik belah isteri aku ni. Bila aku sangkut, mereka akan menolong mengajar dan membimbing aku meneruskan bacaan. Ini membuatkan bacaan aku tidak tertekan sangat. Aku bersyukur le dengan pengalaman ni. Dalam umur aku sekarang, tak mustahil satu hari nanti aku kena juga memimpin majlis sebegini. Sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman.

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam ada majlis bacaan yasin dan tahlil kat rumah baru aku, Bandar Dato Onn. Majlis ni bergilir rumah adik beradik belah isteri aku. Dimulakan dari rumah Kak Long, Abang Mail, Kak Milah, rumah aku dan seterusnya adik-adik dia yang lain.

Uniknya majlis ni kalau panggil imam surau ke masjid handle, senang le. Sediakan makan untuk jemaah yang datang. Tapi majlis tahlil ni, tuan rumah yang kena baca (aku le!). Aku ni tak pernah lead majlis yasin dan tahlil ni, cuma jemaah je.

Aku perlu buat persiapan rapi sebab aku bukannya lancar membaca jawi ni. Lagipun semasa menyertai bacaan dalam majlis pun aku pening. Lepas baca yasin, biasanya yang bawa ada macam-macam cara menyudahkannya. Jadi seminggu sebelum majlis, aku jumpa abang long aku. Belajar urutan bacaan. Aku search internet mencari MP3 bacaan tahlil tapi tak de. Last aku rakam bacaan yasin dan tahlil kat surau tempat aku.

Next aku scan ayat-ayat yang patut termasuk doa sebab aku ni kategori rabun gak. Aku besarkan yasin tu dari kecik pada kertas A4. Baru jelas dan terang. Siap buat PDF lagi. Selain itu aku perlu membuat persiapan rumah dengan memasang lampu dan kipas. Semuanya berjalan seperti dirancangkan. Aku minta juga dari orang tua aku nama-nama arwah yang nak disekalikan dalam majlis tersebut. Akhirnya, aku SMSkan jemputan ke semua adik-beradik untuk bersama menyertai majlis ini.