Assalamualaikum dan salam perpaduan
Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah. First time dalam hidup aku lead bacaan tahlil arwah dan yasin. Pagi ni dimulakan dengan meminjam sejadah, surah yasin dan rehal dari surau tempat aku. Semalam aku dah pindahkan sedikit barang seperti pinggan mangkuk, tikar dan setup meja. Aku teruskan latihan jika ada kelapangan. Hari ni juga kena beli airbatu, buah, plastik sampah, pinggan kertas, cawan polisterina.
Jemputan dijangka sampai pukul 7.45mlm. Lepas Maghrib, aku pun tunggu le depan rumah kekonon menyambut tetamu. Sampai pukul 8.00mlm belum ada sorang pun sampai. Lepas tu ibu aku telefon nak datang. Aku SMS alamat. Ibu aku suruh ajak adik aku sekali, aku pun jemput.
Pukul 8.15mlm, kak Milah dan keluarga sampai, diikuti oleh Abg Mail, Nani, Dol dan ibu aku. Memula memang makan dulu, solat isyak dan majlis tahlil. Aku memula sangkakan makanan tak cukup tetapi kuasa Allah, ada tetamu yang datang membawa berkat (makanan). Akhirnya semua dapat makan ada lebih lagi. Kak Long dan Hisham tak dapat hadir kerana anaknya berada dalam wad. Asri balik setelah sesat mencari rumah aku.
Lepas doa solat Isyak, majlis pun bermula. Aku pancarkan LCD bahan yang aku dah siapkan kat dinding. Senang semua nak tengok. Aku siap pakai cordless microphone lagi. Bila sebutan ASTAGFIRULLAH AL ADZIM bergema, bermulalah majlis tahlil ini dipimpin oleh aku.
Nak jadi cerita semasa majlis berlangsung, adik aku telefon. Aku pun kelam kabut le terutama nak tanya arah jalan, aku sempat minta Abg Mohd Shah pimpin. Abis je call dia bagi aku balik majlis ni. Habis je majlis, adik aku pun sampai.
Aku puji le sikap adik beradik belah isteri aku ni. Bila aku sangkut, mereka akan menolong mengajar dan membimbing aku meneruskan bacaan. Ini membuatkan bacaan aku tidak tertekan sangat. Aku bersyukur le dengan pengalaman ni. Dalam umur aku sekarang, tak mustahil satu hari nanti aku kena juga memimpin majlis sebegini. Sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman.
Sunday, July 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment