Assalamualaikum dan salam perpaduan
Hari ini aku berjumpa dengan seorang pengusaha keli. Lat dua rumah je dari rumah aku. Namanya Khusairi. Aku bertanyakan tentang pasaran, dan jawapannya mendukacitakan aku. Dia tanya bekalan ikan aku, pakej dsbgnya. Menurutnya dulu dia masuk pakej yang sama dengan aku tapi lama-kelamaan tuan punya pakej dah main-mainkan dia. Walaupun janji asal ikan akan dibeli semula, nampaknya kena jual sendiri. Aku rasa payah juga nak jual sendiri sebab aku ada kerja lain. Satu lagi, larat ke nak pergi kedai-kedai makan nak tanya:
"encik nak ikan keli?"
"berapa kilo?"
Katakan dia nak 10 kg. Ikan keli aku ada 3000 kg. Maknanya kena tanya 300 kedai yang nak beli baru ikan aku boleh habis. Untuk mendapatkan 300 kedai yang nak beli, tentulah aku kena jumpa sekurang-kurangnya 500 kedai.
Berapa lama tempoh nak habis? Seminggu, dua minggu. Belum cerita bab bayaran, cek tendang, minyak kenderaan (sebab kena hantar), sewa rumah, suruh siang lagi, lagi dan lagi.
Ayah aku kata ada pemborong ikan keli dengan harganya sekali kat internet tapi bila aku surf, aku dapati banyak yang mengiklan untuk menjual benih dan ikan keli matang daripada nak membelinya. Aku nak jual ikan aku bukannya nak beli ikan orang lain. Dulu orang kata permintaan ikan keli tinggi sedangkan bekalan tak cukup. Ini juga merunsingkan aku. Aku pun tak kaji market ni betul-betul. Sebab tu sekarang ni ramai orang lebih suka jual benih daripada membeli ikan keli matang ni.
Sepatutnya ada satu tempat yang boleh dirujuk seperti senarai pemborong ikan keli yang dapat membantu pengusaha macam aku ni sebab semua pengusaha yang aku jumpa tidak mahu bercerita tentang harga jual dan pemborong ikan mereka. Aku harap rezeki aku ada dalam bisness ni. Insha Allah.
Wednesday, December 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment