Sunday, December 27, 2009

RESTORAN RAWA

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Keputusan PMR dah keluar. Malam tu. lepas makan, isteri aku call abang dia (abang ipar aku), tanya result anak dia. Alhamdulillah, anak dia dapat 8A. So abang ipar aku nak celebrate le dengan adik beradik. Belanja makan 'steamboat' ajak aku sekeluarga.

Mana? aku tanya
RESTORAN RAWA, Jalan Serampang

Wah, restoran Melayu, bagus le! Aku pun cari jalan serampang. Sampai je, aku pun terkedu. Luar memang Restoran Rawa tapi tokey Cina rupanya. Aku pun dibimbing masuk oleh abang ipar aku. Sambil masuk aku jeling gak cari logo halal. Logo halal Muslim Asia, bukannya JAKIM.

Masuk je, pekerjanya Cina dan Indonesia, tak de muka melayu pun. Memula nak balik je tapi abang ipar aku kata ni Restoran Halal gred A. Mana dapat ayat ni, aku pun tak tau. Makan ni memula kena pilih kat freezer macam sayur, sosej, udang tiruan, bendir dll. Dia dah paketkan 3-4 bahan dalam plastik.Harga sepeket antara RM2.30 - RM5.00. Cuma udang segar, ikan dan ketam je boleh pilih dan ikut harga pasaran. Kemudian pekerja dia hidupkan gas atas meja dengan pilihan tomyam dan sup. Steamboat ni dimakan dengan nasi goreng. Kacang rebus dan kacang goreng pun ada.

Ini le aku katakan Melayu baru. Nak steamboat sanggup pergi kedai Cina. Kalau aku rasanya tak sanggup. Sebenarnya dalam fikiran orang Cina ni, babi haram dimakan oleh orang Islam tetapi periuk bekas masak babi boleh digunakan untuk memasak masakan orang Islam. Dah le statusnya aku ragu, ni pula mengajak orang lain sedarah sedaging makanan shubhat begini. Mak mertua aku pun senyap je. Dulu, aku pernah masuk dapur restoran Cina yang majoriti orang yang makan tu Melayu. Memang jelas nampak kaki babi direndam dalam baldi kat dapur tu. Boleh percaya ke?

Kenapa steamboat kedai Cina?
Cina lagi pandai buat steamboat dari Melayu ke? Setakat kuah sup dan tomyam tu, kedai kat Jalan Cendrawasih pun boleh buat. Tokey Cina tu bukan main senyum lagi. Masa aku duduk tu aku perhatikan makin ramai Melayu yang datang. Bertudung, terbuka atas bawah, memenuhi ruang kedai dan sanggup menunggu dan beratur, masya Allah. Macamana kedai ni boleh menarik orang Melayu Islam?

Sebenarnya ni budaya Melayu Singapura. Dulu masa aku kecil, pakcik aku kat Singapura rajin belanja makan ajak semua adik-beradik dan anak-anak saudara makan. Ingat nak belanja kedai Melayu ke mamak, ni kedai Cina. Loya tekak tengok dari tukang masak sampai tukang hidang semuanya 100% Cina. Asal nama ada restoran Cina Halal je, berebut-rebut semua Melayu Singapura makan kat situ. Sebab tu bila pergi tempat makan ala-ala court food, mereka boleh order makan kat kedai makan yang sah-sah tokey dia Cina. Aku dah faham tapi kekadang anak aku tanya "kenapa orang Melayu tu order kat kedai Cina, halal ke?" Nampaknya budaya ni dah menular kat Melayu Johor pulak.

Moden ke kita? Ingatlah setiap makanan yang masuk ke dalam badan menjadi darah daging. Kita masih ada pilihan di Malaysia ni.

No comments: