Sunday, December 27, 2009

PAM dan FORMALIN

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Hari ni aku survey pam dan formalin. Pam untuk mengalirkan air/ udara manakala formalin adalah untuk antiklorin. Setakat ni, mentor aku, pak haji tak gunakan pam tetapi melalui bacaan, ada yang mencadangkan penggunaan pam. Alasannya ialah pengaliran air perlu untuk membekalkan udara dalam air pada waktu malam kerana fotosintesis tidak berlaku pada malam hari. Jadi, aku nak pasang pam dalam kolam aku.

Ada banyak jenis pam di pasaran. Ada pam atas air dan dalam air. Ada pam air dan pam angin (bubble). Harga antara RM 16-RM400. Dalam memilih pam yang sesuai, beberapa faktor yang perlu difikirkan seperti:

- saiz kolam aku 16'x7'x3'
- banyak ampaian seperti akar keladi bunting yang mendap
- kelikatan air
- panjang wayar dan bekalan kuasa

Setakat ni aku masih mempertimbangkan:

- pam berkuasa besar atau kecil
- kuasa pam yang sesuai
- wayar pendek - macamana nak panjangkan
- berapa kadar alir yang sesuai
- penapis air

Dalam mencari formalin, kedai yang aku pergi mencadangkan aku mencarinya di kedai menjual ikan koi. Aku jumpa satu kat Taman Johor. Satu bekas dijual dengan RM22 je. Balik je aku tabur formalin mengikut anggaran yang dicadangkan oleh kedai tadi. Sehingga kini aku masih mempertimbangkan pam yang sesuai nak dibeli.

No comments: