Tuesday, December 29, 2009

RESTORAN RAWA2

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Kenapa sijil halal muslim asia, bukannya halal JAKIM? Ini persoalan penting. Memang bentuk logonya seperti logo JAKIM tetapi kalau tidak teliti tulisannya memang orang tak perasan. Ni le sikap tokey bukan Melayu.


Sebenarnya untuk mendapatkan sijil dan logo halal ni, sejumlah wang perlu dibayar kepada JAKIM untuk pengiktirafannya. Oleh sebab itu pengusaha-pengusaha bukan Melayu. Kalau dikira kos dengan keuntungan yang diperolehi, sebenarnya tak le mahal sangat. Perasan tak dulu ada ubat gigi yang dipromosi oleh kumpulan Nasyid terkenal? Mereka pun guna logo halal dari China.

Baru-baru ni bila heboh di akhbar mengenai sijil halal air bertapis Dr Sukida, antara statement yang menarik minat aku ialah sijil halalnya dari Perak bukannya Selangor. Apa yang dinyatakan disitu ialah Selangor tidak mengeluarkan sijil halal untuk air bertapis tetapi Perak ada dalam senarainya air bertapis. Soalannya JAKIM tak de ke sijil halal untuk air bertapis? Hairan jugak.


Sunday, December 27, 2009

RESTORAN RAWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Keputusan PMR dah keluar. Malam tu. lepas makan, isteri aku call abang dia (abang ipar aku), tanya result anak dia. Alhamdulillah, anak dia dapat 8A. So abang ipar aku nak celebrate le dengan adik beradik. Belanja makan 'steamboat' ajak aku sekeluarga.

Mana? aku tanya
RESTORAN RAWA, Jalan Serampang

Wah, restoran Melayu, bagus le! Aku pun cari jalan serampang. Sampai je, aku pun terkedu. Luar memang Restoran Rawa tapi tokey Cina rupanya. Aku pun dibimbing masuk oleh abang ipar aku. Sambil masuk aku jeling gak cari logo halal. Logo halal Muslim Asia, bukannya JAKIM.

Masuk je, pekerjanya Cina dan Indonesia, tak de muka melayu pun. Memula nak balik je tapi abang ipar aku kata ni Restoran Halal gred A. Mana dapat ayat ni, aku pun tak tau. Makan ni memula kena pilih kat freezer macam sayur, sosej, udang tiruan, bendir dll. Dia dah paketkan 3-4 bahan dalam plastik.Harga sepeket antara RM2.30 - RM5.00. Cuma udang segar, ikan dan ketam je boleh pilih dan ikut harga pasaran. Kemudian pekerja dia hidupkan gas atas meja dengan pilihan tomyam dan sup. Steamboat ni dimakan dengan nasi goreng. Kacang rebus dan kacang goreng pun ada.

Ini le aku katakan Melayu baru. Nak steamboat sanggup pergi kedai Cina. Kalau aku rasanya tak sanggup. Sebenarnya dalam fikiran orang Cina ni, babi haram dimakan oleh orang Islam tetapi periuk bekas masak babi boleh digunakan untuk memasak masakan orang Islam. Dah le statusnya aku ragu, ni pula mengajak orang lain sedarah sedaging makanan shubhat begini. Mak mertua aku pun senyap je. Dulu, aku pernah masuk dapur restoran Cina yang majoriti orang yang makan tu Melayu. Memang jelas nampak kaki babi direndam dalam baldi kat dapur tu. Boleh percaya ke?

Kenapa steamboat kedai Cina?
Cina lagi pandai buat steamboat dari Melayu ke? Setakat kuah sup dan tomyam tu, kedai kat Jalan Cendrawasih pun boleh buat. Tokey Cina tu bukan main senyum lagi. Masa aku duduk tu aku perhatikan makin ramai Melayu yang datang. Bertudung, terbuka atas bawah, memenuhi ruang kedai dan sanggup menunggu dan beratur, masya Allah. Macamana kedai ni boleh menarik orang Melayu Islam?

Sebenarnya ni budaya Melayu Singapura. Dulu masa aku kecil, pakcik aku kat Singapura rajin belanja makan ajak semua adik-beradik dan anak-anak saudara makan. Ingat nak belanja kedai Melayu ke mamak, ni kedai Cina. Loya tekak tengok dari tukang masak sampai tukang hidang semuanya 100% Cina. Asal nama ada restoran Cina Halal je, berebut-rebut semua Melayu Singapura makan kat situ. Sebab tu bila pergi tempat makan ala-ala court food, mereka boleh order makan kat kedai makan yang sah-sah tokey dia Cina. Aku dah faham tapi kekadang anak aku tanya "kenapa orang Melayu tu order kat kedai Cina, halal ke?" Nampaknya budaya ni dah menular kat Melayu Johor pulak.

Moden ke kita? Ingatlah setiap makanan yang masuk ke dalam badan menjadi darah daging. Kita masih ada pilihan di Malaysia ni.

AMBIL GAJI 600 dan 480

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku ke pejabat Hai-O. Ambil gaji . Aku bayar pendaftaran RM28 dan beli penapis A RM79. Dah lama tak amik gaji ni. CDM aku pulak bercuti balik Kota Bharu. Erwina pun SMS aku. Dia dah bank in elaun aku. Alhamdulillah.

PAM dan FORMALIN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku survey pam dan formalin. Pam untuk mengalirkan air/ udara manakala formalin adalah untuk antiklorin. Setakat ni, mentor aku, pak haji tak gunakan pam tetapi melalui bacaan, ada yang mencadangkan penggunaan pam. Alasannya ialah pengaliran air perlu untuk membekalkan udara dalam air pada waktu malam kerana fotosintesis tidak berlaku pada malam hari. Jadi, aku nak pasang pam dalam kolam aku.

Ada banyak jenis pam di pasaran. Ada pam atas air dan dalam air. Ada pam air dan pam angin (bubble). Harga antara RM 16-RM400. Dalam memilih pam yang sesuai, beberapa faktor yang perlu difikirkan seperti:

- saiz kolam aku 16'x7'x3'
- banyak ampaian seperti akar keladi bunting yang mendap
- kelikatan air
- panjang wayar dan bekalan kuasa

Setakat ni aku masih mempertimbangkan:

- pam berkuasa besar atau kecil
- kuasa pam yang sesuai
- wayar pendek - macamana nak panjangkan
- berapa kadar alir yang sesuai
- penapis air

Dalam mencari formalin, kedai yang aku pergi mencadangkan aku mencarinya di kedai menjual ikan koi. Aku jumpa satu kat Taman Johor. Satu bekas dijual dengan RM22 je. Balik je aku tabur formalin mengikut anggaran yang dicadangkan oleh kedai tadi. Sehingga kini aku masih mempertimbangkan pam yang sesuai nak dibeli.

9912

Assalamualaikum dan salam perpaduan

9912, apa tu? Sebenarnya ia adalah makanan "finisher" ikan keli. Makanan keli ada 2 je, starter (9910) dan finisher (9912). Aku ada informer, dia kata kat Taman Megah Ria murah. Khusairi pun beli RM50 kat Pontian. Selalu aku beli kat Haji Rm55. Aku pun pergi. lokasinya 45 jalan perniagaan 8. Depan jalan besar je. Pejabat kat atas, kena naik tangga. Masa aku datang tu dia baru unloading guni makanan ikan dari kontena. Pekerja tu buat manual je. Kalau aku, memang patah pinggang ooo..kontena 40 kaki..

Harga memang murah dari selalu aku beli. Aku beli 3 guni sekali. Selalunya satu guni bertahan 7-9 hari je. Satu guni 20 kg x 3 = 60 kg. Lepas bayar tu dia suruh aku bagi resit kat pekerja dia. Kalau nak angkat sendiri tak larat le. Sampai bawah aku fikir-fikir siapa nak suruh angkat ni. Tiba-tiba ada mamat Bangladesh bawa forklift. Dia minta resit, aku pun tunjuk. Dia tanya

"mana transport"
"tu.." aku tunjuk, seberang jalan.

Rupanya dia bawa forklift, angkat pallet dan parking belakang van aku, siap jack tinggi sikit. Aku pun loading 3 guni makanan ikan tu. Lepas tu aku pun balik.

Thursday, December 24, 2009

RELOAN ASB

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku pergi CIMB. Aku nak tanya kadar pinjaman ASB sekarang. Dia kata 3.5%. Aku suruh dia semak baki pinjaman aku dan kadar pinjaman aku dulu. Menurutnya pinjaman aku dulu 5.5%. Aku kata nak reloan boleh? Memula dia kata boleh tapi lepas tu dia kata kena denda!

Denda! Baru aku teringat. Member aku ada cerita masa aku nak jual rumah Larkin Indah aku dulu. Semua pinjaman yang hendak dijelaskan sepenuhnya mestilah melebihi tempoh tertentu. Seingat aku dulu, aku reloan Bank Rakyat setelah lebih setahun buat loan. Tapi CIMB ni aku kena lebih 3 tahun kalau nak reloan. Alamak! Denda bukan sikit 3% dari loan yang aku pinjam. Cash pulak tu. Memang le bayaran bulanan tu kurang tapi tak sanggup aku nak bayar denda, dekat RM6000.00 bayar saje-saje kat bank. Takpe le aku tunggu lagi 2 tahun. Lepas ni nak pergi Bank Rakyat pulak kekalau boleh reloan.

Wednesday, December 23, 2009

DALAM KENANGAN NL3817

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Ini adalah kereta pertama yang aku beli tunai pada 1995 dari Cikgu Shaari. Masa tu aku kerja kat SMT Alor Gajah, Melaka.



Gambar ni aku ambil sendiri kat lot parking Pekan Nanas, Pontian.

Banyak juga jasa kereta ni. Bak kata Othman Hafsam dalam iklan "dah jauh pakcik berjalan.."
Aku cadang nak lupuskan sebab bila check JPJ data aku ada 3 kereta. Dulu, aku ada masalah nak renew road tax kereta ni. Kerani JPJ tu kata peraturan baru; kalau lambat renew roadtax, kena check puspakom dulu. Kereta ni bukannya elok, terutama brek dia keras dan kurang cengkam. Banyak belanja nak hantar Puspakom ni. Jadi aku pun simpan le. Lepas tu ada orang janji nak tukar nama kereta ni, jadi aku let go kereta ni dengan geran sekali.

Dua tahun berlalu aku check kat JPJ, nama kereta ni atas nama aku lagi, sedangkan kereta dah tak de pada aku. Tapi aku jumpa kat beberapa tempat. Maknanya masih 'on the road'. Aku tak tahu macamana dia renew roadtax. Last aku jumpa terduduk kat Pontian. Aku nak tarik balik tak berani, sebab geran tak de pada aku. Bahaya ni kalau kena kompaun/ saman. Jadi aku rasa baik aku lupuskan. Lagipun gambar ni dah dekat 2 tahun aku simpan dalam komputer. Kalau berlaku apa-apa pada komputer aku, mana nak cari gambar lagi.

Jadi aku pun pergi JPJ untuk melupuskannya. Ambil le borang yang patut. Dia kata kena salinan kad pengenalan, gambar kereta dan duit. Memula borang minta salinan geran sebab nak lupus kena ada geran. Last kat geran tu renew tahun 2003. Bayar RM50.00. Aku ingat lama le kena tunggu. Rupanya dapat masa tu gak. Cepatnya macam renew lesen memandu.

Second, kaunter lupus. Masa aku pergi, pegawai tu tanya aku:
"ini yang nak RM5000 ke?"
Aku kata ye je. Aku sebenarnya tak taupun RM5000 tu apa.

Apa tu RM5000?. Sebenarnya kalau tak silap aku dalam bulan Ogos lalu ada kempen melupuskan kenderaan oleh Proton dan Perodua oleh pemilik kenderaan lama/ usang. Masa tu pun sibuk kereta lebih 10 tahun insuran tak nak bagi polisi. Bagi yang menyertainya, syarikat akan menguruskan pelupusan dan duit ini adalah deposit untuk membeli kereta baru, bukan dapat tunai!.

Masa aku nak lupus tu, kempen ni dah habis.
"Last bulan November, bang" kata salesman Perodua tu.
Aku tanya dia apa prosesnya. Dia pun cerita, katanya:
- kereta perlu diperiksa di Puspakom
- kereta perlu disahkan lupus di JPJ
- kereta dihantar ke Pusat Jualan Perodua
- semua dokumen dihantar ke Ibupejabat Perodua di Kuala Lumpur
- kelulusan dari Ibupejabat Perodua KL
- hantar borang pelupusan ke JPJ
- setelah mendapat surat pelupusan kenderaan dari JPJ baru kereta baru dikeluarkan
- semua proses mengambil masa lebihkurang sebulan

Aku tanya kalau kereta terduduk macamana? Dia kata modalkan RM500 untuk perkhidmatan tunda.
"Kalau abang lalu kat belakang ni, semua kereta tu dah dilupuskan."
Aku pun lalu kat belakang; ada proton wira, proton saga, wolkswagen, toyota crown, volvo.
Aku fikir balik memang susah le nak dapat sebab dia nak bangkai kereta. Gambar ni pun aku ambil kat Pontian dua tahun lepas. Tapi sekarang aku pun tak tahu kat mana kereta aku ni.
Kalau tak, aku dah bawa VIVA atau MYVI sekarang.

Tak pe lah bukan rezeki aku sekarang.

Wednesday, December 2, 2009

KELI - PASARAN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ini aku berjumpa dengan seorang pengusaha keli. Lat dua rumah je dari rumah aku. Namanya Khusairi. Aku bertanyakan tentang pasaran, dan jawapannya mendukacitakan aku. Dia tanya bekalan ikan aku, pakej dsbgnya. Menurutnya dulu dia masuk pakej yang sama dengan aku tapi lama-kelamaan tuan punya pakej dah main-mainkan dia. Walaupun janji asal ikan akan dibeli semula, nampaknya kena jual sendiri. Aku rasa payah juga nak jual sendiri sebab aku ada kerja lain. Satu lagi, larat ke nak pergi kedai-kedai makan nak tanya:

"encik nak ikan keli?"
"berapa kilo?"

Katakan dia nak 10 kg. Ikan keli aku ada 3000 kg. Maknanya kena tanya 300 kedai yang nak beli baru ikan aku boleh habis. Untuk mendapatkan 300 kedai yang nak beli, tentulah aku kena jumpa sekurang-kurangnya 500 kedai.

Berapa lama tempoh nak habis? Seminggu, dua minggu. Belum cerita bab bayaran, cek tendang, minyak kenderaan (sebab kena hantar), sewa rumah, suruh siang lagi, lagi dan lagi.

Ayah aku kata ada pemborong ikan keli dengan harganya sekali kat internet tapi bila aku surf, aku dapati banyak yang mengiklan untuk menjual benih dan ikan keli matang daripada nak membelinya. Aku nak jual ikan aku bukannya nak beli ikan orang lain. Dulu orang kata permintaan ikan keli tinggi sedangkan bekalan tak cukup. Ini juga merunsingkan aku. Aku pun tak kaji market ni betul-betul. Sebab tu sekarang ni ramai orang lebih suka jual benih daripada membeli ikan keli matang ni.

Sepatutnya ada satu tempat yang boleh dirujuk seperti senarai pemborong ikan keli yang dapat membantu pengusaha macam aku ni sebab semua pengusaha yang aku jumpa tidak mahu bercerita tentang harga jual dan pemborong ikan mereka. Aku harap rezeki aku ada dalam bisness ni. Insha Allah.

Tuesday, December 1, 2009

JOM MAKAN KELI 2

Assalamualaikum dan salam perpaduan


Aku memang nak bakar ikan keli semalam pagi ni. Bila aku keluarkan ikan dari peti sejuk, dia dah keras dan bengkok. Alamak! aku malas nak tunggu. Jadi aku alas aluminium foil atas api dan bakar perlahan-lahan. Agak-agak airbatu dan cair, aku urut ikan tu bagi lurus dan balut semuanya dalam aluminium foil dengan sedikit minyak masak dalam tu. Aku dengar minyak masak tu mendidih-didih dalam tu. Aromanya... hmmm..

Tengahari tu memang aku makan ikan keli bakar. Isinya sedikit kering dan garing sebab awal-awal aku buat bakar terbuka. Petang tu aku telefon kawan aku, aku tanya cara tip nak siang ikan keli. Dia kata tabur garam, dalam 15 minit ikan tu dah pengsan. Patut le aku tunggu setengah hari ikan tu ok je. Tak pe aku ada lagi ikan keli untuk eksperimen.

Esoknya aku grading lagi. Rezeki aku ada lagi. Kali ni seekor je. Aku pun tabur garam. Agak-agak 5 minit, aku keluarkan ikan, buang sengat dia dan siang. Aku buang isi perut dia. Ikan ni masa telentang dia diam je. Bila aku letak meniarap, dia boleh lompat-lompat lagi walaupun isi perut dah dibuang. Aku rasa macam chef sushi Jepun yang belah ikan hidup-hidup.

Agak-agak dah senyap je ikan tu, aku balut aluminium foil dengan sedikit minyak masak di dalamnya. Kemudian aku bakar di atas kayu api. Aku balik-balikkan ikan tu. Kali ni ikan keli tu masak dengan sedikit moisture (lembap), tidak garing macam dulu. Aku ingatkan tak masak lagi. Rupanya bila bakar tertutup, wap dalam aluminium foil akan menjadi stim. Sebab tu basah. Aku ajak orang tua aku rasa dan memang diaorang puashati.

Dalam membakar ikan ni, aku tak letak apa-apa rempah, kunyit, garam dan sebagainya. Aku nak rasa ikan keli yang original. Baru le best.

JOM MAKAN KELI 1

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni, kolam no 2 aku ada keli besar. Setakat ni dah banyak yang aku greding. Ikan keli yang over-sized aku pindah dalam kolam asing sebab dia makan ikan keli yang kecil. Setakat ni ada le 10 ekor yang semuanya berukuran 16 inci ke atas dalam kolam tu.

Sebenarnya kalau dah over-sized, tak payah simpan. Bukan boleh jual pun. Kalau simpan pun kena bagi makan. Lagipun kolam tu dah kira membazir sebab sepatutnya boleh buat bela ikan bukan simpan ikan. Kali ni kalau dapat over-sized memang aku nak masak.

Nasib memang menyebelahi aku. Pagi ni, masa aku greding tu dapat 3 ekor dalam 20 inci. Satu aku lepaskan dalam kolam ikan keli besar dan 2 tu aku cadang nak masak. Jadi aku masukkan 2 ekor ikan tu dalam baldi dan bawa balik rumah. Aku ingat nak buat makan tengahari atau makan malam.

Nak dijadikan cerita, dari pagi aku tangkap sampai maghrib, ikan tu tak mati-mati. Pukul 10 malam ikan tu dah berbau. Aku agak dah mati ni. Aku pun siang le. Bila dah malam sangat takkan nak masak, tunggu esok je le. Sementara nak tunggu esok, aku masuk ikan keli tu dalam peti sejuk.