Monday, June 16, 2014

DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Semalam adalah hari bapa. Hari bapa jatuh pada Ahad ketiga setiap bulan Jun. Nak belanja ayah aku pun, arwah dah tak de. Jadi semalam, anak aku nak belanja makan malam. Jadi plan le, nak ke Mohd Noor Gear Box, Cenderawasih atau Dataran Bandaraya. Akhirnya pergi Dataran sebab ada steamboat lidi.
 
Papan tanda Lokasi
Steamboat ni ada yang hidang dalam bekas dengan api samada gris atau dapur gas. Kuahnya boleh pilih kuah sup atau tomyam. Steamboat lidi pula, bahan-bahannya yang disediakan dicucuk dengan lidi dan direndam dalam pot kuah, biasanya sup. Selepas itu dihidangkan dalam polisterin dengan kuah kacang campur sos/ sambal dan seumpamanya. Di Dataran, peniaga menggunakan lori panel yang dinding boleh buka kiri, kanan dan belakang.
Makanan steamboat ni boleh dikategorikan kepada 3,
1. makanan laut artificial seperti seperti udang, kek ikan, bebola sotong,
2. sayuran  segar seperti brocoli, kangkung, jagung muda, bendir,
3. daging seperti paru, hati, sosej ayam, telur puyuh,
4. makanan proses seperti tauhu kering, lau chu fah (mcm kuey teow putih).

 
Pengunjung yang menjamu selera

 
Variasi makanan
Harga berdasarkan warna pada lidi seperti Biru (RM1.00), Merah (RM1.50) dan  Hijau (RM2.00).
Selain itu, ada makanan sampingan seperti pepes (RM8.00), tauhu bakar (RM5.00), Bakso (RM5.00), Char kuet teow udang/ sotong.
Selain makanan, terdapat banyak tarikan pada waktu malam di sini dan perniagaan yang dijalankan. Sewa kasut roller blade (RM7.00-RM10.00/ 30 minit), main belon sabun besar (RM2.00-RM5.00/ 30 minit), dan basikal.
Dataran Bandaraya dengan latar belakang Hotel Thistle

Kawasan perniagaan di Dataran ni lokasinya hanya terletak atas tempat kereta bersebelahan thistle Hotel. Kekuatan kawasan ini adalah ia mempunyai kawasan lapang untuk aktiviti masyarakat dan keluarga. Selain itu kemudahan bilik air juga disediakan.

Sunday, June 8, 2014

PENGALAMAN KERJA KFC KSL DAN TAK BAYAR GAJI

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Anak aku cuti politeknik. Semester ni kena keluar asrama dan duduk di rumah sewa. Jadi nak cari kerja untuk bayar yuran dan sewa rumah. Jadi dia pergi le KFC cawangan KSL. Aku pun taktau kenapa pergi situ lak. Dah le 7km dari rumah. Gaji pun tak besar mana. Dia kata KFC bayar RM4.33 sejam. Tempat lain dalam KSL tu RM5.00 dan RM6.00 pun ada.
1 Jun hari tu anak aku dapat gaji. Dia kata sikit sangat. Lagipun dia kerja pada 1 Mei. Jabatan Tenaga Kerja kata sepatutnya majikan bayar 3x gaji. KFC ibupejabat pun kata bayar 3x gaji. Tapi manager dia xbagi 3x gaji. 1 Jun aku pun telefon JTK, dia minta punch kad dan slip gaji. Aku pergi KFC anak aku suruh dia minta punch kad dan slip gaji.
Balik, anak aku kata manager pun dah 2 bulan tak dapat slip gaji. Punch kad dah hantar KL. 4hb aku jumpa manager dia lagi. Aku nak tahu berapa hari kerja, bagaimana gaji 1 Mei dikira dan overtime anak aku. Dia suruh aku telefon dan minta KFC ibupejabat faxkan punch kad tapi bukan fax pada KFC KSL tapi fax kat aku. Aku mana ada mesin fax. Aku tanya, aku yang kena telefon ke? Sepatutnya manager le telefon.
Memandangkan dah 4 hari aku tunggu dah tiada jawapan dan kerjasama dari manager-manager di KFCKSL, aku pun ajak anak aku pergi pejabat buruh dan buat aduan.
Dalam laporan tu, pegawai tu kata mereka akan siasat. Mereka akan minta punch kad dan slip gaji dari manager KFCKSL. Dah tentu KFCKSL yang kena minta punch kad dan slip gaji dari KFC ibupejabat samada salinan atau fax. Mereka akan kira dan pastikan jumlah pembayaran adalah mengikut jumlah yang sepatutnya.

Saturday, June 7, 2014

ENJIN OVERHEAT LAMPAU PANAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Hari ni aku balik Tangkak naik JGS5239. Kereta ni guna NGV. Bahanapi jimat le tapi tol sama je. Lepas tu nak singgah kolej anak aku kat Negeri Sembilan. Masa tengah highway tu, temperature naik tinggi bila anak aku bawa. Aku pun hairan sebab kipas radiator baru tukar. Anak aku pun bila temperature naik tak nak berhenti. Tambah hairan bila aku bawa, temperature tak naik pula. Ada yang tak betul ni. Masa laju, temperature tinggi, masa perlahan temperature OK. Berbagai teori le keluar. 1. Kipas tak de kualiti. Sebab masa beli tu dia tanya nak baik ke biasa? Baik RM100, biasa RM50. Aku beli biasa je. 2. Member pula kata kipas kondenser tak kuat, mempengaruhi putaran kipas radiator. Aku suspek radiator sebab dari cap tu nampak ada bendasing dalam liang. Biasanya karat akan membentuk lapisan macam tanah. Jadi, balik Tangkak, aku pergi le kedai "Membaiki Tangki Air". Kat Tangkak ni terutama depan SMK Tun Mamat, berderet kedai tayar, membaiki Hawa Dingin, Kedai Elektrik Kereta, Servis kenderaan yang berkaitan dengan kereta. Biasanya kedai elektrik kereta paling jarang ditemui. Aku tanya servis tangki berapa? RM50. Buka, cuci dan solder? Ya. OK le. Jadi pomen tu pun buka radiator, buka kipas, dan mula membuang solder yang lama. Penutup atas pun terbuka. Pomen ni tak buka bahagian bawah. Seterusnya dia menjolok setiap liang hingga ke bawah. Memang ada yang tersumbat. Radiator aku jenis satu liang je. Sesetengah orang ada yang guna 3 liang, tebal sikit dah lebih lambat panas. Setelah jolok, dia guna water jet untuk bersihkan liang tu lagi. Siap je, pomen tu guna wire brush untuk membuang sisa timah yang ada dan membersihkan permukaan sebagai persediaan solder semula. Setelah siap solder, pomen menguji bocor dalam tangki. semua lubang ditutup dengan penutup getah dan sedikit tekanan angin dikenakan. Setelah tiada kebocoran, kipas, radiator dimasukkan dalam kereta. Pomen tu provok tukar getah hos air, aku pun setuju. Satu hos RM15 x 2 = RM30. Hos ni bukan tak boleh tukar sendiri, masalahnya dah sekali duduk dan aku tak tau bila kali terakhir tukar dan dah overheated. Pomen ni guna gam dayak sebagai gasket dan silikon. Akhirnya pomen ni provok guna coolent, RM25. Pomen tu bersihkan tangki spare, berkeladak air karat keluar dari tangki. Kos keseluruhan, servis radiator (cabut radiator, buka bahagian atas, buang solder,jolok liang, tembak water jet. berus dawai, solder baru, uji bocor, pasang)RM50, Hos RM30, Coolent RM25, Klip RM5 = RM110 Balik tu aku isi NGV kat Air Keroh dan balik terus ke JB. Sampai hampir Tol Skudai, NGV habis, guna petrol. Temperature normal sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.

KOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Anak aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jadi aku pun search guna googlemap. Tengok kena lalu Durian Tunggal, Lebuhraya AMJ, Simpang Ampat, Pulau Sebang, Tampin, Kemus, Johol, Selaru, Kuala Pilah. Kawan-kawan anak aku kata kalau nak balik JB kena naik bas pergi Kuala Pilah, kemudian Kuala Pilah ke Seremban dan Seremban ke JB. Member aku pula kata kalau nak balik Kolej naik bas ke Seremban, lepas tu amik teksi/ kereta sewa dari Seremban terus ke Kolej dalam RM60. Tak perlu naik bas ke Kuala Pilah dan Kuala Pilah ke Kolej. Bagus juga idea tu, takut sampai Kuala Pilah tak de teksi. Bila aku hantar, aku lalu le Simpang Ampat, AFamosa, Kemus, Pulau Sebang, Tampin dan seterusnya. Kata anak aku dari Kuala Pilah ke Seremban dalam 1 jam. Sedangkan dari Tampin ke kolej dalam 30 km atau setengah jam sahaja. Aku pergi le stesen keretapi Tampin buat survey. Sebenarnya masa aku bertugas di Alor Gajah, ada juga le pergi Tampin samada ke Pasar Malam hari Sabtu atau makan Yong Taufu / Roti Canai kat Stesen Keretapi Tampin. Maklumat yang aku dapat adalah terdapat tiga perjalanan keretapi Tampin ke Johor Bahru Central iaitu pukul 10.30 pagi, 4.00 ptg dan 12.30 tghmlm. Tambangnya pula RM25 satu tempat duduk. Kalau rombongan 10 orang dapat potongan 25%. Keretapi ni sit ada, bilik air ada, surau ada. Tiket pun boleh booking online www.ktmb.com.my Dari Johor Bahru Central pula keretapi pukul 8.30 pagi, 2.00 ptg dan 11.30 mlm. Kalau nak ambil pukul 2.00 ptg atau 11.30 mlm, tak sempat le sebab nak masuk kolej sebelum 7.00 mlm. Tempoh perjalan dari Tampin ke JB Central adalah 5 jam. Cuma aku tak dapat tanya lak tambang dari stesen ke kolej tu.