Friday, July 27, 2012

MEMANTAU BIL TNB & SAJ RUMAH SEWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Semalam aku baca paper. ada iklan TNB pasal rumah sewa. Sekarang ada cara memantau penggunaan elektrik rumah-rumah sewa aku. Memula layari link ni:
https://e-services.tnb.com.my/eservices
kemudian daftar akaun. kemudian "connected account"
Aku guna MAJSMTKT20 sebab ruangan kecil.
Data yang perlu dimasukkan adalah nombor akaun dan nombor kontrak bil TNB rumah sewa aku.
Bila aku cek, terperanjat aku kerana ada penyewa yang tidak membayar bil TNB. Geram je.


Account NumberDescriptionAmount Due
03400032634410TAMAN CENTURY0.00
03400068215705LARKIN INDAH108.90
03450065528904TMN RINTING149.90
03460014212400DATO ONN759.15


Bagus juga sistem ni, dapat pantau bil TNB. Dulu pernah rumah aku sewa RM300 tapi bila penyewa keluar bil TNB sampai RM1600.00. Tak berbaloi.
Aku pun tel 1300 88 5454,
Deposit TNB rumah ni RM280, aku tanya le macamana RM759 boleh tak potong lagi?
Dia kata tak de kuasa dan setakat ini belum ada notis pemotongan lagi.
Setakat ni aku dah tel
07 2192000 TNB Johor Bahru
07 3562753 TNB Johor Jaya
07 2528358 TNB Pasir Gudang

Bil air pula aku telefon 07 2247700 SAJ

Account NumberDescription
95429440R5753240TMN RINTING
95429440J7855207DATO ONN

Wednesday, July 18, 2012

KERETA

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari tu aku ada ada kata kat adik aku nak tukar kereta bila nak pergi Batu Pahat. Ini disebabkan aku dah pulang semula kereta kawan aku. Masalahnya kereta tu isteri dia bawa. Nak tukar dengan van. Kereta tu power steering, van aku "paut steering" beratnya jangan cakap le. Ipar aku pula tu sedang mengandung, nak parking kat menara publicbank bandar. Aku pernah masuk parking kat situ, clearance memang sikit sangat campur kecuraman.
Jadi satu hari adik aku datang rumah. Dia nak beli Grand Livina sebab family dah besar (suami + isteri + 2+1 anak). Dia tanya nak beli kereta tu ke? Aku tanya harga, lepas tu tawar-menawar le. Aku kata le isteri aku tak bekerja, harga adik beradik, student price. Esoknya aku "up sikit" harga sampai jadi.
Kereta ni dulu arwah ayah aku bawa, lepas tu ipar aku. Aku pernah beberapa kali guna kereta ni pergi Batu Pahat. Tetapi lepas grandvalve sebab spark plug patah, aku belum pernah guna lagi.
Adik aku cerita, kereta ni dua pintu tak boleh buka, temperature selalu tinggi, brek kekadang keras dan masalah kunci. Roadtax mati bulan mei 2013. Dapat je, aku betulkan pintu. Pin pemegang pintu patah. Aku beli dua, RM16x 2 = RM32.  Aku tukar minyak enjin juga sebab pekat dan hitam beserta filter. Selainnya aku repair secara berperingkat-peringkat.

LAMPU DASH BOARD

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Sejak aku ambil kereta ni, lampu dashboardnya ada dua yang nyala bila malam. Aku tak minat bila jalan malam lampu dashboard tak de. Tak dapat tengok speedometer, cek temperature, dan paras minyak. Jadi aku pun buka dashboard dan kira lampu yang tak menyala. Lampu dashboard kecil ni RM4 satu manakala besar RM1 satu. Bila aku nak pasang yang kecil, lampu tak saiz, jadi kena pulang semula.
Ingat bila dah tukar tu ok le. Aku test pergi Batu Pahat ikut highway pada waktu malam. Memula 4 lampu nyala, kemudian 2 lampu, kekadang padam semua. Ketuk-ketuk, nyala 4 lampu. Letih aku ketuk-ketuk ni. Lepas tu semua lampu dashboard mati terus.
Esoknya aku pergi pomen elektrik kereta kat Jalan Datuk Sulaiman. Dia cek kotak suis, fius OK. Kemudian buka bonet, test guna lampu, lampu nyala. Ambil wayar, buang penebat dan cucuk 2 poin, lampu kecil  dan lampu brek menyala. Sebenarnya lampu dashboard, lampu brek, lampu gear dan lampu kecil ni mempunyai fius yang sama.
"RELAY rosak"
Tukar relay je RM20. Malam tu test buka lampu, sekejap je terus padam. Esoknya aku mengadap balik pomen tu. Dia buka fius, OK. Kemudian dia kepitkan slot tu sebab longgar dan pasang fius. Dah OK sampai hari ni.

FIUS PUTUS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hari Sabtu lepas, anak aku kat asrama balik. Dia kata nak guna kereta pada Ahad nak pergi librari. Adik dia pun belajar motor pada hari Ahad. Jadi aku suruh dia hantar adik dia dulu baru pergi librari. Aku dengan orang rumah aku keluar naik van.
Anak aku habis kat librari pukul 2.00 ptg. Aku suruh dia amik adik dia sekali balik rumah. Pukul 5.30 petang aku kena hantar dia balik asrama. Aku pun start enjin kereta. Memula hidup lepas tu mati terus tak boleh start. Bunyi pun takde, lampu bateri, minyak enjin, brek tak nyala. Aku lock guna alarm, alarm berbunyi.
Bateri kong?
Starter rosak?
Oleh kerana nak hantar anak aku balik asrama, aku pun start van dan jalan.Balik je aku cuba jumping bateri. Nak hidupkan enjin tak leh, senyap. Pinjam wayar jumping jiran, pun tak leh. Tukar bateri van ke kereta, tak leh juga. Cek kotak fius, semua tak de supply. Aku tanya adik aku, pernah ke kereta ni terduduk macam ni? Dia kata tak pernah.Aku memang agak main fius kat bateri. Untuk mengesahkan aku telefon member, Rashid. Fius ni bukan ada dalam kotak fius. Fius ini merupakan dua wayar merah dan hijau yang dipasang dari bateri ke kotak fius. Aku pernah kena sekali bila kereta proton iswara aku tersenyap terus.
Bateri aku ni kepala +ve ada ikatan yang longgar. Jadi aku pergi le beli kepala +ve RM4 dan fius RM6.
Balik je aku tukar fius dan tukar kepala bateri. pusing je kunci, lampu-lampu dalam kereta menyala. Alhamdulillah.

Wednesday, June 20, 2012

BELTING PUTUS 2

PLUSRONDA pun sampai (lupa ambil nombor plat).
"Ada call PLUSRONDA?"
"Apa masalah encik?"
Aku pun cerita le belting putus dan minta tolong cas bateri. Sebab PLUSRONDA kat Kulaijaya tadi boleh 'jump' kan bateri. Dia pun tengok.
"Bateri weak ke, boleh start?"
Aku kata weak le sebab tadi guna lampu, hidupkan elektrikal van, bateri pun tak cas. Sebenarnya aku malas nak start. Lagipun temperature nanti naik.
Lepas tu dia pun kata OK, tarik keluar tol terdekat SIMPANG RENGGAM. Dia tanya
"handbrake OK?"
"ye" jawab aku.
Sebenarnya kalau kenderaan dah keluar tol, senang nak urusan, beli barang atau panggil pomen. Kalau masih dalam hentian lebuh raya, kena bayar tol, kemudian nak keluar tu jauh. Contoh Hentian Simpang Renggam, masuk daripada tol Sedenak, keluar tol Simpang Renggam. Jauh tuuu...
Jadi PLUSRONDA pun tow guna kain kuning dengan cangkuk. Aku nampak ada kabel hoist belakang kenderaan tu, jadi aku tanya tak pakai kabel hoist ke? Dia kata payah. Aku tengok kabel tu pun dah putus beberapa urat wayarnya. Rakan PLUSRONDA tu bawa van aku dan aku duduk sebelah penumpang.
Sebelum keluar tol Simpang Renggam, PLUSRONDA tu berhenti. Dia tanya aku nak keluar Simpang Renggam ke Macap? Kat Macap dia ada kawan pomen 500m dari tol. Ok le aku kata, lagi dekat. Rupanya dah keluar tol, PLUSRONDA ni dah call kawan dia. Kira pakat le ni. Ada komisyen.
Pomen ni pun mula le kerja buka membuka.
Aku tanya berapa upah?
Dia kata murah je asal boleh jalan.
Aku tanya lagi, barang ade ke? 
Dia kata ada, lepas tu telefon member suruh bawa semua belting kat workshop.
Bila dah buka belting, nak pasang semula semua belting yang ada panjang. Belting aku 825 L belting dia bawa 9150, 9250 dll.



Aku mula panas le. Barang tak de kata ade. Dia pujuk tow ke workshop, upah tow percuma, aku tak nak. Aku dah dengar banyak kes kereta masuk workshop, workshop buka kesemua 4 tayar dan paksa kita bayar kalau nak keluar kereta. Bawa polis atau report polis pun tak menolong (polis pun dah kena bayar dulu) kecuali kau bawa ganster yang betul-betul power je!
Kemudian dia kata ada cara lain... ambil belting dari kereta mazda (tak tau le, orang lain punya kereta dalam workshop dia guna dulu agaknya). Barang terpakai le tu... 2x angin. Aku kata tunggu pagi je.  Dalam 30 minit dia datang balik bawa belting. Aku cakap le betul ke belting tu? tak de kod/ nombor pun. Dia kata asal boleh jalan. Belting tu pun boleh pasang.
Aku start, Alhamdulillah. Kipas dan alternator berpusing. Aku tanya berapa nak kena bayar? Dia kata pusing-pusing RM80. Aku dah agak, dia kira upah buka tali kipas dari kereta lain. Aku kata aku tak cukup duit. Ada RM56, takkan nak bagi semua, aku nak makan lagi... Bank pun dah tutup. Last aku bagi RM50 je. Dia terima. Lagipun aku kena tukar semula belting terpakai kepada belting baru. Aku teruskan perjalanan masuk tol Simpang Renggam dan keluar tol Ayer Hitam.

BELTING PUTUS 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Pada Selasa lepas, aku drive pergi UTHM. Sampai hentian Kulaijaya, aku pun rehat le sambil makan buah dengan secawan kopi putih. Aku tengok ada proton wira parking sebelah aku menunggu PLUSRONDA. Rupanya kereta dia ada problem starter. Bila aku pun sambung perjalanan, hari dah gelap. Memula aku perasan lampu besar van aku malap. Tiba-tiba aku perasan temperature aku naik tinggi sampai 3/4 sikit lagi jejak High. Kenapa ni? Aku dah isi air pagi tadi. Aku pun panik kejap le, perkara yang selamat ialah kena matikan enjin. Tunggu temperature turun baru sambung perjalanan semula. Dulu aku pernah kena masa van ML1770 nissan cherry cab. Temperature High. Kena tarik ke tol Pagoh. Enjin kena overhaul sebab getah stopper air pecah.
Aku pun lalu lorong kecemasan, hidupkan hazard light. Aku cadang nak keluar tol Sedenak atau hentian Sedenak tetapi dah terlepas. Jadi aku gunakan teknik hidup dan matikan enjin. Bila naik bukit, aku hidupkan enjin, bila turun bukit, aku matikan enjin. Akhirnya sampai hentian Simpang Renggam Arah Utara (SRAU).
Masa aku turun ada nampak air bertakung. Tak pasti dari kenderaan aku atau kenderaan sebelumnya. Aku tengok undercarriage tak de lelehan air. Aku pun buka 'bonet' cek air spare tank. Aku celup jari dalam tank tu, ada air dan panas. Maknanya air dalam sistem tu pusing le. Aku tengok lagi kat bawah bila aku perasan ada macam kabel putus. Aku dah cuak... kabel gear ke... sudah... memang terduduk le van ni.
Aku pun hulurkan tangan mencapai benda asing tu. Macam getah pun ada, ni mesti BELTING.Aku tengok belting pada water pump dan tinggal besi dengan getah je. Jam dah pukul 10.00 malam. Mana nak cari kedai dengan pomen. Masa tu ada kenderaan PLUSRONDA berhenti kat situ. Aku berbual le pasal pomen. Pegawai tu bagi nombor telefon panel bengkel PLUSRONDA 0127006231 (Ah Kow). Aku tanya buka lagi ke? Pegawai tu kata  dia kena datang dan settlekan kerana dia panel PLUSRONDA.





Aku pun rileks le kat hentian SRAU tu.

Tengah pergi balik kerunsingan tu ada 3 orang brother pemandu lori pelawa makan rambutan. Sambil makan sambil berbual.
 "ada apa dik?"
 Aku cakap le belting water pump putus.
"Alternator pun putus le?"
"ye le" jawab aku.
"kenapa tak suruh PLUSRONDA tadi tarik sampai keluar Simpang Renggam?"
"PLUSRONDA tu boleh tarik ke?" soal aku balik.
"Memang dia boleh tarik keluar tol, percuma je!"
"adik call. no dia ada kat resit tol"
Aku tak tau PLUSRONDA tu boleh tarik kereta sebab dulu van aku kena tarik dengan kenderaan macam tow truck tu, ada haidraulik, ada garpu. Ini flat je belakang dia.
Aku pun call, beritahu no plat kenderaan dan lokasi.
Dalam setengah jam, dia pun sampai.