Sunday, October 12, 2008

IKLAN HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Setiap tahun mesti ada syarikat-syarikat korporat yang buat iklan Hari Raya. Tahun ni aku pilih 3 iklan yang menarik minat aku. Petronas, TV3 dan TM

Iklan petronas kali ni menunjukkan kisah seorang anak yang balik ke rumah ibunya yang keseorangan. Mula-mula aku ingat iklan telekom sebab isunya ialah talian broadband tiada dan telefon ibunya selalu rosak. Hanya kerana kata seorang pakcik tu "kalau telinga tak mendengar dan mata tak melihat, hati pakcik tak senang" menyedarkan anak tersebut dan balik malam itu juga. Cuma ending je tergantung, "Apa man dah buat?". Itu pun kekuatan iklan tersebut. Aku puji iklan tu sebab menggunakan pelakon yang tidak berapa dikenali tapi mampu memberikan impak. Persoalan yang mungkin terlepas pandang ialah bila ibunya kata pergi moreh kat surau. Kalau malam raya, mana ada terawikh? Bila tak ada terawikh maknanya tak de moreh.

Iklan TV3 tentang pencuri yang mencuri dan meniru suara kucing untuk berkomunikasi. Bila disergah "kalau orang kata orang, kalau kucing kata kucing" lalu dijawab "kuuuccciing!" oleh pencuri tersebut amat mencuit hati. Iklan ni menggunakan pelakon adibah noor dan ghani yang dikenali ramai dengan watak komedi mereka.

Iklan TM mengenai keakraban keluarga dengan seorang anak yang suka bertanya. Persoalan yang akhir menyentuh jiwa bila si anak bertanya kenapa ayahnya balik ke situ sedangkan atuk dan nenek dah tiada. Jawapan ayah "sebab masa atuk dan nenek ada, ayah tak pernah balik.." memberikan satu kesedaran supaya balik berhari raya sewaktu mereka masih ada.

Begitu le kreativiti dan kreatifnya pengiklan kita sekarang. Unsur-unsur keluarga, psikologi, humor diterapkan dan digabungkan dengan baik. Pemilihan pelakon terkenal adalah satu kelebihan, walaupun begitu pelakon biasa dengan skrip yang baik tidak mencacatkan iklan tesebut.

Sekian.

PUTRAJAYA 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Aku pun keluar persimpangan Putrajaya. Tanpa aku sedari aku masuk Putrajaya kali ni dari arah Nilai-KLIA. Mula-mula dulu aku ikut Kajang. Sangkaan aku, aku akan jumpa alamanda dulu. Rupanya tidak. Kenderaan memang banyak waktu aku masuk Putrajaya pagi ni. Alamak, nak tanya siapa? Waktu berhenti kat trafik light aku tanya brother motor tu? Blok E- KPM kat mana? Ooo jauh lagi, lepas kubah tu. Rupanya orang kat sini jadikan kubah tu sebagai penanda kawasan.

Aku pun drive lagi. Nampak je susur kompleks kerajaan (C,D,E) aku pun ikut. Last aku pun jumpa le blok E. Aku masuk dan nak cari parking. Tapi banyak dah penuh. Kali ni aku dapat parking kat E11 lak. Lepas tu menapak ke E13. Masa aku parking tu memang sebelum 7.30 pagi. Kira-kira perancangan aku berjaya le. Bila aku masuk bilik mesyuarat pukul 8.30 pagi, ada pn Noraini IPIK sahaja. Aku orang kedua. Yang lain datang pukul 9.00 pagi. Jawapannya jalan sesak dan ada kemalangan. Aku tak boleh mula kerja kerana bahannya dalam notebook rakan aku. Kadang macam serik je nak mesyuarat kat Putrajaya ni.

Selesai sahaja kerja aku, aku meninggalkan Putrajaya dengan pelbagai persoalan dan kekesalan.

Aku petik artikel dari wikipedia:
Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah
Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Putrajaya yang canggih dan terancang ini sepatutnya ia telah mengambilkira semua faktor seperti ruang tempat meletak kenderaan, kemudahan hotel, tempat makan dan papan tanda yang berkesan. Kalau aku yang pertama kali datang boleh sesat, terbabas dan perlu bertanya orang kat trafik light baru boleh sampai, aku rasa tiada apa yang dapat nak dibanggakan!

Saturday, October 11, 2008

TIDUR MANA?

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Mesyuarat aku bersambung esok. Ada satu hari lagi kat sini. Masalahnya nak bermalam kat mana?

Mesti kauorang kata, tidur hotel le takkan tidur kat masjid, dalam kereta?
Salah tu.. aku kalau ada member dan tau jalan, memang tidur hotel. Ini aku sorang, dah tu tak tau jalan. Hotel tak sampai, Putrajaya pun tak jumpa.

Tu le beza kalau buat mesyuarat kat hotel ngan buat kat premis kerajaan.
Buat kat hotel, mesyuarat, makan dan bilik di tempat yang sama, pengurusan masa sangat baik.
Buat kat premis kerajaan, tempat tinggalnya dan tempat mesyuarat berada di tempat yang berasingan. Kena keluar awal, bersesak-sesak kenderaan di atas jalanraya, traffic light, simpang, salah amik lorong, tol dan lain-lain. Belum masuk accident atau pembinaan jalan lagi. Kalau nak sampai on time 8.30 pagi memang terkucil.

Masalahnya tiada hotel kat Putrajaya tu. Tanya member-member mesyuarat, hotel diaorang kat Bukit Bintang, Kajang, Bangi dan Kelang. Satu kerja nak cari. Aku fikir nak cari R&R, tepi highway, kurang jem.

Aku pun keluar highway. Aku pun tak tau highway apa. Aku nampak USJ, NILAI, CHERAS. Mula-mula aku jumpa R&R USJ. Tapi kedai tak de yang buka, kereta pun 3-4 buah. Aku pun macam rasa tak selamat je, aku pun drive lagi.
Kali ni jumpa R&R Dengkil. Kedai ada le 4-5 yang buka, bilik air, surau dan bilik mandi pun ada. Kereta dan lori pun banyak yang parking. So aku pun gosok gigi, set jam loceng aku dan tidur.

Esok aku terjaga bila dengar bunyi jam loceng aku pukul 5.45 pagi. Memang kat rumah pun aku set macam tu. Strategi awal aku berjaya. Aku mandi, berus gigi, solat subuh dan sarapan pagi. Aku akan ke Putrajaya dan dapat parking sebelum 7.30 pagi.

Tapi nak lalu mana?

Pertama,
Aku macam biasa le, tanya orang kat surau tu, dia kata keluar Nilai lepas tu U-Turn. Dalam hati aku terfikir, malam tadi aku tengok signboard tu NILAI 40KM. Maknanya 80 KM pergi balik. Boleh sampai ke sebelum 7.30 pagi?

Kedua,
Aku tanya brother naik Honda Civic parking sebelah van aku, paling dekat KLIA lepas tu U-Turn. Aku tanya balik, boleh U-Turn ke bang? Dia jawab BOLEH!!. Ni lagi logik baru 6 KM, pergi balik 12 KM. Ada harapan.

Lepas check air dan minyak enjin, aku teruskan perjalananku. Masa bayar tol tu aku tanya brother tol boleh U-Turn? Dia kata boleh ikut kanan. Aku pun menyusur sebelah kanan. Aku tengok ada tali besi memanjang. Mana U-Turnnya? Masa aku tanya tu, aku terlepas simpang tu. Aku pun reversed dan U-Turn. Betul le kata brother Honda Civic ngan brother Tol tu.

Aku akan teruskan perjalananku ke Putrajaya dan dapat parking sebelum 7.30 pagi selepas tidur yang cukup.

PUTRAJAYA 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minggu ni aku kena bertugas kat 2 tempat berterusan. Kira bersambung le. 7-9 OKT kat Batu Pahat, 9-10 OKT kat PUTRAJAYA. Setakat Batu Pahat ni tak masalah sangat, dah biasa. Tapi aku nak cerita pasal Putrajaya.

Putrajaya ni aku pernah pergi tapi member bawa. Ini le first time aku nak drive sendiri. So aku pun survey le. tanya orang, Blok E, Jawapan yang aku dapat:

1. ikut Nilai.. Dengkil ...KLIA.. Putrajaya.
2. ikut Bangi.. Putrajaya
3. ikut Kajang .. Putrajaya

Last aku nekad ikut Kajang.. Putrajaya. Bila masa Putrajaya, mula-mula aku jumpa Carrefour (diaorang panggil alamanda). Aku confuse dengan signboard dia, aku jumpa presint 1,2,3,4 lepas jauh aku drive baru ada arah ke kompleks kerajaan. Aku tak jumpa kompleks E. So kat traffic light tu aku jumpa pak haji naik motor. Aku tanya. Dia kata jauh lagi ni..blok ni dekat alamanda (alamanda lagi!!) Alamak aku kena patah balik. Nasib baik pak haji tu kata ikut saya. Memang jauh le. Kalau aku cari mau esok sampai.

Dah sampai tu baru permulaan, nak cari parking lak.. Alahai kalau korang pernah pergi putrajaya.. habis semua keliling ada kereta. Ada yang double parking macam kat flet-flet bandaraya. Aku dapat parking kat blok E10. Itu pun tempat U-Turn. Nasib le. Kata orang putrajaya tu special, polis tak saman. Aku pun turun, menapak ke tempat aku E13. Tiap blok tu ada sekuriti. Aku pun lapor, dia kata tgkt 4 x yah amik pas pelawat.

Sampai dah aku kat Putrajaya. Esok ada lagi..
Persoalan ke dua ialah, macamana nak keluar???
Nak tengok signboard mana? Shah Alam? Puchong? Kuala Lumpur?

Saturday, October 4, 2008

BALIK KAMPUNG

Raya tahun ni aku pergi rumah ibubapa aku pukul 2.00 pagi. Lepas minta maaf dan hulur sumbangan raya, aku pun bertolak ke Tangkak. Oleh kerana lapar aku pun makan le kat Burger King sebelum keluar tol Senai. Hujan renyai mengiringi perjalananku. Aku target sampai Tangkak sebelum solat raya.

Sebagai persediaan, aku pakai cermin mata anti silau, sediakan air bertapis, jajan, dan alat penggera kat telinga (berbunyi bila kepala tertunduk). Alat penggera tu tak berkesan sangat sebab aku tidur kepala tegak, jadi tak bunyi le. Semua persediaan nampaknya tak berkesan. Cuma satu je yang baik kalau ngantuk, tidur. Tapi aku berhenti kat R&R yang terang dan ramai orang je.

Aku sampai kat R&R Pagoh pukul 5.55 pagi. Solat subuh dan mandi. Aku nak bersiap tapi beg kena tindih dengan barang. So aku terus ke rumah mertua aku dan salin pakaian kat sana. Sempat le solat sunat aidilfitri kat surau tu.

Untuk makluman, solat sunat aidilfitri ada dua rakaat. Rakaat pertama ada 7 takbir, rakaat kedua ada 5 takbir. Selepas salam, jangan balik dulu kerana ada lagi 2 khutbah lepas solat. Selepas tu baru sempurna solat sunat aidilfitri. Habis solat, majlis bermaaf-maafan pulak.

Habis bermaafan, MAKAN .
Makan : lemang, ketupat, kuih-muih
Lauk : rendang, serunding, lodeh, sambal sotong
Air : air gas, sirap bandung soda.

Ikut nafsu betul. Dengan makanan dan minuman pelbagai jenis, aku tak tau le berapa bacaan kandungan gula dalam darah aku. Sebelum tu check dah 11.8, mesti naik punya. Aku pun terfikir.. terdidik ke aku dalam bulan Ramadhan untuk mengawal nafsu makan???

KAWAN LAMA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

(tolong jangan copy atau save gambar ni)

Baru-baru ni aku jumpa kawan lama. Aku pun tak berapa kenal dia, maklumlah... dah lama sangat. Mulanya aku ke tempat dia untuk bertugas sebagai pegawai penilai luar dan dia adalah pegawai penilai dalam di IPT, KL.

Bila sembang tu, dia tanya aku "kau memang asal JB kan?" . Aku mengiakan aje. Tiba-tiba dia tanya lagi, "kau sekolah agama dulu kat majidee?". Aku dah cuak dah.. mana ada orang tau aku sekolah agama kat majidee. Masa tu aku sekolah rendah lagi. Kalau member sekolah rendah tentu sebut nama sekolah kebangsaan je, ni nama sekolah agama aku dia tahu. Alamak.. siapa dia ni. Aku memang banyak lost kontak dengan member satu sekolah dulu.

Soalan last tu aku kalah le, sebab dia sebut nama adik aku dengan bintinya sekali dan kita orang satu kelas darjah 2. Ni memang confirm kawan kelas agama. Dia kata nama ayah aku jarang didengar sebab itu dia boleh ingat. Bila aku tanya member kamcing aku, Hatta dengan Jefri, memang dia kenal sangat le.

Subhanallah..

Dia lulusan awam, lepasan KPLI, tarikh lahir 1971, tinggal kat Bangi, isteri orang Pahang, anak 3. Itu le sikit-sikit data yang aku dapat.